Bahasa Melayu | English         Size Teks : A  A  A       Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan        Jabatan Dibawah KKBS       Kementerian        Peta Laman

.

     Utama | About Us | Perkhidmatan | Institusi Kebajikan | Tips & Panduan | TPOR | Sebutharga | Hubungi Kami

.

 
 

.: Catatan Kegiatan Aktiviti Bagi Tahun 2018 |  Bagi Bulan : :.       

31 Mac 2018
Mangsa banjir Daerah Temburong terima bantuan

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin ketika menyempurnakan penyerahan bantuan kewangan kerajaan kepada mangsa banjir Daerah Temburong pada Disember 2017
Kejadian hujan lebat yang berlaku secara berterusan pada awal bulan Disember 2017 telah mengakibatkan banjir kilat sehingga menyebabkan terputusnya hubungan jalan raya dan kerosakan rumah di 23 buah kampung di daerah ini.

Mukim-mukim yang terjejas ialah Mukim Bangar, Mukim Amo, Mukim Bokok dan Mukim Batu Apoi.

Sehubungan itu, bagi meringankan beban mangsa-mangsa tersebut, satu majlis penyampaian bantuan kewangan kerajaan kepada 200 mangsa yang terjejas telah diadakan di Kem Latihan Program Khidmat Bakti Negara, Batu Apoi, di sini.

Hadir menyempurnakan penyerahan bantuan kewangan kerajaan tersebut ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Juga hadir ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Emran bin Haji Sabtu, selaku Penghulu Mukim Bokok; Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Awang Haji Amer Hamzah bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria; Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat, Dayang Rostinah binti Pehin Orang Kaya Seri Sura Pahlawan Dato Paduka Haji Mohd Tahir; Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Awang Mohammad Khairul Shahrul bin Haji Duahim, pegawai-pegawai kanan di KKBS dan Jabatan Pembangunan Masyarakat serta para penghulu dan ketua kampung daripada kawasan-kawasan terjejas.

Semasa kejadian banjir tersebut, pihak JAPEM juga telah memberikan bantuan berupa makanan tersedia (packed meals) dan catuan makanan kepada mangsa-mangsa banjir.

Diharapkan bantuan kewangan kerajaan yang dihulurkan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan kesusahan yang dialami oleh mangsa-mangsa terjejas untuk memulakan kehidupan seperti sediakala.

 
24 Mac 2018
JAPEM terima kerusi roda dari Hua Ho

Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Tuan Haji Amer Hamzah bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria bergambar ramai bersama dengan penyumbang dari pihak Hua Ho Department Store

Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) menerima sumbangan sepuluh buah kerusi roda daripada Hua Ho Department Store pagi ini dan penyerahan tersebut berlangsung di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Jalan Kebangsaan.

 

Hadir bagi menyerahkan sumbangan kerusi roda dari pihak Hua Ho Department Store ialah Yang Mulia Awang Lau Soon Hau, cucu kepada Yang Mulia mendiang Pehin Kapitan Cina Kurnia Diraja Dato Paduka Lau Ah Kok yang kemudiannya menyerahkan sumbangan tersebut kepada Yang Mulia Tuan Haji Amer Hamzah bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Turut hadir menyaksikan penyerahan sumbangan ini ialah Yang Mulia Awang Abdul Rahman bin Haji Apong, Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat, pegawai-pegawai kanan daripada Jabatan Pembangunan Masyarakat dan juga Yang Mulia, Haji Mohammad Syafien bin Abdullah Yandol, urus setia kepada Motor Transport Licensing Authority (MTLA) serta wakil-wakil daripada Hua Ho Department Store.

 

Menurut kenyataan Yang Mulia Awang Lau, pemberian sumbangan ini adalah untuk meneruskan semangat  dan kemurahan hati mendiang datuk mereka dalam membantu golongan yang memerlukan di Negara Brunei Darussalam.

 

Sumbangan seperti ini adalah amat dihargai dan sedikit sebanyak membantu dalam usaha meningkatkan kesedaran dan membentukkan sikap positif dalam kalangan masyarakat dan seterusnya menggalakkan penglibatan sukarelawan dan sumbangan lebih banyak daripada orang ramai, persatuan-persatuan atau syarikat terhadap golongan orang berkelainan upaya.

