Bahasa Melayu | English         Size Teks : A  A  A       Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan        Jabatan Dibawah KKBS       Kementerian        Peta Laman

.

     Utama | About Us | Perkhidmatan | Institusi Kebajikan | Tips & Panduan | TPOR | Sebutharga | Hubungi Kami

.

 
 

.: Catatan Kegiatan Aktiviti Bagi Tahun 2018 |  Bagi Bulan : :.       

15 September 2018
Sesi pembentangan dari mahasiswi UMS

Dua orang mahasiswi Universiti Malaysia Sabah (UMS) bergambar ramai bersama pegawai JAPEM

Satu sesi pembentangan daripada dua (2) orang mahasiswi Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Kerja Sosial yang telah pun tamat penempatan kerja di Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telahpun diadakan pada petang Sabtu, 15 September 2018.

Pelajar-pelajar berkenaan ialah Dayang Siti Nurfatin Syahirah binti Ag Abd Wahid dan Dayang Nur Aqilah binti Abang Abdul Aziz telah menjalani penempatan kerja di cawangan / bahagian di jabatan ini pada 26 Jun – 15 September 2018.

JAPEM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sumbangan buah fikiran, tenaga dan masa yang telah diberikan oleh mahasiswi-mahasiswi berkenaan sepanjang penempatan mereka di jabatan ini.

Semoga pengalaman kerja yang dipelajari di JAPEM akan dapat digunakan semasa bekerja nanti dan meningkatkan jati serta mendoakan agar mereka berjaya dalam bidang pengajian dan alam pekerjaan nanti.

 
11 September 2018
Keterlibatan sepanjang setahun perkhidmatan

Para pegawai i-Ready yang berkhidmat di Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada pegawai-pegawai i-Ready sempena satu tahun perkhidmatan mereka bermula pada 11hb September 2017 di Jabatan ini.

Para pegawai i-Ready turut giat aktif melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti dan acara peringkat jabatan dan kementerian sepanjang perkhidmatan mereka seperti:

  • Pengibaran bendera sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada Oktober 2017

  • Forum Kanak-Kanak Brunei Darussalam November 2017

  • Perbarisan Lalu dan Persembahan Tarian sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-34 Tahun 2018

  • Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan Tahun 2018 di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan

  • Program Kembara Amal Ramadhan 2018

  • Majlis Penyampaian Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kepada golongan tertentu 2018

  • ASEAN Children’s Forum (ACF) pada 6hb – 8hb Ogos 2018

  • Kursus Asas Kaunseling

  • Dan lain-lain.

 
04 September 2018

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin semasa menyampaikan bantuan kewangan kerajaan kepada mangsa-mangsa banjir

Kejadian hujan lebat yang berlaku secara berterusan pada bulan Februari yang lalu telah mengakibatkan kejadian banjir kilat di beberapa kawasan rendah di negara ini sehingga menyebabkan kerosakan kepada rumah-rumah di 15 buah kampung di Daerah Tutong.

Bagi membantu meringankan bebanan para mangsa, satu majlis penyampaian bantuan kewangan kerajaan kepada 280 mangsa banjir telah diadakan hari ini di Dewan Serbaguna Serambangun, Tutong.

Hadir bagi menyampaikan bantuan kewangan kerajaan kepada mangsa-mangsa tersebut ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Majlis turut dihadiri oleh Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Umarali bin Esung dan Yang Berhormat Awang Haji Abdul Wahab bin Apong selaku Penghulu Mukim Tanjong Maya; Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil; wakil Pegawai Daerah Tutong, Awang Haji Adnan bin Haji Adam; Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat, Dayang Rostinah binti Pehin Orang Kaya Seri Sura Pahlawan Dato Paduka Haji Mohd Tahir, pegawai-pegawai kanan di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, dan Jabatan Pembangunan Masyarakat serta para penghulu dan ketua kampung daripada kawasan-kawasan yang terjejas.

Bantuan kerajaan yang dihulurkan itu diharap sedikit sebanyak akan dapat membantu meringankan kesusahan yang dialami oleh para mangsa dan keluarga mereka untuk meneruskan kehidupan seperti sedia kala.