.: Catatan Kegiatan Aktiviti Bagi Tahun 2008 |  Bagi Bulan : :.

27 Januari 2008
Atlet para games raih 2 emas, 4 perak, 10 gangsa

John Vianni anak Chandau dan Sibuang bin Kalong dua atlet yang berjaya meraih pingat emas  

Majlis mengalu-alukan ketibaan kontingen Negara Brunei Darussalam daripada The 4th  ASEAN Para Games, Nakhon Ratchasima, Thailand telah berlangsung di Lapangan Terbang Antarabangsa Berakas Brunei. Sukan dwi tahunan itu berlangsung selama 7 hari yang bermula pada 20 Januari hingga 26 Januari 2008.

Ketibaan mereka pada malam ini disambut meriah dengan kejayaan mereka merangkul kemenangan yang cemerlang dengan membawa balik 2 pingat emas, 4 pingat perak dan 10 pingat gangsa. Pingat emas masing-masing diperolehi oleh John Vianni anak Chandau dalam acara Men Shot Put dan Awang Sibuang bin Kalong dalam acara Men's Javelin.

Hadir mengalu-alukan ketibaan kontingen negara ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad bin Haji Daud, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Turut hadir bagi mengalu-alukan ketibaan mereka ialah Setiausaha Tetap KKBS, Timbalan Setiausaha Tetap KKBS, Pengarah JAPEM, Pegawai-pegawai Kanan KKBS dan JAPEM serta keluarga dan sanak saudara atlet berkeperluan khas.

Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan juga menyampaikan sumbangan Skim Penggalak kepada 14 orang altet berkeperluan khas yang berjaya yang berjaya meraih pingat-pingat emas, perak dan gangsa.

Pada penyertaan kali ini seramai 26 orang atlet berkeperluan khas dengan 19 orang pegawai pengawas yang diketuai oleh Haji Rosmadee bin Haji Daud, Penolong Pengarah JAPEM selaku Chief De Mission.

Pencapai terbaik atlet negara sejak penyertaan pertama di 1st ASEAN PARA Games, Kuala Lumpur, Malaysia pada tahun 2001 ialah di kejohanan 3rd ASEAN Para Games di Manila, Philippines 2005 dengan meraih 7 emas, 6 Perak dan 4 Gangsa.

 
21 Januari 2008
SMS BRUNEI PRIHATIN KUMPUL $209,356.00

YB Menteri KKBS menerima Sumbangan Derma SMS Brunei Prihatin Untuk Tabung Anak-Anak Yatim Kebangsaan

Majlis Penyampaian Derma Anak-Anak Yatim melalui SMS Brunei Prihatin telah diadakan di Airport Restaurant, Lapangan Terbang Antarabangsa, Berakas.

Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah
 Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad bin Haji Daud, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

SMS Brunei Prihatin untuk Anak-Anak Yatim Kebangsaan ini adalah projek kali ke-3 diadakan atas kerjasama di antara 4 agensi iaitu JAPEM, Jabatan Radio Televisyen Brunei, DST Group Sdn Bhd dan B-Mobile Communication Sdn Bhd. SMS Brunei Prihatin yang bermula pada 7 September 2007 hingga 20 Oktober 2007 telah berjaya mengumpulkan keseluruhan derma sejumlah $209,356.00.

Turut hadir di majlis pada pagi tadi ialah Setiausaha Tetap, KKBS; Timbalan Setiausaha Tetap KKBS; Pengarah JAPEM; Pemangku Pengarah RTB; Ketua Pegawai Operasi DST Group Sdn Bhd; Pengarah Urusan B-Mobile; Pegawai-pegawai Kanan KKBS dan agensi-agensi berkenaan.

