Bahasa Melayu | English         Size Teks : A  A  A       Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan        Jabatan Dibawah KKBS       Kementerian        Peta Laman

.

     Utama | About Us | Perkhidmatan | Institusi Kebajikan | Tips & Panduan | TPOR | Sebutharga | Hubungi Kami

.

 
 

.: Catatan Kegiatan Aktiviti Bagi Tahun 2017 |  Bagi Bulan : :.       

19 Ogos 2017
2 orang pegawai JAPEM terima Bintang Kebesaran NBD

Penolong Pengarah JAPEM, Dayang Noryani binti Haji Abd Rani dan Pekerja Kanan Pembangunan Masyarakat, Dayang Norliah binti Haji Md Ali sejurus selepas menerima Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Keempat (P.S.B)

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam kepada 202 penerima sempena Hari Keputeraan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-71, berlangsung di Istana Nurul Iman.

Antara penerima adalah 02 pegawai dari Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) iaitu Penolong Pengarah JAPEM, Dayang Noryani binti Haji Abd Rani dan Pekerja Kanan Pembangunan Masyarakat, Dayang Norliah binti Haji Md Ali yang menerima Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Keempat (P.S.B).

 
07 Ogos 2017
Pasukan Kompleks Rumah Kebajikan 'A' johan Futsal

PEMANGKU Pengarah Pembangunan Masyarakat, Dayang Rostinah binti POKSSP Dato Paduka Haji Mohd Tahir menyampaikan piala kejohanan kepada Ketua Pasukan Kompleks Rumah Kebajikan 'A'

Pasukan Kompleks Rumah Kebajikan 'A' menjuarai Kejohanan Futsal Antara Bahagian-Bahagian Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) 2017 selepas berjaya menumpaskan Pasukan Bantuan Am dalam perlawanan akhir dengan jaringan 3-1.

Tempat ketiga diraih oleh pasukan Keluarga, Wanita dan Kanak-Kanak setelah menewaskan pasukan Daerah dan Perhubungan Awam dengan kemenangan tendangan penalti.

Kejohanan yang berlangsung kelmarin di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas di sini, merupakan acara tahunan yang dikendalikan oleh bahagian-bahagian di jabatan ini secara bergilir-gilir. Pada tahun ini, kejohanan dikendalikan oleh Bahagian Keluarga Wanita dan Kanak-Kanak, JAPEM.

Hadir menyaksikan dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang kejohanan ialah Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat, Dayang Rostinah binti POKSSP Dato Paduka Haji Mohd Tahir.

Juara menerima hadiah pingat dan piala rebutan sumbangan Pengarah Pembangunan Masyarakat selain menerima piala pusingan selaku juara liga.

Kejohanan sehari yang dianjurkan buat kali ke-11 ini disertai oleh enam buah pasukan iaitu, Pasukan Gabungan Daerah dan Perhubungan Awam; Pasukan Bantuan Am; Pasukan Keluarga, Wanita dan Kanak-Kanak; Pasukan Kompleks Rumah Kebajikan 'A'; Pasukan Gabungan Kompleks Rumah Kebajikan 'B', Pentadbiran dan Kewangan; dan Pasukan Orang Kelainan Upaya.

Antara tujuan kejohanan ialah untuk mewujudkan gaya hidup sihat di kalangan para pegawai dan kakitangan melalui aktiviti sukan yang diadakan selain untuk memilih pemain-pemain terbaik yang akan mewakili jabatan ini ke kejohanan peringkat Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Kejohanan juga bertujuan untuk menanai semangat kerjasama berpasukan di antara para ahli dalam pasukan dan juga di antara bahagian masing-masing, di samping untuk mengukuhkan hubungan silaturahim yang sedia ada di antara pegawai dan kakitangan jabatan dan juga kementerian.

Futsal Antara Bahagian-Bahagian Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.

Sumber: Pelita Brunei