Bahasa Melayu | English         Size Teks : A  A  A       Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan        Jabatan Dibawah KKBS       Kementerian        Peta Laman

.

     Utama | About Us | Perkhidmatan | Institusi Kebajikan | Tips & Panduan | TPOR | Sebutharga | Hubungi Kami

.

 
 

.: Catatan Kegiatan Aktiviti Bagi Tahun 2018 |  Bagi Bulan : :.       

28 Julai 2018
Sesi pembentangan dari mahasiswa-i UBD

Seramai 05 orang Mahawisawa-i Universiti Brunei Darussalam bergambar ramai bersama dengan beberapa orang pegawai JAPEM

Satu sesi pembentangan daripada lima orang mahasiswa-i Universiti Brunei Darussalam (UBD) yang telah pun tamat penempatan kerja di Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telahpun diadakan pada petang Sabtu 28 Julai 2018.

Mahasiswa-i berkenaan ialah Awang Abdul Hafiz bin Asbol, Dayangku Nazatul Afiqah binti Pengiran Su’eb, Dayang Saidatul Shuhada binti Haji Ramlee, Dayang Nur Hafizah binti Awang Omar dan Dayang Nur Fadhliyana binti Haji Madli telah menjalani penempatan kerja di cawangan dan di beberapa bahagian / unit di jabatan ini pada 14 Mei sehingga 04 Ogos 2018.

JAPEM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sumbangan buah fikiran, tenaga dan masa yang telah diberikan oleh mahasiswa-i berkenaan sepanjang penempatan mereka di jabatan ini.

Semoga pengalaman kerja yang dipelajari di JAPEM akan dapat digunakan semasa bekerja nanti dan meningkatkan jati serta mendoakan agar mereka berjaya dalam bidang pengajian dan alam pekerjaan nanti.

 
23 Julai 2018
Mangsa bencana Daerah Brunei dan Muara terima bantuan kewangan Kerajaan

Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan menyampaikan sumbangan bantuan Kerajaan kepada salah seorang penerima

Di atas dasar pemedulian kerajaan dalam membantu meringankan beban penderitaan yang ditanggung oleh mangsa-mangsa bencana kebakaran dan rumah roboh daripada beberapa buah kampung di Daerah Brunei dan Muara, Penyampaian Bantuan Kewangan Kerajaan diadakan di Bilik Kunjungan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS).

Hadir menyampaikan Bantuan Kewangan Kerajaan ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Acara dimulai dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Guru Ugama Terlatih Pusat Bahagia Brunei Muara, Awang Haji Nuurmatin bin Haji Abu Bakar dan diteruskan dengan Penyampaian Bantuan Kewangan Kerajaan kepada mangsa-mangsa bencana yang disampaikan oleh Yang Berhormat kepada seramai empat mangsa bencana kebakaran rumah di Kampung Rancangan Perumahan Negara (RPN) Mentiri pada 5 April lalu, di Kampung Bunut pada 8 Mei lalu dan dua buah rumah di Kampung Lupak Luas pada 13 Mei lalu.

Acara diselajurkan dengan penyampaian bantuan kepada seorang mangsa bencana rumah roboh di Kampung Setia pada 6 Mei lalu.

Turut hadir ialah Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat, Dayang Rostinah binti Pehin Orang Kaya Seri Sura Pahlawan Dato Paduka Haji Mohd. Tahir serta pegawai-pegawai kanan daripada KKBS dan Jabatan Pembangunan Masyarakat.

Bantuan kerajaan yang dihulurkan itu adalah diharapkan sedikit sebanyak akan dapat membantu meringankan kesusahan yang dialami oleh para mangsa dan keluarga mereka untuk meneruskan kehidupan seperti sedia kala

 
23 Julai 2018
Mangsa banjir, kebakaran Daerah Belait terima bantuan

Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan menyampaikan sumbangan bantuan Kerajaan kepada salah seorang penerima

Di atas dasar pemedulian kerajaan dalam membantu meringankan beban penderitaan yang ditanggung oleh mangsa-mangsa bencana banjir dan kebakaran daripada beberapa buah kampung di Daerah Belait, Penyampaian Bantuan Kewangan Kerajaan telah diadakan pada pagi tadi di Pusat Bahagia Eric Goh, Kuala Belait.

Hadir bagi menyampaikan Bantuan Kewangan Kerajaan ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Turut hadir ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd. Siput selaku Penghulu Mukim Labi; Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat, Dayang Rostinah binti Pehin Orang Kaya Seri Sura Pahlawan Dato Paduka Haji Mohd. Tahir, pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) serta ketua-ketua kampung dari kawasan-kawasan yang terjejas.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Ketua Guru Ugama Kompleks Rumah Kebajikan, Awang Mohammad Shahrin bin Sulaiman dan diteruskan dengan Penyampaian Bantuan Kewangan Kerajaan kepada 19 mangsa bencana banjir pada 5 Februari lalu yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan serta diselajurkan dengan penyampaian bantuan kepada dua mangsa kebakaran di Kampung Rancangan Perumahan Negara (RPN) Panaga pada 14 Februari lalu dan di Kampung Sungai Lalit, Lumut pada 23 April lalu.

Bantuan kerajaan yang dihulurkan itu diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan kesusahan yang dialami oleh para mangsa dan keluarga mereka untuk meneruskan kehidupan seperti sedia kala

 
21 Julai 2018
Mahasiswa-i UNNISA tamatkan penempatan kerja

Seramai 04 orang Mahawisawa-i Universiti Islam Sultan Sharif Ali bergambar ramai bersama dengan beberapa orang pegawai JAPEM

Satu sesi pembentangan daripada empat orang mahasiswa-i Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) yang telah pun tamat penempatan kerja di Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telahpun diadakan pada petang Sabtu 21 Julai 2018.

Mahasiswa-i Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) berkenaan ialah Awang Mohd. Akmal Syahmi bin Shahri, Awang Muhd. Sahlan bin Hj Roslan, Awang Nurul Hanifah bin Al-Hussiani dan Dayang Ruzainah binti Hj Abdul Jaami telah menjalani penempatan kerja di cawangan dan di beberapa bahagian / unit di jabatan ini bermula 21 Mei hingga 21 Julai 2018.

JAPEM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sumbangan buah fikiran, tenaga dan masa yang telah diberikan oleh mahasiswa-i berkenaan sepanjang penempatan mereka di jabatan ini.

Semoga pengalaman kerja yang dipelajari di JAPEM akan dapat digunakan semasa bekerja nanti dan meningkatkan jati serta mendoakan agar mereka berjaya dalam bidang pengajian dan alam pekerjaan nanti.