| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts |

Pencarian Dalam Laman Ini << Klik di sini >>

Home : Info Jabatan : Perkhidmatan : Institusi Kebajikan : Borang On-line : TeleJAPEM : Maklum Balas : E-mail Kami :
Tip dan Panduan : Statistik :
 
 

CATATAN KEGIATAN AKTIVITI BAGI TAHUN 2006

 

Pilih Bulan :

28 Ogos 2006
HADIRI MESYUARAT DI TOKYO, JEPUN
Datin Hajah Adina bte Othman, Pengarah JAPEM, dan Awang Mohd Husaini bin Abdullah, Penolong Pengarah di Bahagian Pembangunan Keluarga, Kanak-kanak dan Kaunseling, JAPEM  telah menghadiri mesyuarat 'The 4th ASEAN and Japan High Level Officals Meeting on Caring Societies: Support to Vulnerable People in Welfare and Medical Services, Collaboration of Social Welfare and Health Services and Development of Human Rescources' di Tokyo, Jepun pada 28 Ogos - 31 Ogos 2006.
22 Ogos 2006
LAWATAN PERSATUAN IBU TUNGGAL, SELANGOR

Ahli-ahli Persatuan Ibu Tunggal Parliman Subang, Selangor bergambar kenangan bersama dengan Pengarah JAPEM

Seramai 26 orang dari Persatuan Ibu Tunggal Parlimen Subang, Selangor Malaysia mengadakan lawatan sambil belajar ke Ibu Pejabat JAPEM.

Lawatan bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat dan mengetahui dengan lebih dekat mengenai dengan fungsi dan tanggongjawab Jabatan ini. Rombongan yang diketuai oleh Puan Hamidah bte Abdul Manan ini telah dialu-alukan oleh Pengarah JAPEM, Datin Hajah Adina bte Othman beserta beberapa orang pegawai kanan JAPEM. 

Sementara itu taklimat mengenai dengan fungsi dan tanggongjawab JAPEM telah disampaikan oleh Dayang Hajah Siti Zarena bte Haji Ismail, Pegawai Pembangunan Masyarakat.
15 Ogos 2006
PENEMPATAN DI KEMENTERIAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT, BELIA DAN SUKAN, SINGAPURA
Pengiran Mahdi bin Pg Haji Mohd Salleh, Pegawai Kaunseling, Dk Hajah Zaliha bte PSR Pg Haji Jaya, Pemangku Pekerja Kanan Pembangunan Masyarakat, Pengiran Suniman bin Pg Sulaiman, Pekerja Pembangunan Masyarakat Tingkat 1  telah mengikuti 'Kursus Penempatan di Kementerian Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan, Singapura" di Singapura pada 15 Ogos - 9 September 2006.
14 Ogos 2006
HADIRI KURSUS ANJURAN NIEW
Dayang Rogayah bte Abdullah, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat telah menghadiri kursus "Gender And Development Anjuran NAM Institute For The Empowerment Of Women (NIEW)" di Kuala Lumpur, Malaysia pada 14 - 25 Ogos 2006.
7 Ogos 2006
PENYAMPAIAN BANTUAN SKIM BERDIKARI

YB Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan menyerahkan Jentera Pembayak Tanah kepada Dayang Sahi bte Talip

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Awang Mohammad bin Haji Daud, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan pagi tadi telah menyampaikan Bantuan Skim Berdikari berupa sebuah Jentera Pembajak Tanah kepada seorang balu bernama Dayang Sahi bte Talip di Kampung Bukit Sulang, Lamunin, Tutong. 

Jentera Pembajak Tanah ini adalah dihasratkan untuk membantu Dayang Sahi mengusahakan ladang sayur dan buah-buahan seluas 9 ekar bagi menampung kehidupannya bersama 9 orang anak yang masih dibangku sekolah.

Bantuan Skim Berdikari ini merupakan salah satu perkhidmatan yang diberikan oleh Unit Keusahawanan di bawah Bahagian Pekerjaan dan Keusahawanan di Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM).

Skim Berdikari ini dibiayai melalui Tabung Badan Kebajikan Kebangsaan. Salah satu objektif penubuhan Tabung ini ialah untuk menghulurkan bantuan bagi meringankan beban individu dan keluarga yang kurang berkemampuan serta tidak mempunyai pengharapan seperti penerima bantuan skim berdikari ini.
Best Viewed in 800x600 resolution with Internet Explorer

Arkib

Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan Bandar Seri Begawan BC 4415 Negara Brunei Darussalam
Telefon: 673 2 380664 / 2380667 / 2380678 E-mail:info@japem.gov.bn