Bahasa Melayu | English         Size Teks : A  A  A       Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan        Jabatan Dibawah KKBS       Kementerian        Peta Laman

.

     Utama | About Us | Perkhidmatan | Institusi Kebajikan | Tips & Panduan | TPOR | Sebutharga | Hubungi Kami

.

 
 

.: Catatan Kegiatan Aktiviti Bagi Tahun 2018 |  Bagi Bulan : :.       

21 Februari 2018
Mangsa banjir Daerah Brunei dan Muara terima bantuan kerajaan

Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan menyampaikan bantuan kewangan kepada salah seorang mangsa banjir dari Kampung Lumapas 'B'

Kejadian hujan lebat yang berlaku secara berterusan pada 20 Disember 2017 yang lalu telah mengakibatkan banjir kilat dibeberapa kawasan rendah di negara ini dan kawasan yang teruk terjejas di Daerah Brunei Muara ialah Mukim Lumapas, Kampung Tanah Jambu dan Kampung Subok. Bagi meringankan beban mangsa-mangsa tersebut, satu majlis penyampaian bantuan kewangan kerajaan kepada 121 orang mangsa banjir di Kampung Lumapas A, Kampung Lumapas B, Kampung Tanah Jambu dan Kampung Subok telah diadakan pagi ini di Dewan Kuliah Stadium Negara Hassanal Bolkiah.

Hadir bagi menyampaikan bantuan kewangan kerajaan ialah Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Turut hadir ialah Awang Misli bin Haji Abdul Karim, Pegawai Daerah Brunei Muara, Dayang Rostinah binti Pehin Orang Kaya Seri Sura Pahlawan Dato Paduka Haji Mohd Tahir, Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat, Awang Haji Bakar bin Mansor, Penghulu Mukim Lumapas, Awang Haji Mohd Yassin bin Haji Hassan, Ketua Kampong A, STKRJ Lumapas, Awang Haji Chuchu bin Haji Serudin, Ketua Kampong Lumapas B, pegawai-pegawai kanan daripada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan Pembangunan Masyarakat serta ketua-ketua kampung daripada kawasan-kawasan yang terjejas.

Bantuan kerajaan yang dihulurkan ini adalah diharapkan sedikit sebanyak akan dapat membantu meringankan kesusahan yang dialami oleh mangsa-mangsa terjejas untuk memulakan kehidupan seperti sedia kala.

 
13 Februari 2018
PMB Kampung Pandan bagi Warga Emas dirasmikan

PERASMIAN Pusat Masyarakat Bestari (PMB) Kampung Pandan disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Menyedari akan hakikat jangka hayat yang kian meningkat ditambah dengan kualiti kehidupan rakyat yang semakin tinggi dan taraf kesihatan yang sangat baik merupakan satu fenomena yang tidak dapat dielakkan dan terjadi di semua negara termasuk negara kita Brunei Darussalam.

Sehubungan itu, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menubuhkan sebuah lagi Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) di negara ini yang diserapkan dan dinamakan sebagai Pusat Masyarakat Bestari (PMB) Kampung Pandan, Mukim Kuala Belait.

Pusat ini ditempatkan di bawah satu bumbung dengan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Kampung Pandan yang berobjektifkan sebagai 'One Stop Centre' untuk aktiviti-aktiviti ke arah menjadikan sebuah masyarakat yang berpengetahuan dan aktif dalam kegiatan berkebajikan.

Ia juga sebagai salah satu kemudahan warga emas untuk berinteraksi atau 'networking' dengan pelbagai golongan masyarakat terutama sekali belia, remaja dan kanak-kanak yang bertujuan untuk merapatkan jurang di antara mereka. Di samping itu, masyarakat juga berpeluang untuk menimba ilmu pengetahuan melalui perkongsian pengalaman warga emas.

Hadir selaku tetamu kehormat bagi merasmikan penubuhan PMB Kampung Pandan ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Turut hadir pada majlis berkenaan Ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku Penghulu Mukim Liang, Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin; Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Ketua Kampung Labi I selaku Pemangku Penghulu Mukim Labi, Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd. Siput; Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil; Pemangku Pegawai Daerah Belait, Awang Abdul Hazis bin Haji Ahad; selaku wakil Pemangku Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat, Awang Abd. Rahman bin Haji Apong; Pemangku Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Dayang Hajah Sariani binti Haji Ishak ; Penghulu-penghulu dan Ketua-ketua Kampung Daerah Belait, pegawai-pegawai kanan kerajaan, persatuan-persatuan dan agensi-agensi bukan kerajaan, Ahli-ahli Jawatankuasa Tadbir Bahagian Warga Emas, Kampung Pandan, Mukim Kuala Belait juga para warga emas di Mukim Kuala Belait.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Pekan Seria, Awang Haji Aminorddin bin Haji Muhd. Yusuf, diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi dan Pengurus Jawatankuasa Tadbir Bahagian Warga Emas, Kampung Pandan, Haji Awang Damit bin Haji Awang Chuchu.

