Bahasa Melayu | English         Size Teks : A  A  A       Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan        Jabatan Dibawah KKBS       Kementerian        Peta Laman

.

     Utama | About Us | Perkhidmatan | Institusi Kebajikan | Tips & Panduan | TPOR | Sebutharga | Hubungi Kami

.

 
 

.: Catatan Kegiatan Aktiviti Bagi Tahun 2018 |  Bagi Bulan : :.       

07 Jun 2018
Dua syarikat taja Majlis Bersungkai di Pusat Bahagia

Tetamu Kehormat, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin menyampaikan sumbangan derma kepada salah seorang penerima

Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) petang tadi menganjurkan Majlis Bersungkai bersama murid- murid dan pelatih-pelatih Pusat Bahagia Daerah Brunei Muara yang ditaja oleh Syarikat Borneo United Enterprise Sendirian Berhad, Syarikat Hasmit Electrial & Lighting dan Syarikat Dee Jay Sendirian Berhad berlangsung di Dewan Ifrah, Pusat Bahagia Kampong Pulaie.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dan isteri, Datin Hajah Norhayana Janis binti Abdullah Lim.

Turut hadir, Setiausaha Tetap KKBS, Datin Paduka Dr. Hajah Norliha binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil; Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat, Dayang Rostinah binti Pehin Orang Kaya Seri Sura Pahlawan Dato Paduka Haji Mohd. Tahir; Pengerusi Syarikat Borneo United Enterprise Sendirian Berhad, Stanley Um Hock; Pengerusi Syarikat Hasmit Electrical & Lighting Steven Huong Hau Yiew; Pengurus Syarikat Dee Jay Sendirian Berhad, Awang Haji Mohammad bin Haji Hidup, para pegawai kanan dan kakitangan di KKBS dan JAPEM serta murid dan pelatih pusat tersebut.

Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil beramai-ramai diketuai oleh murid OKU Intelek dari Pusat Bahagia, Awang Md. Alif bin Haji Taha.

Majlis diteruskan dengan doa tahlil dibacakan oleh Ketua Guru Ugama Pusat Bahagia, Awang Nuurmatin bin Haji Abu Bakar serta persembahan tausyeh dari pelatih-pelatih lelaki Pusat Bahagia Brunei Muara dan kemudian diakhiri dengan bacaan doa selamat.

Acara diselajurkan dengan penyamaian sampul Hari Raya Aidilfitri disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan serta Pengurus dan pengerusi-pengerusi syarikat penaja kepada 100 murid Pusat Bahagia.

Majlis seumpama ini dihasratkan dapat diteruskan pada masa akan datang bagi melihat kecerian dan kegembiran yang jelas digambarkan setiap murid dan pelatih.

Selain itu majlis seumpamanya juga merupakan peluang bagi para tetamu untuk sama-sama menyambut bulan Ramadan yang penuh keberkatan bersama murid dan pelatih-pelatih pusat itu.

Sumber: Pelita Brunei

 
06 Jun 2018
Bersungkai bersama murid Pusat Bahagia

Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin menyampaikan sampul Hari Raya Aidilfitri kepada salah seorang penerima.

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) petang tadi telah mengadakan Majlis Bersungkai Bersama Murid, Pelatih serta ibu bapa dan penjaga Pusat Bahagia Daerah Brunei dan Muara di Dewan Digadong KKBS.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dan isteri, Datin Hajah Norhayana Janis binti Abdullah Lim.

Turut hadir, Timbalan Setiausaha Tetap KKBS, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil; pegawai-pegawai kanan KKBS; Pengerusi Syarikat YMRM, Awang Ramesh Jiwatram Bhawani; wakil Kumpulan Isteri-Isteri Menteri-Menteri Kabinet, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap dan Ahli Bersekutu, serta murid dan pelatih Pusat Bahagia bersama ibu bapa.

Majlis dimulakan dengan bacaan Tahlil beramai-ramai yang diketuai oleh Awangku Md. Syukri bin Pengiran Damit, Murid Orang Kelainan Upaya (OKU) Down Syndrome Pusat Bahagia, manakala Doa Tahlil dan Doa Selamat dibacakan oleh Guru Agama Pusat Bahagia Brunei Muara, Awang Haji Nuurmatin bin Haji Abu Bakar.

