| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts |

Pencarian Dalam Laman Ini << Klik di sini >>

Home : Info Jabatan : Perkhidmatan : Institusi Kebajikan : Borang On-line : TeleJAPEM : Maklum Balas : E-mail Kami :
Tip dan Panduan : Statistik :
 
 

CATATAN KEGIATAN AKTIVITI BAGI TAHUN 2006

 

Pilih Bulan :

21 September 2006
SMS BRUNEI PRIHATIN UNTUK ANAK-ANAK YATIM KEBANGSAAN 

Majlis Pelancaran SMS Brunei Prihatin Untuk Anak-Anak Yatim Kebangsaan telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad bin Haji Daud, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan di DST Tower, Jalan Tungku.

Pengguna telefon bimbit DST Com, Prima dan Easi berpeluang untuk membuat sumbangan dengan hanya menghantar pesanan teks ringkas dengan menaip YATIM (tanpa jarak) dan jumlah yang dikehendaki iaitu 1,5,10,15 dan 20 sebagai contoh YATIM (bagi derma berjumlah $5) dan hantar kepada 8885555. SMS ini akan berakhir sehingga 11 November 2006.

Projek tersebut memberi peluang kepada orang ramai untuk menghulurkan derma melalui telefon bimbit dengan tidak payah lagi datang sendiri untuk menyerahkan derma tetapi hanya dengan melalui SMS.
20 September 2006
MAJLIS PENYERAHAN KUNCI RUMAH PROJEK TITIAN AMAL 

YB Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan menyerahkan replika kunci 
kepada Awang Samrin bin Haji Timbang

JAPEM dengan kerjasama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan Majlis Penyerahan Kunci Rumah kepada Awang Samrin bin Haji Timbang.

Penerima adalah salah seorang klien Jabatan ini yang diberi bantuan perumahan yang dibina oleh pihak ABDB bersempena dengan Hari Ulangtahun ABDB ke-45.

Hadir menyempurnakan penyerahan kunci rumah tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Awang Mohammad bin Haji Daud, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. 
20 September 2006
TRAINING WORKSHOP ON HOME CARE ROK ASEAN
Dayang Hajah Misnah bte Haji Bolhasan, Timbalan Pengarah JAPEM dan Awang Sofian bin Haji Mohamad, Pengawai Pencen-Pencen Kanan  telah menghadiri bengkel 'TRAINING Workshop On Home Care ASEAN Cooperation Project' di Seoul, Korea pada 20 hingga 22 September 2006.
19 September 2006
BENGKEL PERKHIDMATAN PELANGGAN CEMERLANG

Sebahagian daripada peserta yang menghadiri Bengkel Perkhidmatan Pelanggan 
yang Cemerlang

Sebagai usaha berterusan JAPEM dalam mempastikan semua pegawai dan kakitangan di Jabatan ini dapat memberikan layanan dan perkhidmatan yang cemerlang kepada klien-klien yang memerlukan, maka Jabatan ini sekali lagi menganjurkan Bengkel Perkhidmatan Pelanggan Yang Cemerlang. Kali ini bengkel dikendalikan oleh Aftaneka Infokonsult & Training's yang mengundang 3 orang penceramah dari TG Consult Sdn. Bhd. Malaysia iaitu Dr. Tembon bin Ghani, Hj Yep bin Putih dan Ahmad Zaki Ahmad Rafai’.

Diantara objektif bengkel adalah bagi meningkatkan sikap positif dalam memberikan perkhidmatan yang bermutu bagi menyelesaikan masalah klien, menghayati kepentingan hubungan pelanggan bagi mencapai misi dan hasrat organisasi dan membentuk pendekatan yang berkesan bagi menyelesaikan masalah pelanggan.

