.: Catatan Kegiatan Aktiviti Bagi Tahun 2011 |  Bagi Bulan : :.       

20 Januari 2011
Sambutan Hari Kanak-Kanak di Daerah Temburong

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Paduka Awang Haji Hazair
bin Haji Abdullah ketika menyerahkan 'Goodies' kepada salah sorang peserta di Sambutan Hari Kanak-Kanak
bertempat di Dewan Belalong, Daerah Temburong

Dalam usaha untuk mendokong deklarasi dan Konvensyen Hak Asasi Kanak-Kanak di Negara ini, Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) menganjurkan Sambutan Hari Kanak-Kanak Kebangsaan.

Hadir selaku tetamu kehormat, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Paduka Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah.

Acara bermula dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang kemudiaannya diikuti dengan doa Selamat.

Berucap pada majlis itu ialah Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat, Yang Mulia Dayang Hajah Misnah binti Haji Bolhasan yang juga selaku pengerusi majlis.

Sementara itu, Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan menyampaikan Ucapan Perasmian.

Pada majlis ini Yang Berhormat menyampaikan Sijil Penghargaan kepada penaja utama iaitu, Baiduri Bank dan penaja-penaja lainnya yang terdiri dari Brunei Press, Sheng Yu Trading Company, Kwang Wei Advertising & Displays, Air Cat Forwarding dan KFC (B) Sdn Bhd.

Majlis diteruskan dengan acara senamrobik yang juga disertai oleh tetamu kehormat dan tetamu-tetamu lainnya.

Dalam majlis ini 600 pelajar sekolah rendah menerima “goodies” mereka yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Datin; Setiausaha-Setiausaha Tetap KKBS, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Jemat bin Haji Ampal dan Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohd Hamid bin Haji Mohd Jaafar; Timbalan Setiausaha Tetap KKBS Yang Mulia Awang Haji Ismail bin Pehin Orang Pekerma Setia Dato Paduka Haji Hashim; dan Pengurus Am Baiduri Bank, Awang Pierre Imhof.

Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan para tetamu juga berkesempatan menyaksikan pameran mengenai JAPEM termasuk perkhidmatan-perkhidmatan yang disalurkan oleh jabatan itu kepada orang ramai. Juga diketengahkan dalam pemeran itu ialah aktiviti-aktiviti JAPEM yang melibatkan golongan kanak-kanak.

Acara kemuncak ialah “Amazing Kids Race” yang menyediakan pelbagai bentuk permainan kepada para peserta. Selain dari itu, pihak penganjur juga menyediakan pelbagai aktiviti pangkalan bagi penyertaan golongan kanak-kanak.

Sambutan Hari Kanak-Kanak diraikan secara tahunan oleh warga dunia setiap 20 November. Sambutan bertujuan bagi mempromosikan perlindungan, kesejahteraan dan kebajikan kanak-kanak, memberikan kesedaran dan pengetahuan kepada orang ramai terutama kanak-kanak itu sendiri mengenai hak-hak mereka (kanak-kanak), menambah pengetahuan orang ramai mengenai kovensyen hak kanak-kanak dan bagi membanteraskan pengeksploitasian kanak-kanak.

Sambutan pada tahun ini bertemakan HAK UNTUK BERMAIN. Tema ini adalah sebagai lanjutan daripada sambutan yang penah diadakan sebelum ini dan diguna pakai oleh 'United Nations International Children’s Emergency Fund' atau pun Tabung Kecemasan kanak-kanak Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu iaitu, UNICEF bagi sambutan Hari Kanak-Kanak 2008. Tema ini adalah selaras dengan konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak, CRC yang antara lain menekankan mengenai dengan perlunya kanak-kanak untuk diberi peluang bermain kerana aktiviti itu dapat meningkatkan perkembangan pertumbuhan mereka. Sehubungan dengan itu, bentuk permainan atau pun “games” yang disediakan oleh Jawatankuasa Penganjur pada hari ini bukan hanya semata-mata untuk memeriahkan majlis tetapi sekaligus memberI peluang kepada mereka untuk berinteraksi, belajar dan mengembangkan minda.

Juga hadir ialah Ahli Majlis Masyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Sulaiman bin Haji Ahad; Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Yang Mulia Awang Haji Haris bin Othman; Ketua-Ketua Cawangan Jabatan di Daerah Temburong; Penghulu-penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampong.

Sambutan berlangsung di Dewan Belalong, Pekan Bangar, Daerah Temburong.

 
6 Januari 2011
Tabung Kemanusiaan Mangsa Bencana Merapi dan Mentawai Ditutup

Jawatankuasa Kebangsaan Tabung Kemanusiaan Mangsa Bencana Merapi dan Mentawai telah memaklumkan bahawa mulai hari ini Tabung berkenaan dengan rasminya ditutup dan diselajurkan dengan pembubaran Jawatankuasa.