 
15 Januari 2008

Ceramah Peraturan AM telah disampaikan oleh Awang Mohd Amir Hairil

Lebih 40 orang Pegawai dan Kakitangan JAPEM telah menghadiri Ceramah Peraturan AM (GO) dan Tatatertib Pegawai dan Kakitangan Kerajaan yang telah diadakan di Dewan Citra Budaya, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Ceramah Peratuaran AM (GO) telah disampaikan oleh Awang Mohd Amir Hairil bin Haji Mahmud, Pemangku Pegawai Pentadbir Tingkat Khas, Jabatan Perkhidmatan Awam. Sementara itu, Awang Johari bin Haji Mohammad, Pegawai Kakitangan, Jabatan Perkhidmatan Awam telah menyampaikan ceramah Tatatertib Pegawai dan Kakitangan Kerajaan. Kedua-dua ceramah tersebut telah dipengerusikan oleh Awang Haji Berudin bin Haji Singgil, Pegawai Pembangunan Masyarakat.

 
14 Januari 2008

Datin Hajah Adina bte Othman, Pengarah JAPEM dan Dayang Noryani bte Haji Abdul Rani, Pegawai Pembangunan Masyarakat, telah menghadiri mesyuarat 'The ASEAN High-Levek Meeting On Good Practices In Convention On The Elimination Of All Forms Of Discrimination Against Women (CEDAW) Reporting and Follow-up' di Vientiane, Laos pada 14 hingga 15 Januari 2008

 
8 Januari 2008
26 Atlet obk sertai 4th asean paragames

Para Atlet yang akan menggalas harapan negara di 4th ASEAN Para Games

Seramai 26 orang atlet berkeperluan khas akan bertanding dalam dua acara sukan iaitu olahraga dan catur di 4th ASEAN Para Games yang akan berlangsung Nakhon Ratchasima, Thailand. Sukan dwi-tahunan ini akan berlangsung selama 7 hari yang akan bermula pada 20 Januari 2008 dan dijangka berakhir pada 26 Januari 2008.

Perkara ini telah diumumkan oleh Haji Rosmadee bin Haji Mohd Daud, Penolong Pengarah JAPEM selaku Chief De Mission di Majlis Penyerahan Bendera Negara kepada kontingen Negara Brunei Darussalam yang akan mengikuti kejohanan 4th ASEAN Para Games. Majlis berlangsung di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Paduka Haji Awang Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, Menteri Pembangunan selaku pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan menyempurnakan penyerahan Bendera Negara kepada Chief De Mission 4th ASEAN Para Games.

Turut hadir di majlis pada petan tadi ialah Pemangku Setiausaha Tetap KKBS, Awang Haji Ahmad bin Abd Rahman; Pengarah JAPEM, Datin Hajah Adina bte Othman; Pegawai-pegawai Kanan dibawah KKBS.

Pencapaian terbaik atlet negara sejak penyertaan pertama di ASEAN Para Games ialah di Kejohanan 3rd ASEAN Para Games di Manila, Philippines 2005 dengan meraih 7 emas, 6 Perak dan 4 Gangsa.

 
3 Januari 2008
japem hulur bantuan keperluan persekolahan

JAPEM mengalu-alukan sumbangan orang ramai untuk Tabung Bantuan Tajaan Kanak-Kanak Sekolah bagi meringankan bebanan ibu bapa serta penjaga yang kurang berkemampuan menyediakan keperluan persekolahan anak mereka.

Sehubungan itu, JAPEM pagi  ini menyerahkan derma berjumlah $10,450 kepada penerima bantuan itu yang disampaikan oleh Pengarah Pembangunan Masyarakat, Datin Hajah Adina Othman.

Bantuan berkenaan merupakan bantuan sekali gus yang diharapkan dapat menggalakkan anak-anak mereka untuk terus belajar seperti juga anak-anak lain.

Majlis itu juga diteruskan dengan penyampaian bantuan kerajaan bagi membaiki rumah kepada empat orang penerima berjumlah $1,575.

 
 


Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan Bandar Seri Begawan BC 4415 Negara Brunei Darussalam
Telefon: 673 2 380664 / 2380667 / 2380678 E-mail:info@japem.gov.bn