Bahasa Melayu | English         Size Teks : A  A  A       Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan        Jabatan Dibawah KKBS       Kementerian        Peta Laman

.

     Utama | About Us | Perkhidmatan | Institusi Kebajikan | Tips & Panduan | TPOR | Sebutharga | Hubungi Kami

.

 
 

.: Catatan Kegiatan Aktiviti Bagi Tahun 2018 |  Bagi Bulan : :.       

14 November 2018
Tabung Kemanusiaan Bencana Sulawesi terus terima sumbangan

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin menerima sumbangan derma daripada Presiden Majlis Pelajar Kemuda Institute, Awang Muhammad Rahimi Firdaus bin Mornee kepada Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan

Sumbangan untuk Tabung Kemanusiaan Bencana Sulawesi (TKBS) terus giat dilaksanakan oleh pelbagai pihak di negara ini.

TKBS hari ini telah menerima sumbangan derma daripada Kemuda Institute sebanyak BND500.53. Majlis penyerahan derma telah diadakan di Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Sumbangan tersebut diserahkan oleh Presiden Majlis Pelajar Kemuda Institute, Awang Muhammad Rahimi Firdaus bin Mornee kepada Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Juga hadir bagi menyaksikan penyerahan derma tersebut ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil; Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan di KKBS, Dayang Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari; Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat, Dayang Rostinah binti Pehin Orang Kaya Seri Sura Pahlawan Dato Paduka Awang Haji Mohd Tahir serta guru-guru dan penuntut-penuntut institusi berkenaan.

Turut memberikan sumbangan pada hari yang sama ialah Presiden Persatuan Boling Sepuluh Pin Daerah Belait, Awang Haji Ismail bin Haji Ahmad iaitu sebanyak BND100.00 dan Abang Zanhor bin Abang Haji Hanafiah, yang menyumbangkan sebanyak BND550.

Orang ramai yang berhasrat untuk memberikan sumbangan derma berbentuk kewangan boleh berbuat demikian melalui tabung-tabung yang disediakan di masjid-masjid dan surau-surau; bangunan bank-bank; gedung-gedung perniagaan dan bangunan-bangunan awam di seluruh negara.

Derma juga boleh dihantar dalam talian melalui akaun Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), akaun nombor 00-001-01-0076007 atau dihantar terus kepada pihak Urus Setia Tabung Kemanusiaan Bencana Sulawesi (TKBS) di Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Tingkat 2, Jabatan Pembangunan Masyarakat, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Jalan Kebangsaan pada waktu pejabat.

Sumbangan juga boleh dihantar melalui perkhidmatan SMS dengan menaip BANTU (tanpa jarak) diikuti dengan jumlah 1, 5, 10, 15 atau 20 dan hantar ke talian 38111 bagi pelanggan DST dan pelanggan PCSB. Perkhidmatan SMS tersebut akan berakhir pada 22 November ini.

Bagi mana-mana pihak yang berhasrat untuk menyediakan peti tabung bagi mengadakan kutipan amal, boleh mendapatkan pelekat khas dari pihak Urus Setia Tabung Kemanusiaan Bencana Sulawesi (TKBS) pada waktu pejabat.

Bagi sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi pihak Urus Setia Tabung Kemanusiaan Bencana Sulawesi melalui talian +673 2381903 ext 1341/1242 atau emel melalui pr.japem@gmail.com. Tempoh kutipan derma adalah dari 9 Oktober 2018 hingga 6 Januari 2019.

 
12 November 2018
Tkbs terima sumbangan daripada Dato Paduka Lim Beng Thai

Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datin Paduka Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil menerima sumbangan derma daripada Dato Paduka Lim Beng Thai

Satu majlis penyerahan derma kepada Tabung Kemanusiaan Bencana Sulawesi (TKBS) berjumlah $5,000.00 daripada Syarikat Boustead Sendirian Berhad, Syarikat Hup Soon dan Syarikat Bee Seng Shipping telah diadakan pagi ini di Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Sumbangan tersebut diserahkan oleh Yang Mulia Dato Paduka Lim Beng Thai, Pengarah Urusan Boustead Sendirian Berhad kepada Yang Mulia Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil, Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Kebangsaan Tabung Kemanusiaan Bencana Sulawesi.

Turut hadir bagi menyaksikan penyerahan derma tersebut ialah Yang Mulia Dayang Rostinah binti Pehin Orang Kaya Seri Sura Pahlawan Dato Paduka Awang Haji Mohd Tahir, Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat dan Yang Mulia Haji Ahmad Haji Abd Razak, Pengurus Korporat daripada syarikat berkenaan.

