Bahasa Melayu | English         Size Teks : A  A  A       Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan        Jabatan Dibawah KKBS       Kementerian        Peta Laman

.

     Utama | About Us | Perkhidmatan | Institusi Kebajikan | Tips & Panduan | TPOR | Sebutharga | Hubungi Kami

.

 
 

.: Catatan Kegiatan Aktiviti Bagi Tahun 2017 |  Bagi Bulan : :.       

30 September 2017
Majlis Membaca Surah Yaasin, Tahlil, Doa Kesyukuran dan Tazkirah Sempena Sambutan Hari Antarabangsa Warga Emas, 2017

Sebahagian daripada warga yang menghadiri Majlis Membaca Surah Yaasin, Tahlil, Doa Kesyukuran dan Tazkirah Sempena memperingati Hari Antarabangsa Warga Tua/Emas

Sempena memperingati Hari Antarabangsa Warga Tua/Emas yang diraikan setiap 1 Oktober sejak tahun 1991 oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) juga turut meraikan sambutan ini dengan mengadakan Majlis Membaca Surah Yaasin, Tahlil, Doa Kesyukuran dan Tazkirah yang diadakan serentak di masjid-masjid utama di seluruh daerah pada hari ini.

Antara lain tujuan sambutan majlis ini diadakan adalah sebagai tanda kesyukuran bagi mengenang dan menghormati jasa bakti golongan warga emas terhadap keluarga, komuniti dan negara sejajar dengan temanya pada tahun ini iaitu “Stepping into the Future: Tapping the Talent, Contribution and Participation of Older Persons in Society” atau Melangkah Ke Masa Depan: Manfaatkan Kemahiran, Sumbangan Penyertaan Warga Emas Dalam Masyarakat.

Bagi Daerah Brunei Muara, Majlis Kesyukuran diadakan di Masjid Suri Seri Begawan Pengiran Anak Damit Kampung Manggis/Madang dan hadir selaku tetamu kehormat di masjid berkenaan ialah Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maon, Ahli Mesyuarat Negara dan Penghulu Mukim Berakas.

Bacaan Surah Yaasin, Tahlil dan Doa Kesyukuran dipimpin oleh Imam Hj Jufri bin Haji Abidin dan Imam Nuzli bin Haji Jumat. Majlis juga diteruskan dengan tazkirah yang bertajuk “Masa itu Emas” yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Hanafi bin Haji Zaini, Pegawai Hal Ehwal Masjid.

Seramai lebih kurang 100 orang yang terdiri daripada warga emas, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGOs) yang terlibat dengan aktiviti warga emas, penghulu-penghulu dan ketua-ketua kampong juga turut hadir ke majlis ini.

Majlis yang sama juga turut diadakan di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong. Bacaan Surah Yaasin, Tahlil dan Doa Kesyukuran diketuai oleh Imam Awang Sahibol Omar bin Haji Mohd Yusof dan diteruskan dengan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Awang Haji Mail bin Awang Besar, penceramah undangan dari Pusat Dakwah Islamiah yang bertajuk “Menfaatkan Masa Warga Emas”.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis berkenaan ialah Awang Samsul Bahrain bin Haji Mohd Hussain, Pegawai Daerah Tutong. Sambutan majlis begitu menggalakkan dengan kehadiran seramai lebih kurang 250 orang jemputan termasuk ahli jawatankuasa Pusat Kegiatan Warga Emas Tutong, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGOs), penghulu dan ketua kampung ke majlis ini.

Bacaan Surah Yaasin, Tahlil dan Doa Kesyukuran di Masjid STKRJ Lorong 3 Selatan Seria, Mukim Seria pula dipimpin oleh Awang Shah Irwandy bin Samsudin, Imam Masjid STKRJ Lorong 3 Selatan Seria. Beliau juga turut menyampaikan tazkirah bertajuk “Taubat” di majlis tersebut.

Tetamu kehormat yang hadir ialah Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Abdul Mumin, Ahli Mesyuarat Negara dan Penghulu Mukim Liang. Majlis turut dihadiri oleh 100 orang jemputan yang terdiri daripada warga emas di Daerah Belait, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGOs), penghulu dan ketua kampung.

Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar pula mengadakan majlis yang serupa dan diikuti dengan tazkirah bertajuk “Mensyukuri Nikmat Allah” yang disampaikan oleh Imam Haji Mohd Yusup bin Ahad, Imam Masjid Utama Mohammad Salleh.

Tetamu kehormat di masjid tersebut ialah Awang Haji Md Azmi bin Hj Suhaili, Pemangku Penolong Pegawai Daerah Temburong. Seramai 50 orang jemputan menghadiri majlis ini.