Majlis Perasmian dilancarkan dengan pukulan gong dan penandatanganan plak oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan diteruskan majlis menandatangani plak. Majlis berlangsung di Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kampung Pandan, Mukim Kuala Belait.

Majlis Perasmian juga diserikan dengan demonstrasi pembuatan kuih-muih melayu dari Biro Wanita Kampung Pandan, persembahan syair yang dipersembahkan oleh Awang Haji Sulaiman bin Haji Duraman dari Kampung Pandan serta persembahan tausyeh dan dikir dari Biro Wanita Kampung Pandan.

Sebagai tanda penghargaan, majlis diteruskan dengan penyerahan buku-buku bacaan oleh Pengerusi dan Pengurus Jawatankuasa Tadbir Bahagian Warga Emas, Kampung Pandan Haji Awang Damit bin Haji Awang Chuchu kepada Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Majlis juga turut menyaksikan pameran dan jualan hasil produk dari Kampung Pandan, Kampung Labi I dan Kampung Lumut II seperti makanan tradisi, kuih-muih dan kraf tangan.

Tertubuhnya Pusat Masyarakat Bestari (PMB) Kampung Pandan, Mukim Kuala Belait 2018 yang kini diperluaskan fungsinya dengan penyerapan aktiviti-aktiviti bagi warga emas diharapkan dapat memenuhi keperluan warga emas untuk terus menikmati kehidupan yang aktif dan dapat melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti serta program bersesuaian bagi para warga emas.

Ia juga diharapkan sebagai langkah pertama bagi Pusat Masyarakat Bestari bagi menarik penglibatan pihak belia dan peringkat masyarakat sekeliling di dalam kegiatan sosial berkebajikan ke arah masyarakat yang bersepadu dan berpengetahuan.

 
01 Februari 2018
Pindaan Akta Pencen Umur Tua dan Hilang Upaya (Penggal 18)

Akta Pencen Umur Tua dan Hilang Upaya diperkenalkan pada tahun 1954 dan berkuat kuasa sejak tahun 1955.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam titah sempena Awal Tahun Masihi 2018 pada 1 Januari yang lalu telah mengurniakan perkenan bagi pindaan pada Akta Pencen Umur Tua dan Hilang Upaya khususnya pengurniaan Pencen Hilang Upaya yang pada masa ini dikurniakan kepada Rakyat dan Penduduk Tetap negara ini yang berkelayakan dan berumur 15 tahun ke atas, untuk dilaratkan kepada Rakyat dan Penduduk Tetap negara ini yang berumur di bawah 15 tahun, berkuat kuasa mulai 1 Januari 2018 Masihi bersamaan 14 Rabiulakhir 1439 Hijrah.

Sehubungan itu, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), iaitu agensi yang dipertanggungjawabkan bagi melaksanakan Akta Pencen Umur Tua dan Hilang Upaya, sukacita memaklumkan kepada orang ramai bahawa pengurniaan Pencen Hilang Upaya bagi Rakyat dan Penduduk Tetap negara ini bermula sejurus mendapat pengesahan kurang atau hilang upaya daripada Pegawai Perubatan Kerajaan dan akan digelar sebagai 'Elaun Kurang Upaya'. Khususnya bagi kanak-kanak yang berumur 15 tahun ke bawah yang berstatus Penduduk Tetap, Pengurniaan Elaun Kurang Upaya ini akan hanya dihulurkan kepada mereka yang 'stateless' yang lahir di Negara Brunei Darussalam sahaja.

Manakala proses Permohonan Elaun Kurang Upaya ini adalah sama seperti Permohonan Pencen Hilang Upaya yang telah berjalan dan diguna pakai selama ini oleh pihak Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM). Juga dimaklumkan bahawa kadar Elaun Kurang Upaya, iaitu bagi yang berumur 15 tahun ke bawah adalah sebanyak BND150.00 setiap sebulan.

Setakat ini (31 Januari 2018) pihak JAPEM menerima sebanyak 239 permohonan, yang mana permohonan tersebut sedang diproses bersama agensi-agensi berkepentingan seperti Kementerian Kesihatan serta Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Bagi pemohon yang berkelayakan, tarikh kelayakan untuk mendapat Elaun Kurang Upaya adalah bermula dari tarikh pindaan itu berkuat kuasa, iaitu 1 Januari 2018 dan pembayaran akan dilaksanakan setelah selesai proses pengesahan diterima.

Pihak Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) akan sentiasa menyelaras maklumat ini dari semasa ke semasa.

Bagi keterangan lanjut orang ramai bolehlah datang ke Jabatan Pembangunan Masyarakat di Tingkat 1, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan atau menghubungi terus ke talian +673 2382911 atau +673 2381903 sambungan 1142 / 1145 / 1138 ke Bahagian Perkhidmatan Pencen-Pencen dan Warga Emas. Pemohon di Daerah Tutong, Belait dan Temburong bolehlah datang terus ke cawangan-cawangan JAPEM di daerah masing-masing.