| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts |

Pencarian Dalam Laman Ini << Klik di sini >>

Home : Info Jabatan : Perkhidmatan : Institusi Kebajikan : Borang On-line : TeleJAPEM : Maklum Balas : E-mail Kami :
Tip dan Panduan : Statistik :
 
 

CATATAN KEGIATAN AKTIVITI BAGI TAHUN 2006

 

Pilih Bulan :

29 November 2006
lebih 1 ribu sertai peraduan mewarna japem 

Sebahagian kanak-kanak yang meyertai Peraduan Mewarna JAPEM

Lebih kurang 1,000 orang kanak-kanak yang terdiri daripada murid-murid dari beberapa buah sekolah rendah Kerajaan dan swasta termasuk Kanak-Kanak Berkeperluan Khas dari Pusat Bahagia, JAPEM di daerah Brunei Muara telah menyertai Peraduan Mewarna JAPEM sempena Hari Hari Kanak-Kanak 2006 adalah bersempena sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia (Universal Children’s Day). Peraduan telah diadakan di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.

Peraduan ini dibahagikan kepada tiga bahagian, Kategori A bagi murid-murid Darjah Pra hingga Darjah tiga, Kategori B bagi murid-murid Darjah Empat hingga Darjah Enam, Kategori C bagi Kanak-Kanak Berkeperluan Khas yang berumur di bawah 18 tahun.

Selaras dengan tema ‘Kesejahteraan Kanak-Kanak Tanggungjawab Bersama’, lukisan-lukisan yang disediakan bagi peraduan ini telah mengambil kira akan peranan semua pihak terhadap kesejahteraan kanak-kanak. Perkara ini termasuklah penyediaan talian ‘Helpline 141’ oleh JAPEM yang telah memberi ruang kepada orang ramai termasuk kanak-kanak menghubungi Jabatan ini bagi beberapa perkara yang melibatkan mereka (kanak-kanak) seperti penderaan, pengabaian, perlindungan, eksploitasi atau khidmat nasihat. Oleh itu, sebagai salah satu usaha menyerbarluaskan maklumat tersebut maka di antara paparan di adalah lukisan ini adalah mengenai talian khas berkenaan (Helpline 141).

Hadiah-hadiah kemenangan bagi setiap kategori telah disampaikan oleh Yang Mulia Dato Paduka Haji Jemat bin Haji Ampal, Setiausaha Tetap KKBS selaku Tetamu kehormat.

Senarai Pemenang-pemenang bagi
Peraduan Mewarna JAPEM sempena Hari Kanak-Kanak 2006

 
28 November 2006
HADIRI BENGKEL DI BANGKOK, THAILAND
Dayang Noryani bte Haji Abd Rani, Pegawai Pembangunan Masyarakat dan Dayang Hajah Dayang bte Haji Mohiddin, Pemangku Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat telah menghadiri bengkel 'Regional Workshop On Genders Sensitive and Coordinated VAW Services: Focusing On The Operationalization And Management Of One Stop Crisis Centers (OSCSs)' di Bangkok, Thailand pada 28- 30 November 2006.
20 November 2006
HADIRI MESYUARAT DI BANGKOK, THAILAND
Datin Hajah Adina bte Othman, Pengarah JAPEM telah menghadiri mesyuarat 'Expert Group Meeting On The Establishment Of An ASEAN Commission On The Rights Of Women And Children' di Bangkok, Thailand pada 20 November 2006.
18 November 2006
9 atlet sertai 9th fespic games 

Sebahagian atlet yang akan menyertai sukan FESPIC, Kuala Lumpur 2006

Majlis Penyerahan Bendera Negara kepada Kontingen Negara Brunei Darussalam ke 9th FESPIC Games, Kuala Lumpur  telah diadakan di Dewan DiGadong Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.

Bendera Negara telah diserahkan kepada Chef De Mission, Dayang Hajah Misnah bte Haji Bolhassan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad bin Haji Daud, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Seramai 9 orang atlet Berkeperluan Khas akan menyertai Sukan FESPIC ke-9 di Kuala Lumpur, yang akan bermula dari 25 November hingga 1 Disember.

Pencapaian terbaik Negara dikejohanan tersebut ialah di 8th FESPIC Games, Busan Korea 2002 dengan memperolehi 2 Emas, 3 Perak dan 2 Gangsa.
15 November 2006
MAJLIS RAMAH MESRA 2006 

YB Menteri KKBS mengetuai penyampaian sumbangan hari raya kepada 
warga istimewa dan Penghuni Kompleks Rumah Kebajikan

Warga Istimewa dan Penghuni Kompleks Rumah-Rumah Kebajikan hari ini diraikan di Majlis Ramah Mesra anjuran Jabatan Pembangunan Masyarakat yang telah diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

Hadir selaku tetamu kehormat pada pagi tersebut ialah Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Majlis diselajurkan dengan penyampaian sumbangan derma Hari Raya oleh tetamu kehormat kepada yang diraikan.

Acara pada pagi itu  juga turut diserikan dengan persembahan pentas oleh warga istimewa, penghuni Kompleks Rumah-Rumah kebajikan dan Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan serta jabatan-jabatan di bawahnya.
15 November 2006
Hadiri mesyuarat cedaw 
Dayang Hajah Misnah bte Haji Bolhassan, Timbalan Pengarah JAPEM dan Dayang Noryani bte Haji Abd Rani, Pegawai Pembangunan Masyarakat telah menghadiri mesyuarat 'ASEAN High Level Meeting on Gender Mainstreaming within the context of CEDAW, BFPA and MDGs' di Jakarta Indonesia pada 15 - 17 November 2006.
2 November 2006
5th acw meeting 
Dayang Hajah Noridah bte Abdul Hamid, Penolong Pengarah JAPEM telah menghadiri mesyuarat '5th ASEAN Committee On Women (ACW) Meeting' di Singapura pada 2 - 3 November 2006.
1 November 2006
Work life harmony
Dayang Noryani bte Haji Abd Rani, Pegawai Pembangunan Masyarakat telah menghadiri bengkel 'Work Life Harmony' di Singapura pada 1 November 2006.
Best Viewed in 800x600 resolution with Internet Explorer

Arkib

Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan Bandar Seri Begawan BC 4415 Negara Brunei Darussalam
Telefon: 673 2 380664 / 2380667 / 2380678 E-mail:info@japem.gov.bn