Di majlis tersebut seramai 156 orang murid dan pelatih Pusat Bahagia Daerah Brunei Muara menerima sampul Hari Raya Aidilfitri hasil kutipan derma Kumpulan Isteri-Isteri Menteri-Menteri Kabinet, Timbalan-Timbalan Menteri, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap dan Ahli-Ahli Bersekutu.

Pada masa yang sama, hadiah berupa beg cenderahati (goodie bag) dan derma sumbangan Syarikat YMRM turut disampaikan oleh pengerusi syarikat berkenaan.

Majlis seumpama ini dihasrat akan dapat memberikan keceriaan dan kegembiraan kepada murid-murid dan para pelatih OKU dalam sama-sama menyambut bulan Ramadan yang penuh berkah.

Selain itu, majlis ini juga diharap akan dapat meningkatkan keyakinan golongan OKU untuk berhadapan dengan masyarakat dan seterusnya mengeratkan hubungan mereka dengan masyarakat.

Sumber: Pelita Brunei

 
05 Jun 2018
Program Kembara Amal Ramadan Daerah Temburong bantu ringankan beban

Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan di KKBS, Awang Haji Amer Hamzah bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria menyampaikan sumbangan pada Program Kembara Amal Ramadan 1439 Hijrah / 2018 Masihi ke Daerah Temburong

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) meneruskan lagi Program Kembara Amal Ramadan 1439 Hijrah /2018 Masihi ke Daerah Temburong untuk menyampaikan sumbangan berupa barang keperluan asas kepada keluarga yang tersenarai di Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), yang terdiri daripada golongan susah termasuklah penerima bantuan kebajikan bulanan, anak yatim, warga emas dan orang kelainan upaya.

Rombongan diketuai oleh Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan di KKBS, Awang Haji Amer Hamzah bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria.

Rumah pertama yang dikunjungi ialah Kampung Negalang Iring, kemudian beredar ke Kampung Gadong Baru, seterusnya dilanjutkan ke Kampung Rataie, Kampung Rumah Perpindahan Negara (RPN) Parit dan Barek Loji Penapisan Air Sumbiling.

Program berkenaan merupakan projek tahunan KKBS sebagai inisiatif 'outreach' ke seluruh daerah untuk menghulurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan bagi membantu dan meringankan beban orang-orang susah, selain untuk memberikan kegembiraan kepada mereka dalam sama-sama menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang dengan penuh keriangan juga kesyukuran.

Sumber: Pelita Brunei

 
05 Jun 2018
Program Kembara Amal Ramadan ke Daerah Belait

Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd. Siput selaku Penghulu Mukim Labi dan Ketua Kampung Labi I semasa menyampaikan sumbangan kepada Dayang Hajah Disa binti Haji Wahid di Kampung Sungai Tali, Lumut

Program Kembara Amal Ramadan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) menyampaikan sumbangan kepada 15 keluarga yang tersenarai Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), terdiri daripada golongan susah, termasuklah penerima bantuan kebajikan bulanan, anak yatim, warga emas dan orang kelainan upaya.

Sumbangan itu sebagai inisiatif 'outreach' ke seluruh daerah untuk menghulurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan bagi membantu dan meringankan beban orang-orang susah, selain untuk memberikan kegembiraan kepada mereka dalam sama-sama menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang.

Hari ini secara serentak program berkenaan diadakan di Daerah Tutong, Belait dan Temburong.

Di Daerah Belait, rombongan diketuai oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd. Siput selaku Penghulu Mukim Labi dan Ketua Kampung Labi I; Pemangku Pengarah Pembangunan Belia dan Sukan, KKBS, Awang Haji Rosmadee bin Haji Mohd. Daud dan Pemangku Ketua Kampung Lumut I, Awang Haji Abdul Aziz bin Haji Abdul Gani.

