Bahasa Melayu | English         Size Teks : A  A  A       Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan        Jabatan Dibawah KKBS       Kementerian        Peta Laman

.

     Utama | About Us | Perkhidmatan | Institusi Kebajikan | Tips & Panduan | TPOR | Sebutharga | Hubungi Kami

.

 
 

.: Catatan Kegiatan Aktiviti Bagi Tahun 2017 |  Bagi Bulan : :.       

13 April 2017
Forum 'Apabila Wanita Berbicara' dirasmikan

AHLI Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Awang Haji Abdul Rahman semasa merasmikan Forum "Apabila Wanita Berbicara" yang berlangsung di Goldstone Ballroom, Hotel Centrepoint

Hari Wanita Antarabangsa diraikan pada setiap 8 Mac dengan sambutan tahunan diadakan secara global di kebanyakan negara bertujuan bagi menghargai kemajuan serta pencapaian wanita dan seterusnya untuk meningkatkan kesedaran mengenai peri mustahaknya ekuiti gender dalam semua aspek kehidupan.

Tema sambutan Hari Wanita Antarabangsa yang disarankan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada tahun ini ''Wanita dalam Dunia Kerjaya yang Sentiasa Berubah'' (Women in the Changing World of Work).

Majlis Perasmian Sambutan tersebut disempurnakan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Awang Haji Abdul Rahman pada majlis yang berlangsung di Goldstone Ballroom, Hotel Centrepoint, di sini.

Pada tahun ini, Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) mengadakan Program Kesedaran Wanita ini bersempena Hari Wanita Antarabangsa 2017 dengan kerjasama Persatuan Siswazah Brunei dan Majlis Wanita Brunei.

Antara atur cara yang telah disediakan ialah dengan mengadakan satu sesi forum selari pada sebelah pagi, yang mana para penceramah dan fasilitator terdiri dari Badan Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (GO-NGO), yang mana sesi forum selari ini dihadiri oleh perwakilan wanita dari kementerian-kementerian, jabatan-jabatan yang berkepentingan, sektor swasta dan wakil-wakil persatuan-persatuan.

Antara lain isu-isu yang dibincangkan di dalam sesi selari berkenan ialah mengenai Cabaran Wanita yang bekerjaya, bekursus dan bekeluarga, Keselamatan dan Kesejahteraan Wanita di Tempat Kerja (Aspek Kaunseling), Cabaran Wanita yang bekerjaya dan bekeluarga dan Cabaran Wanita yang berniaga dan bekeluarga, yang mana hasil rumusan (Resolusi) sesi selari akan disampaikan pada petang ini.

Di samping itu, Ekspo sempena Hari Wanita Antarabangsa juga akan diadakan selama dua hari, iaitu pada hari ini dan 14 April 2017 bermula jam 10.00 pagi hingga 9.30 malam.

'Booth-booth' pusat kecantikan wanita dan petak jualan barangan perempuan, ibu, bakal ibu dan barangan anak-anak, vendor-vendor adalah daripada peniaga kecil-kecilan 'online instagram' juga pemilik kedai kecil-kecilan.

10 peratus hasil keuntungan akan didermakan ke Tabung Badan Kebajikan Kebangsaan.

Acara juga diteruskan pada Jumaat 14 April, antaranya ialah acara Daddy Day Care, yang mana suami akan membawa anak-anak ke satu bilik yang berasingan, yang mana terdapat aktiviti-aktiviti seperti Face Painting, The Daddy Diaper Dash, pertunjukan maskot dan sebagainya.

Antara lain tujuan ekspo dan aktiviti itu diadakan bagi memberikan penghargaan untuk wanita setelah penat lelah menjaga anak-anak dan bekerja di rumah / berniaga mahupun yang berkarier.

Hadir, Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat, Dayang Rostinah binti Pehin Orang Kaya Seri Sura Pahlawan Dato Paduka Haji Mohd. Tahir; Yang Di-Pertua Persatuan Siswazah, Pengiran Zabaidah binti Pengiran Haji Kamaluddin dan Ketua-ketua Jabatan di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Sumber: Pelita Brunei