Orang ramai yang berhasrat untuk memberikan sumbangan derma berbentuk kewangan boleh berbuat demikian melalui tabung-tabung yang disediakan di masjid-masjid dan surau-surau; bangunan bank-bank; gedung-gedung perniagaan dan bangunan-bangunan awam di seluruh negara.

Derma juga boleh dihantar secara online melalui akaun Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), akaun nombor 00-001-01-0076007 atau dihantar terus kepada pihak Urus Setia Tabung Kemanusiaan Bencana Sulawesi (TKBS) di Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Tingkat 2, Jabatan Pembangunan Masyarakat, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Jalan Kebangsaan pada waktu pejabat.

Sumbangan juga boleh dihantar melalui perkhidmatan SMS dengan menaip BANTU (tanpa jarak) diikuti dengan jumlah 1, 5, 10, 15 atau 20 dan hantar ke talian 38111 bagi pelanggan DST dan pelanggan PCSB. Perkhidmatan SMS ini akan berakhir pada 22 November 2018.
Bagi mana-mana pihak yang berhasrat untuk menyediakan peti tabung bagi mengadakan kutipan amal, boleh mendapatkan pelekat khas dari pihak Urus Setia Tabung Kemanusiaan Bencana Sulawesi (TKBS) pada waktu pejabat.

Bagi sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, boleh menghubungi pihak Urus Setia Tabung Kemanusiaan Bencana Sulawesi di talian 2381903 ext 1341/1242 atau emel melalui pr.japem@gmail.com

 
10 November 2018
BND6,400 untuk Tabung Kemanusiaan Bencana Sulawesi

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin menerima sumbangan derma daripada Datin Paduka Hajah Jahrah binti Haji Mohamad, selaku Pengerusi Kedua Kumpulan Isteri Menteri-menteri Kabinet, Timbalan-timbalan Menteri, Setiausaha-setiausaha Tetap, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap dan Ahli-ahli Bersekutu

Tabung Kemanusiaan Bencana Sulawesi (TKBS) terus menerima sumbangan derma sejak dibukakan pada 9 Oktober 2018 yang lalu.

Hari ini TKBS menerima sumbangan derma berjumlah BND6,400 daripada kumpulan isteri Menteri-menteri Kabinet, Timbalan-timbalan Menteri, Setiausaha-setiausaha Tetap, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap dan Ahli-ahli Bersekutu yang diserahkan pada majlis yang berlangsung di Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), di sini.

Derma tersebut diserahkan kepada Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin oleh Datin Paduka Hajah Jahrah binti Haji Mohamad, selaku Pengerusi Kedua Kumpulan Isteri Menteri-menteri Kabinet, Timbalan-timbalan Menteri, Setiausaha-setiausaha Tetap, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap dan Ahli-ahli Bersekutu.

Turut hadir bagi menyaksikan penyerahan derma tersebut ialah Setiausaha Tetap KKBS, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil; Datin Hajah Nahriah binti Haji Hasbi; Datin Hajah Zalinah binti Haji Omar; Datin Hajah Nurhayana Janis binti Abdullah; Hajah Hajizah binti Matayer; Hajah Normah binti Haji Ahmad dan Hajah Chairani binti Haji Sulaiman, serta Pegawai-pegawai Tugas-tugas Khas Kanan di KKBS, Dayang Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari dan Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat, Dayang Rostinah binti Pehin Orang Kaya Seri Sura Pahlawan Dato Paduka Awang Haji Mohd. Tahir.

Orang ramai yang ingin memberikan sumbangan berbentuk kewangan boleh menggunakan Perkhidmatan SMS dengan menaip BANTU (tanpa jarak) diikuti dengan jumlah 1, 5, 10, 15 atau 20 ke talian 38111 bagi pelanggan DST dan PCSB sehingga 22 November 2018.

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun Bank Islam Brunei Darussalam 00-001-01-0076007 melalui tabung-tabung yang disediakan di masjid-masjid dan surau-surau atau dihantar terus kepada pihak Urus Setia TKBS di Jabatan Pembangunan Masyarakat sehingga 6 Januari 2019.

 
10 November 2018
NOTIS PEMBERITAHUAN PERKHIDMATAN KAUNTER JAPEM BEROPERASI SEPERTI BIASA
Untuk makluman kepada semua orang ramai yang hendak berurusan dengan perkhidmatan
1. Bahagian Pencen-Pencen,
2. Bahagian Bantuan Kebajikan Bulanan,
3. Bahagian Keluarga, Wanita dan Kanak-Kanak

Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan bahawa kaunter perkhidmatan pelanggan di bahagian-bahagian berkenaan mulai petang hari ini, Sabtu 10 November 2018 akan beroperasi seperti biasa;

1. Bahagian Pencen-Pencen di Tingkat 1 bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
2. Bahagian Bantuan Kebajikan Bulanan di Tingkat 2 bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
3. Bahagian Keluarga, Wanita dan Kanak-Kanak di Tingkat 3 bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Sekian untuk makluman para pelanggan yang dihormati dan sebarang kesulitan yang dialami adalah sangat dikesali.