Rumah pertama dan kedua di Kampung Sungai Tali, kemudian beredar ke rumah ketiga di Kampung Lumut dan dilanjutkan ke Kampung Sungai Bakong dan Lesen Tumpang Sementara (LTS) Tanah Tersusun, Lumut I.

Rombongan turut disertai oleh pegawai-pegawai kanan dari KKBS dan JAPEM.

Sumber: Pelita Brunei

 
05 Jun 2018
KKBS teruskan Program Kembara Amal Ramadan

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin beramah mesra bersama penerima pada Program Kembara Amal Ramadan

TUTONG, Selasa, 5 Jun. - Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), hari ini meneruskan Program Kembara Amal Ramadan 1439 Hijrah / 2018 Masihi bagi Daerah Tutong dengan penyerahan barangan keperluan asas kepada lima buah keluarga yang tersenarai di Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM).

Para penerima adalah terdiri daripada penerima bantuan kebajikan bulanan, anak-anak yatim, warga emas dan orang kelainan upaya.

Hadir mengetuai rombongan KKBS dan seterusnya menyampaikan sumbangan ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Rombongan turut disertai oleh pegawai-pegawai kanan KKBS dan JAPEM.

Semasa kunjungan di setiap kediaman penerima, Yang Berhormat Menteri KKBS turut berkesempatan beramah mesra bersama penerima serta ahli keluarga masing-masing.

Program Kembara Amal Ramadan merupakan projek tahunan KKBS sebagai insiatif outreach ke seluruh daerah bagi menghulurkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan dalam sama-sama meringankan beban dan setrusnya berkongsi kegembiraan dalam sama-sama menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

Sumber: Pelita Brunei

 
05 Jun 2018
Lebih BND10,000 sumbangan diterima KKBS

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin semasa menerima penyerahan derma daripada kumpulan Isteri-isteri Menteri-menteri Kabinet, Timbalan-timbalan Menteri, Setiausaha-setiausaha Tetap, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap dan Ahli-ahli Bersekutu

Sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan, pelbagai pihak merebut dalam mengerjakan amal kebajikan, khususnya amalan bersedekah kepada anak-anak yatim dan orang-orang yang memerlukan.

Satu majlis penyerahan derma daripada pelbagai kumpulan diadakan, bertempat di Tingkat 8, Pejabat Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, di sini.

Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) menerima sumbangan hasil kutipan daripada kumpulan isteri-isteri Menteri-menteri Kabinet, Timbalan-timbalan Menteri, Setiausaha-setiausaha Tetap, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap dan Ahli-ahli Bersekutu bagi murid-murid dan pelatih-pelatih Pusat Bahagia sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Derma berjumlah BND5,000 diserahkan kepada Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin daripada Datin Hajah Norhaidah binti Haji Sulaiman; Datin Hajah Norhayana Janis binti Abdullah; Datin Hajah Jama'iah binti Haji Abdul Manaf; Dayang Normah binti Ahmad; Dayang Hajah Honeyta binti Haji Mustapha dan Pengiran Hajah Noor Yashimah binti Pengiran Anak Haji Hashim.

Juga diserahkan kutipan derma daripada bekas-bekas penuntut aliran sains dan sastera dari Sekolah Menengah Sufri Bolkiah tahun 1979 - 1981, berjumlah BND2,070 untuk disumbangkan kepada Tabung Anak-anak Yatim.

Penyerahan kutipan derma itu disampaikan oleh dua ahli kumpulan tersebut, iaitu Awang Haji Mohd. Soffi bin Orang Kaya Seri Wijaya Haji Abdullah dan Awang Haji Basuni bin Haji Ashaari selaku Bendahari kepada Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Yang Berhormat juga menerima sumbangan derma berjumlah BND3,500 bagi Tabung Anak-anak Yatim daripada LS & A Sdn. Bhd. yang disampaikan oleh Kolonel (B) Haji Mohd. Ali bin Haji Yahya.

Hadir menyaksikan ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil serta Pemangku Pengarah JAPEM, Dayang Rostinah binti Pehin Orang Kaya Seri Sura Pahlawan Dato Paduka Haji Mohd. Tahir juga Pegawai-pegawai Kanan di jabatan berkenaan.

Sumber: Pelita Brunei