Bengkel yang disertai oleh 24 orang pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan ini juga adalah kesinambungan sambutan Hari Pelanggan JAPEM yang telah berlangsung pada 31 Julai 2006 yang lalui, bertemakan “Perkhidmatan Berkesan Membangun Masyarakat” iaitu Jabatan akan sentiasa mempertingkatkan mutu perkhidmatan kepada para klien JAPEM.
19 September 2006
MENGHADIRI MESYUARAT 
Dayang Noryani bte Haji Abd Rani, Pegawai Pembangunan Masyarakat telah menghadiri mesyuarat "2006 ASEAN Regional Taskforce Meeting To Prevent Child-Sex Tourism" di Bangkok, Thailand pada 19 - 20 September 2006.
14 September 2006
MENGHADIRI MESYUARAT
Awang Haji Rosmadee bin Haji Daud, Penolong Pengarah di Bahagian Perkhidmatan Orang Berkeperluan Khas, JAPEM dan Awang Mohd Zain bin Haji Mohammad, Pekerja Pembangunan Masyarakat Tingkat 1 telah menghadiri mesyuarat "KL'06 , 9th FESPIC Games, Kuala Lumpur 2006, Chef De Mission Meeting" di Kuala Lumpur, Malaysia pada 14 - 16 September 2006.
12 September 2006
PENUTUPAN TABUNG KEMANUSIAAN GEMPA BUMI YOGYAKARTA DAN KAWASAN SEKITARNYA 

Ketua Pegawai Operasi DST Group menyampaikan cek kutipan Derma SMS Brunei Prihatin kepada YB Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan

Mesyuarat bagi penutupan Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Yogyakarta dan Kawasan Sekitarnya telah diadakan pada pagi ini di Bilik Attaqwa. 

Mesyuarat dihadiri oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku Penasihat Bersama Jawatankuasa Kebangsaan Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Yogyakarta dan Kawasan Sekitarnya. Mesyuarat dipengerusikan oleh Dato Paduka Awang Haji Jemat bin Haji Ampal, Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Sepanjang tempoh tabung berkenaan diadakan sebanyak $379,028.50 telah berjaya dikumpulkan. Derma tersebut Insya Allah akan disalurkan kepada pihak berkenaan dengan secepat mungkin melalui pihak yang akan dikenalpasti oleh Jawatankuasa Tabung.

Terdahulu sebelum mesyuarat bermula Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan telah menerima sumbangan derma dari pelbagai pihak termasuk sumbangan Derma SMS Brunei Prihatin.
11 September 2006
LEBIH $10 RIBU DIHULURKAN KEPADA MANGSA ATAP TERBANG 

Yang Mulia Setiausaha Tetap, KKBS menyampaikan Bantuan Kewangan kepada 
salah seorang penerima.

Majlis Penyampaian Bantuan Kewangan daripada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui JAPEM kepada pemilik rumah yang mendapat musibah atap terbang akibat angin kencang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Attaqwa, petang ini.

Bantuan tersebut telah disampaikan oleh Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Jemat bin Haji Ampal, Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Seramai 15 orang pemilik rumah dari 9 buah kampong di Daerah Brunei Muara telah menerima bantuan tersebut yang kesemuannya berjumlah $10, 875.00.

Bantuan ini dihulurkan bagi meringankan bebanan pemilik-pemilik rumah yang mengalami kerosakkan akibat angin kencang yang berlaku pada bulan Ogos yang lalu.
8 September 2006
HADIRI FORUM DI BANGKOK, THAILAND
Datin Hajah Adina bte Othman, Pengarah JAPEM, dan Dayang Hajah Siti Zarena bte Haji Ismail, Pegawai Pembangunan Masyarakat telah menghadiri forum 'ASEAN GO-NGO Forum On Social Welfare And Development' di Bangkok, Thailand pada 8 September - 9 September 2006.
6 September 2006
MAJLIS PELANCARAN SCI

Sebahagian Warga JAPEM yang menghadiri Majlis Pelancaran SCI

Majlis Pelancaran Skim Cadangan Inovasi (SCI) JAPEM telah disempurnakan oleh Yang Mulia Datin Hajah Adina bte Othman. Majlis berlangsung di Dewan Digadong, KKBS.

Skim Cadangan Inovasi (SCI) adalah merupakan satu skim di mana semua pegawai dan kakitangan diberi peluang untuk mengemukakan cadangan pembaikan bagi mengatasi masalah yang telah dikenalpasti dalam melaksanakan tugas-tugas seharian.

Program SCI ini disasarkan kepada semua pegawai dan kakitangan di semua peringkat. Walau bagaimanapun pada peringkat permulaan ini hanya disasarkan kepada pegawai dan kakitangan dalam skala gaji C1 ke bawah.
Best Viewed in 800x600 resolution with Internet Explorer

Arkib

Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan Bandar Seri Begawan BC 4415 Negara Brunei Darussalam
Telefon: 673 2 380664 / 2380667 / 2380678 E-mail:info@japem.gov.bn