 
05 November 2018
NOTIS PEMBERITAHUAN BAGI WAKTU PERKHIDMATAN KAUNTER JAPEM

Untuk makluman kepada semua orang ramai yang hendak berurusan dengan perkhidmatan
1. Bahagian Pencen-Pencen,
2. Bahagian Bantuan Kebajikan Bulanan,
3. Bahagian Keluarga, Wanita dan Kanak-Kanak
Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan bahawa kaunter perkhidmatan pelanggan di bahagian-bahagian berkenaan mulai hari ini, Isnin 05 November 2018 akan beroperasi di Tingkat 1, Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari dan jam 2.00 petang hingga 4.00 petang sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudiaan.

Sekian untuk makluman para pelanggan yang dihormati dan sebarang kesulitan yang dialami adalah sangat dikesali.

 
03 November 2018
TKBS terima derma BND5,950

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin menerima sumbangan derma sejumlah BND5,000 daripada Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi, Yang Mulia Dr. Awang Abdul Manaf bin Haji Metussin selaku Pengerusi Darussalam Holdings Sendirian Berhad

Tabung Kemanusiaan Bencana Sulawesi (TKBS) hari ini telah menerima sumbangan derma berjumlah BND5,950 hasil sumbangan daripada Darussalam Holdings Sdn. Bhd. dan Sekolah Menengah Arab Lelaki Hassanal Bolkiah (SMALHB).

Pada majlis penyerahan derma tersebut yang berlangsung di Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi, Yang Mulia Dr. Awang Abdul Manaf bin Haji Metussin selaku Pengerusi Darussalam Holdings Sendirian Berhad telah menyerahkan sumbangan derma berjumlah BND5,000 kepada Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Sementara itu, sejumlah BND950 hasil sumbangan derma daripada SMALHB telah diserahkan oleh Pemangku Pengetua SMALHB, Dayang Hajah Sarimah binti Awang Haji Ahmad kepada Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Turut hadir bagi menyaksikan penyerahan derma tersebut ialah Setiausaha Tetap KKBS, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil; Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat, Dayang Rostinah binti Pehin Orang Kaya Seri Sura Pahlawan Dato Paduka Awang Haji Mohd. Tahir dan Pemangku Pengarah Pentadbiran dan Kewangan KKBS, Muhammad Zulhilmi bin Haji Omar.

Juga hadir ialah Pengarah Urusan Darussalam Holdings Sendirian Berhad, Awang Haji Mahmud bin Haji Mohamed dan Timbalan Pengetua Pentadbiran SMALHB, Dayang Hjh Azizah binti Haji Mohamad serta guru-guru dan penuntut-penuntut sekolah tersebut.

Orang ramai yang berhasrat untuk memberikan sumbangan derma berbentuk kewangan boleh berbuat demikian melalui tabung-tabung yang disediakan di masjid-masjid dan surau-surau; bangunan bank-bank; gedung-gedung perniagaan dan bangunan-bangunan awam di seluruh negara.

Derma juga boleh dihantar dalam talian menerusi akaun Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), akaun nombor 00-001-01-0076007 atau dihantar terus kepada pihak Urus Setia TKBS di Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Tingkat 2, Jabatan Pembangunan Masyarakat, Bangunan KKBS, Jalan Kebangsaan pada waktu pejabat.

Sumbangan juga boleh dihantar melalui perkhidmatan SMS dengan menaip BANTU (tanpa jarak) diikuti dengan jumlah 1, 5, 10, 15 atau 20 dan hantar ke talian 38111 bagi pelanggan DST dan pelanggan PCSB. Perkhidmatan SMS ini akan berakhir pada 22 November 2018.

Bagi mana-mana pihak yang berhasrat untuk menyediakan peti tabung bagi mengadakan kutipan amal, boleh mendapatkan pelekat khas dari pihak Urus Setia TKBS pada waktu pejabat.

Bagi sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, boleh menghubungi pihak Urus Setia TKBS dalam talian +673 2381903 sambungan 1341 / 1242 atau emel melalui pr.japem@gmail.com.

Tempoh kutipan derma ialah bermula 9 Oktober 2018 hingga 6 Januari 2019 iaitu selama 3 bulan.

Sumber: Pelita Brunei