Bahasa Melayu | English         Size Teks : A  A  A       Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan        Jabatan Dibawah KKBS       Kementerian        Peta Laman

.

     Utama | About Us | Perkhidmatan | Institusi Kebajikan | Tips & Panduan | TPOR | Sebutharga | Hubungi Kami

.

 
 

.: Catatan Kegiatan Aktiviti Bagi Tahun 2017 |  Bagi Bulan : :.       

19 Oktober 2017
Pusat Bahagia anjur Majlis Kesyukuran

Pemangku Pengarah JAPEM, Dayang Rostinah binti Pehin Orang Kaya Seri Sura Pahlawan Dato Paduka Haji Mohd. Tahir dan Pengarah Eksekutif Syarikat YMRM, Hitest Bhawnani dan Pengerusi Syarikat YMRM, Ramesh J Bhawnani  ketika menyampaikan sumbangan kepada para murid dan pelatih Pusat Bahagia

Atas dasar pemedulian terhadap kesejahteraan Orang Kurang Upaya (OKU), Syarikat YMRM menganjurkan dan menaja Majlis Kesyukuran di Pusat Bahagia, Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta dan sempena Sambutan Awal Tahun Hijrah 1439.

Majlis diadakan bertujuan untuk maraikan golongan yang kurang bernasib baik dengan memberikan peluang kepada masyarakat termasuk peringkat individu dan korporat untuk sama-sama menyumbang secara khusus.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Pemangku Pengarah JAPEM, Dayang Rostinah binti Pehin Orang Kaya Seri Sura Pahlawan Dato Paduka Haji Mohd. Tahir.

Bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat diketuai oleh Guru Agama Pusat Bahagia, Awang Haji Nuurmatin bin Haji Abu Bakar diikuti dengan persembahan nasyid oleh para pelatih dan murid pusat berkenaan.

Ia juga diserikan dengam Ceramah Khas mengenai Syukur disampaikan oleh penceramah bebas dari Al-Minhaaj Center, Awang Abdul Rahman bin Haji Ajak.

Acara diteruskan dengan penyampaian sumbangan kepada para murid serta pelatih daripada Pengarah Eksekutif Syarikat YMRM, Hitest Bhawnani dan Pengerusi Syarikat YMRM, Ramesh J Bhawnani.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Penolong Pengarah Bahagian OKU, Dayang Noryani binti Haji Abdul Rani serta pegawai-pegawai dan kakitangan dari JAPEM serta Pusat Bahagia.