 
20 Mac 2018
Kursus Asas Keusahawanan perbaiki kemahiran menjana pendapatan

PEMANGKU Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat, KKBS, Abd. Rahman bin Apong semasa hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut

Seramai 14 peserta terdiri daripada belia dan klien yang berdaftar di bawah Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM) menyertai Kursus Asas Keusahawanan selama lima hari di Pusat Belia, di ibu negara.

Majlis pelancaran kursus tersebut berlangsung di Bilik Persidangan, Pusat Belia yang disempurnakan oleh Pemangku Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Awang Abdul Rahman bin Haji Apong hadir selaku tetamu kehormat.

Dalam ucapannya, Pemangku Pengarah JAPEM antara lain berkata, kursus tersebut diharap dapat membantu para belia dan klien yang terlibat dengan menjana pendapatan melalui apa yang telah didapati dari kursus berkenaan.

Menurutnya, prinsip mengubah kehidupan kepada yang lebih baik ialah berdikari adalah yang paling utama.

Terlebih dahulu dalam ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Yang Di-Pertua Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM), Datin Paduka Dayang Hajah Intan binti Haji Mohd. Kassim menjelaskan MKM adalah organisasi bukan Kerajaan (NGO) yang berdaftar sejak tahun 2009 dengan tujuan untuk membantu mereka yang memerlukan di dalam dan luar negara.

Selain itu katanya, fokus utama adalah untuk membantu isu-isu sosial dalam kalangan golongan belia di Brunei.

"Di sini kita cuba untuk memasukkan kursus-kursus, bimbingan, kesedaran dan satu program penyelidikan untuk memperkenalkan pengupayaan dan latihan kemahiran untuk belia dan pelanggan yang berdaftar dengan MKM," jelasnya.

Beliau menambah objektif MKM adalah untuk memperkenalkan asas keusahawanan kepada para peserta yang menyertai kursus kali ini dan memberi mereka motivasi untuk terus berdikari.

Kursus akan berlangsung bermula hari ini sehingga 24 Mac ini dengan memperkenalkan mereka produk makanan kering yang boleh memberi pendapatan.

Kursus dibahagi kepada dua fasa iaitu fasa pertama merangkumi ceramah motivasi mengenai keusahawanan, asas kira-kira, pengenalan memasak dan beberapa jenis makanan kering untuk permodalan, pemasaran dan pembungkusan.

Sementara fasa kedua pula, merangkumi pengenalan mengenai jenis perkhidmatan yang digunakan dan sesi praktikal memasak.

Sumber: Pelita Brunei

 
20 Mac 2018
Pemenang Peraduan Membaca Al-Quran Secara Muratal terima hadiah

TETAMU kehormat, Ketua Jabatan Pembangunan Masyarakat Cawangan Daerah Tutong, Pengiran Haji Mohd. Najib bin Pengiran Molek.

Awang Haji Bakar bin Murah dan Dayang Hajah Siti Arbi binti Ahmad masing-masing muncul johan Kategori Perseorangan Lelaki dan Wanita pada Peraduan Membaca Al-Quran Secara Muratal yang berlangsung di Dewan Seri Kenangan, Kompleks Kemasyarakatan Daerah Tutong, di sini.

Sementara itu, johan Kategori Berkumpulan Wanita diraih oleh Kumpulan Dayang Saimah binti Abu Bakar, Dayang Hajah Mariam binti Haji Mohammad dan Dayang Hajah Normah binti Mohd. Yassin.

Manakala johan Kategori Berkumpulan Lelaki disandang oleh Kumpulan Awang Haji Mohd. Yakup bin Haji Osman, Awang Haji Bakar bin Murah dan Awang Haji Metamit bin Matzim @ Haji Tengah.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian hadiah ialah Ketua Jabatan Pembangunan Masyarakat, Cawangan Daerah Tutong (JAPEM), Pengiran Haji Mohd. Najib bin Pengiran Molek.

Pengerusi Majlis, Awang Haji Hamaffi bin Mohd. Yassin dalam ucapan alu-aluannya antara lain menjelaskan tujuan peraduan tersebut diadakan, iaitu bagi memberikan pendedahan kepada peserta mengenai aspek-aspek keagamaan selaras dengan nilai-nilai murni yang terkandung dalam falsafah pendidikan negara.

Peraduan tersebut dianjurkan bersama oleh Pusat Kegiatan Warga Emas Tutong (PKWE) dan JAPEM Cawangan Daerah Tutong sempena sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Ke-34 Tahun 2018.

Sumber: Pelita Brunei