Bahasa Melayu | English         Size Teks : A  A  A       Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan        Jabatan Dibawah KKBS       Kementerian        Peta Laman

.

     Utama | About Us | Perkhidmatan | Institusi Kebajikan | Tips & Panduan | TPOR | Sebutharga | Hubungi Kami

.

 
 

.: Catatan Kegiatan Aktiviti Bagi Tahun 2018 |  Bagi Bulan : :.       

06 Disember 2018
TKBS terima sumbangan dari TelBru

Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan menerima sumbangan derma untuk Tabung Kemanusiaan Bencana Sulawesi yang diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif TelBru, Mr. David Holliday

Satu majlis penyerahan derma kepada Tabung Kemanusiaan Bencana Sulawesi (TKBS) berjumlah $10,000.00 daripada Telekom Brunei Berhad (TelBru) telah diadakan pagi ini di Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Sumbangan tersebut diserahkan oleh Mr. David Holliday, Ketua Pegawai Eksekutif TelBru kepada Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Turut hadir bagi menyaksikan penyerahan derma tersebut ialah Haji Zakaria bin Haji Serudin, Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; Awang Haji Ideris bin Haji Ali, Ketua Komunikasi Korporat TelBru; Awang Abdul Rahman bin Haji Apong, Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat serta pegawai-pegawai kanan di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 
04 Disember 2018
TBKKB terima sumbangan sejumlah BND8,851

Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan ketika menerima derma untuk Tabung Badan Kebajikan Kebangsaan Brunei (TBKKB) yang disampaikan oleh Setiausaha Tetap (Hal Ehwal Korporat dan Pentadbiran) Jabatan Perdana Menteri

Tabung Badan Kebajikan Kebangsaan Brunei (TBKKB) telah menerima sejumlah BND8,851 hasil daripada kutipan Riadah Amal Hari Perkhidmatan Awam 2018 anjuran Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Institut Perkhidmatan Awam dan Jabatan Belia dan Sukan.

Majlis berlangsung di Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS).

Sumbangan berkenaan diserahkan oleh Setiausaha Tetap (Hal Ehwal Korporat dan Pentadbiran) Jabatan Perdana Menteri, Awang Haji Roslan bin Haji Taja'ah kepada Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Hadir sama bagi menyaksikan penyerahan sumbangan tersebut ialah Setiausaha Tetap KKBS, Datin Paduka Dr. Dayang Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil; Setiausaha SPA, Dayang Hajah Dahliana binti Haji Aliakbar; Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat, Awang Abdul Rahman bin Haji Apong serta Pegawai-pegawai Kanan KKBS.

TBKKB ditubuhkan bagi membantu meringankan beban golongan-golongan susah di negara ini.

 
03 Disember 2018
HAOKU 2018 raikan pencapaian golongan OKU

Sesi Tazkirah bertajuk Perkongsian Pengalaman Seorang OKU disampaikan oleh Awang Muhamad Haziq Syafiq bin Haji Aisha, Mahasiswa Universi Brunei Darussalam

Bersempena Sambutan Hari Antarabangsa Orang Kelainan Upaya (HAOKU) 2018, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dengan kerjasama Majlis Kesejahteraan Orang Kelainan Upaya (MKOKU) telah mengadakan Majlis Kesyukuran di Masjid Hassanal Bolkiah, Kampung Mentiri.

HAOKU disambut setiap 3 Disember dengan tema tahun ini 'Memperkasa OKU dan Memastikan Penglibatan dan Kesaksamaan'.

Objektif HAOKU adalah untuk meraikan pencapaian, kemajuan dan usaha golongan OKU atas penglibatan mereka dalam masyarakat meliputi aspek sosial, ekonomi dan budaya.

Selain itu, sambutan ini juga diharap dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu-isu dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh golongan OKU.

Hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Turut hadir, Setiausaha Tetap KKBS, Datin Paduka Dr. Dayang Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil; Presiden MKOKU, Dato Paduka Haji Mohd. Alimin bin Haji Abdul Wahab; wakil-wakil persatuan, jabatan-jabatan dan kementerian-kementerian.

Majlis petang tadi dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Imam Masjid Hassanal Bolkiah, Kampung Mentiri, Awang Haji Samsul bin Haji Abdul Latif diikuti bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh pelajar OKU Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Awang Khairul Zaman bin Haji Mohd. Salleh, sementara bacaan tafsirannya dibawakan oleh pelatih dari Pusat Bahagia, Awang Mohd. Alif bin Haji Taha.

Acara diteruskan dengan bacaan Surah Yaa Siin, Sesi Tazkirah bertajuk Perkongsian Pengalaman Seorang OKU disampaikan oleh Awang Muhamad Haziq Syafiq bin Haji Aisha, Mahasiswa Universi Brunei Darussalam

Acara diteruskan menunaikan Sembahyang Fardu Asar Berjemaah dan bacaan Doa Selamat.

Turut diadakan ialah pameran daripada MKOKU yang antara lain membarigakan secara ringkas maklumat-maklumat serta aktiviti yang telah dikendalikan oleh persatuan berkenaan.

 
03 Disember 2018
Majlis Tahlil memperingati HAOKU 2018

Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan ketika menyertai Majlis Tahlil di Kubah Makam Di-Raja

Hari Antarabangsa Orang Kelainan Upaya (HAOKU) diraikan setiap 3 Disember sebagai penghargaan kepada jasa-jasa warga Orang Kelainan Upaya (OKU) dan memartabatkan kepentingan mereka dalam masyarakat.

Bagi memperingati hari tersebut, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dengan kerjasama Majlis Kesejahteraan Orang Kelainan Upaya (MKOKU) mengadakan Majlis Tahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam di Kubah Makam Diraja, Bandar Seri Begawan, di sini.

Hadir pada Majlis Tahlil berkenaan, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Juga hadir ialah Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan KKBS, Awang Haji Zakaria bin Haji Serudin; Presiden MKOKU, Dato Paduka Haji Mohd. Alimin bin Haji Abdul Wahab; wakil-wakil dari Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Hal Ehwal Ugama; pegawai-pegawai kanan KKBS dan Ahli-ahli Persatuan di bawah MKOKU.

Bacaan Tahlil pada majlis tersebut dipimpin oleh Imam Masjid Kampung Sungai Hanching, Awang Haji Noorazaleneta bin Haji Ratu.

Bersempena dengan Sambutan HAOKU, JAPEM juga akan mengadakan Majlis Kesyukuran sempena HAOKU pada Isnin, 3 Disember di Masjid Hassanal Bolkiah Kampung Mentiri dan Forum sempena HAOKU pada Isnin, 7 Januari 2019.