| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts |

Pencarian Dalam Laman Ini << Klik di sini >>

Home : Info Jabatan : Perkhidmatan : Institusi Kebajikan : Borang On-line : TeleJAPEM : Maklum Balas : E-mail Kami :
Tips dan Panduan : Statistik :
 
 

CATATAN KEGIATAN AKTIVITI BAGI TAHUN 2007

 

Pilih Bulan :

31 Januari 2007
Hadiri MESYUARAT DI THAILAND

Dayang Hajah Noridah bte Abdul Hamid, Penolong  Pengarah, telah menyertai menghadiri mesyuarat 'The 5th ASEAN Ministers Meeting On Rural Development and Poverty Eradication' di Bangkok, Thailand pada 31 Januari 2007.

 
 
31 Januari 2007
MAJLIS SAMBUTAN TAHUN BARU HIJRAH 1428

Kompleks Rumah-Rumah Kebajikan, Pulaie (KRK) telah mengadakan Majlis Sambutan Tahun Baru Hijrah 1428 bertempat di Dewan Serbaguna KRK.

Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis petang itu ialah Penolong Pengarah JAPEM, Mohd Hussaini bin Abdullah.

Majlis diserikan lagi dengan ceramah ugama yang telah disampaikan oleh Ustaz Haji Mail bin Haji Besar, penceramah undangan dari Pusat Dakwah Islamiah.

Majlis juga diselajurkan dengan penyampaian cenderamata kepada Pegawai dan Kakitangan KRK yang berpindah dan bersara.

 
 
24 Januari 2007

19 WARGA JAPEM dikurniakan Pingat-Pingat KehormataN

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah mengurniakan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) kepada Awang Jahali bin Suhaili pada majlis Pengurniaan Pingat Kehormat Negara Brunei Darussalam. - Infofoto

Seramai 19 orang pegawai dan kakitangan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) telah dikurniakan Pingat-Pingat Kehormatan Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam ke 60 tahun.

Seorang menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK), iaitu Awang Jahali bin Suhaili.

Sepuluh orang pegawai dan kakitangan JAPEM menerima Pingat Indah Kerja Baik (PIKB). Mereka ialah Dayang Alus bte Kula, Hajah Kamariah bte Abdullah, Abd Rahim bin Abdullah, Azizah bte Haji Md Diah, Pengiran Mahdi bin Pg Haji Salleh, Rostinah bte PDP Haji Mohd Tahir, Lim Tok Eng, Haji Zanie bin Haji Tarih, Yaram bin Yaning dan Mohd Zain bin Haji Mohammad.

Seramai 8 orang pegawai dan kakitangan JAPEM menerima Pingat Kerja Lama (PKL). Mereka terdiri daripada Dayang Timong bte Musing, Raimah bte Mohammad, Haji Ahad bin Haji Hassan, Wan Ali bin Wan Ibrahim, Dayang Tampoi bte Haji Awang Damit, Pengiran Haji Metarsad bin Pg Haji Damit dan Dayangku Hajah Zaliha bte PSR Pg Haji Jaya.

Pengurniaan Pingat-Pingat Kehormatan tersebut berlangsung di Balai Singgahsana Indera Kenchana, Istana Nurul Iman.

 
24 Januari 2007
CERAMAH MOTIVASI KERJA SEBAGAI SATU IBADAT

Lebih 40 orang Pegawai dan Kakitangan JAPEM telah menghadiri Ceramah Motivasi Kerja Sebagai Satu Ibadat yang telah diadakan di Dewan Citra Budaya, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Haji Mail bin Haji Besar, penceramah undangan dari Pusat Dakwah Islamiah dan telah dipengerusikan oleh Haji Berudin bin Singgil, Pengawai Pembangunan Masyarakat.

 
8 Januari 2007
LAWATAN KERJA KE NANGROE ACEH DARUSSALAM

Awang Jahali bin Suhaili, Timbalan Pengawal Pencen-Pencen dan Dayang Hajah Siti Zarena bte Haji Ismail, Pegawai Pembangunan Masyarakat, telah menyertai rombongan Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) ke Aceh membuat lawatan kerja ke Nangroe Aceh Darussalam (NAD) di Republik Indonesia, diikuti dengan menghadiri acara penerimaan dan penyerahan rasmi projek bantuan Masyarakat Brunei Darussalam pada 9 Januari 2007 dan seterusnya membuat lawatan ke Teupin Rambut pada 10 Januari 2007.

 
3 Januari 2007
MAJLIS IBADAH KORBAN

Para Penghuni dan Kakitangan Kompleks Rumah-Rumah Kebajikan Kampong Pulaie telah mengadakan Majlis Ibadah Korban bersempena dengan Sambutan Hari Raya Aidiladha bagi tahun 1427H.

Sebanyak 2 ekor kerbau telah dikorban di majlis tersebut. Daging-daging korban disempurnakan pengagihannya oleh Timbalan Pengarah JAPEM, Dayang Hajah Misnah bte Bolhassan.

Best Viewed in 800x600 resolution with Internet Explorer

Arkib

Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan Bandar Seri Begawan BC 4415 Negara Brunei Darussalam
Telefon: 673 2 380664 / 2380667 / 2380678 E-mail:info@japem.gov.bn