Sehubungan dengan itu satu mesyuarat penutupan Tabung berkenaan telah diadakan di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan yang telah dipengerusikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan selaku Pengerusi Bersama Tabung Kemanusiaan Mangsa Bencana Merapi dan Mentawai.

Di sepanjang tempoh kutipan, Tabung ini telah berjaya mengumpul sebanyak BND173,805.39. Derma tersebut Insya Allah akan disalurkan kepada pihak berkenaan dengan secepat mungkin melalui pihak yang akan dikenal pasti oleh Jawatankuasa Tabung.

Tabung berkenaan telah dibukakan selama tempoh dua (2) bulan iaitu mulai 3 November 2010 sehingga 03 Januari 2011. Sepanjang tempoh tersebut telah memberi peluang kepada para penderma untuk menyumbangkan derma berbentuk kewangan secara langsung atau untuk mana-mana pihak berpeluang untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti amal dan berkebajikan bagi tujuan kutipan derma tersebut.

Melalui kesempatan ini, Jawatankuasa Kebangsaan Tabung Kemanusiaan Mangsa Bencana Merapi dan Mentawai dengan amat sukacitanya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua penderma sama ada secara individu, pertubuhan atau perkumpulan yang telah menyumbangkan derma kepada Tabung tersebut. Mudah-mudahan dengan sumbangan tulus ikhlas para penderma akan mendapat ganjaran yang setimpal daripadaNya jua, Amin.

 
6 Januari 2011

Tabung Kemanusiaan Mangsa Bencana Merapi dan Mentawai Terima Sumbangan BND173,805.39

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Paduka Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah menerima sumbangan derma Tabung Kemanusiaan Mangsa Bencana Merapi dan Mentawai daripada Pengurus Kanan Hal Ehwal Korporat B-Mobile Sdn. Bhd., Dayang Hajah Noorul Baiyinah binti Haji Kassim

Sejak ditubuhkan pada 3 November 2010 hingga ke hari ini, Tabung Kemanusiaan Mangsa Bencana Merapi dan Mentawai berjaya mengumpulkan sumbangan berjumlah BND173,805.39.

Hari ini sahaja tabung berkenaan telah menerima sumbangan lebih BND75 ribu ringgit dari kementerian-kementerian, jabatan-jabatan kerajaan, syarikat-syarikat swasta dan persatuan di negara ini di satu Majlis Penyampaian Sumbangan Derma kepada tabung tersebut.

Hadir menerima sumbangan-sum,bangan derma tersebut ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Paduka Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah yang juga selaku Penasihat Bersama Tabung berkenaan.

Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah menderma sebanyak BND9,726 yang disampaikan oleh Setiausaha Tetap Dasar Pertahanan dan Pembangunan, Awang Haji Saifulbahri bin Haji Mansor.

Kementerian Pendidikan menyerahkan derma sebanyak BND4,842.01. Jabatan Daerah Temburong menyumbangkan sejumlah BND4,131.09 yang disampaikan oleh Pemangku Penolong Pegawai Daerah Temburong, Awang Sazali bin Haji Timbang.


Jabatan Penerangan menyumbangkan derma berjumlah BND684.60 yang disampaikan oleh Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap Jabatan Perdana Menteri, Dr. Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong.

Derma sebanyak BND18,693.44 seterusnya diterima dari Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid,Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Haji Abdul Kahar bin Haji Hussin hasil sumbangan daripada orang ramai melalui tabung di masjid-masjid dan surau-surau di Daerah Brunei dan Muara.

B-Mobile Communications Sdn. Bhd. menyumbang sejumlah BND18,998 yang diserahkan oleh Pengurus Kanan Hal Ehwal Korporat B-Mobile Sdn. Bhd., Dayang Hajah Noorul Baiyinah binti Haji Kassim.

The Empire Hotel and Country Club menderma sejumlah BND12,000 yang disampaikan oleh Pengurus Kanannya, Desmond Acheson. Persatuan Masyarakat Indonesia, Acep Prasojo dengan derma sebanyak BND3,000.


HAHD Group of Companies menderma sejumlah BND475 yang disampaikan oleh Penolong Pegawai Eksekutifnya Dayang Nursalwana binti Haji Awang.

Giant TMC Rimba menghulurkan sumbangan sebanyak BND2,059.25 yang disampaikan oleh Pegawai Eksekutif Bahagian Sumber Manusia, Awang Haji Mardini bin Dato Paduka Haji Mohammad

Katakijau menyumbangkan derma sebanyak BND700 yang disampaikan oleh wakilnya, Awang Rozan bin Haji Kadri.

 

[ KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN ]  [ JABATAN PUSAT SEJARAH ]  [ JABATAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA ]
[ JABATAN MUZIUM-MUZIUM ]  [ JABATAN BELIA DAN SUKAN ] [ PUSAT PEMBANGUNAN BELIA ]