Bahasa Melayu | English         Size Teks : A  A  A       Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan        Jabatan Dibawah KKBS       Kementerian        Peta Laman

.

     Utama | About Us | Perkhidmatan | Institusi Kebajikan | Tips & Panduan | TPOR | Sebutharga | Hubungi Kami

.

 
 

.: Catatan Kegiatan Aktiviti Bagi Tahun 2016 |  Bagi Bulan : :.       

31 Januari 2016
The Legends juara Kejohanan Bola Jaring JAPEM

Pasukan The Legends menjulang Piala Kejohanan Bola Jaring JAPEM sambil disaksikan oleh Pemangku Pengarah JAPEM, Dayang Hajah Noridah binti Abdul Hamid

Pasukan The Legends muncul juara pada Kejohanan Bola Jaring Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) yang berlangsung di Kompleks Sukan Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan.

Manakala naib johan disandang oleh pasukan Happiness dan tempat ketiga dimenangi bersama oleh pasukan Red Hot Chili Fusion (RHCF) dan pasukan Bantuan Am, Pentabdiran dan Penempatan Kerja (BPP).

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah kejohanan kepada pemenang ialah Pemangku Pengarah JAPEM, Dayang Hajah Noridah binti Abd. Hamid.

Kejohanan buat julung kalinya ini dikendalikan oleh Bahagian Pekerjaan dan Keusahawanan merupakan aktiviti tahunan yang dikendalikan oleh bahagian-bahagian di JAPEM secara bergilir-gilir.

Sebanyak empat pasukan telah mengikuti kejohanan ini yang terdiri daripada pegawai, kakitangan dan keluarga mereka.

Kejohanan ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan pegawai, kakitangan dan keluarga mereka serta memupuk semangat kesukanan dan daya saing yang sihat, di samping memberikan galakan agar setiap pegawai dan kakitangan bergiat aktif demi menjaga kesihatan dan kecergasan jasmani dan rohani dalam suasana yang terkawal dan berdisiplin.

Selain itu, kejohanan ini juga merupakan sebagai pentas kepada pemain-pemain yang berpotensi dan berbakat untuk diserapkan bagi mewakili JAPEM di kejohanan bola jaring antara jabatan yang akan diadakan kemudian.

Turut hadir dan menyaksikan perlawanan akhir ialah pegawai-pegawai dan kakitangan serta keluarga JAPEM.