Bahasa Melayu | English         Size Teks : A  A  A       Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan        Jabatan Dibawah KKBS       Kementerian        Peta Laman

.

     Utama | About Us | Perkhidmatan | Institusi Kebajikan | Tips & Panduan | TPOR | Sebutharga | Hubungi Kami

.

.: Catatan Kegiatan Aktiviti Bagi Tahun 2019 |  Bagi Bulan : :.       

19 Disember 2019
MAJLIS KHATAM AL-QURAN SATU HARI SATU JUZ ANJURAN PUSAT KEGIATAN WARGA EMAS DAERAH TUTONG DENGAN KERJASAMA JABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT (JAPEM) BAGI TAHUN 1441H/2019M.

  Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Hasnan Bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan menerima cendera mata kenang-kenangan daripada Pusat Kegiatan Warga Emas Tutong.

Pusat Kegiatan Warga Emas Tutong dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran Satu Hari Satu Juz.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ini ialah Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Hasnan Bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Turur hadir ialah Yang Berhormat Awang Ramli bin Haji Lahit, Penghulu Mukim Telisai; Daerah Tutong; Yang Mulia Dayang Noryani binti Haji Abdul Rani, Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat; penghulu-penghulu dan ketua-ketua kampung serta pegawai- pegawai kanan di Jabatan Pembangunan Masyarakat dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Bagi memberkati majlis, acara dimulai dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang diketuai oleh tetamu kehormat. Manakala Imam (B) Haji Hamaffi bin Md Yassin, Pengerusi, Ahli Jawatankuasa Kerja, Pusat Kegiatan Warga Emas, Daerah Tutong mengetuai bacaan takhtim, doa khatam dan dikir. Sebelum majlis bersurai acara diteruskan dengan dikir Asrakal dan bacaan doa Allah peliharakan Sultan yang diketuai oleh Bilal Hazrin bin Haji Hassan, Bilal Masjid Hassanal Bolkiah Pekan Tutong.

Majlis seumpama ini selain meraih ganjaran pahala juga diharapkan dapat mengeratkan silaturrahim antara warga kementerian dan warga Pusat Kegiatan Warga Emas.

12 Disember 2019
MAJLIS TAHLIL DI KUBAH MAKAM DIRAJA DAN MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA HARI ANTARABANGSA ORANG KELAINAN UPAYA

  Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan menyampaikan cendera mata kepada Yang Mulia Awang Bahri bin Bohari.

Bersempena dengan Hari Antarabangsa Orang Kelainan Upaya (HAOKU) yang disambut setiap 3 Disember, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat dengan kerjasama Majlis Kesejahteraan Orang Kelainan Upaya (MKOKU) yang terdiri daripada 9 buah persatuan di bawahnya iaitu; Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam; Persatuan PAPDA; SMARTER; KACA; Brunei Darussalam National Association of the Blind (BDNAB); Orang Kurang Pendengaran (OKP); Learning Ladders Society; dan Persatuan Down Syndrome dan Special Olympic Brunei Darussalam (SOBD), telah mengadakan dua acara pada hari ini iaitu Majlis Tahlil di Kubah Makam Diraja bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhamad Jamalul Alam (pada sebelah pagi); dan Majlis Kesyukuran Sembahyang Fardhu Maghrib dan Isya Berjemaah, Membaca Surah Yassin, Tahlil dan Doa Kesyukuran Sempena HAOKU di Masjid Rashidah Sa'adatul Bolkiah, Kampong Sungai Akar.

Hadir selaku tetamu kehormat bagi kedua-dua majlis tersebut ialah Yang Berhormat Mejer Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Turur hadir ke majlis-majlis tersebut ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; ketua-ketua kampong; ahli-ahli MKOKU dan persatuan-persatuan di bawahnya di seluruh daerah; serta pegawai-pegawai kanan lelaki di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan Pembangunan Masyarakat.

Pada sebelah pagi, bacaan Surah Yaasin dan tahlil dipimpin oleh Yang Mulia Mohd Amin bin Haji Salim, Pegawai Hal Ehwal Masjid.

Bagi Majlis Doa Kesyukuran (sebelah malam) pula diketuai oleh Yang Mulia Haji Md Khairul Zaman bin Hj Md Salleh, Pelajar OKU penglihatan, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan diteruskan dengan tazkirah yang disampaikan oleh Yang Mulia Awang Bahri bin Bohari, Pegawai Pendidikan yang juaga merupakan OKU anggota.

Tema sambutan HAOKU pada tahun ini ialah Memperkasa golongan OKU dan mempromosikan penglibatan OKU khususnya dalam merealisasikan Agenda Pembangunan 2030' ("Promoting the participation of persons with disabilities and their leadership : taking action on the 2030 Development Agenda").

Acara kemuncak bagi sambutan HAOKU ialah mengadakan Bengkel Promosi Penglihatan Orang Kelainan Upaya Dalam Perkembangan Masyarakat yang diadakan pada bulan Januari 2020.

12 Disember 2019
ACARA KEMUNCAK PROGRAM P.E.E.R [PEER EMPATHIZE and EMBRACING RESILIENCE]

  Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan ketika bergambar ramai bersama para peserta dan pemudahcara.

Program Peer Empathize and Embracing Resilience (P.E.E.R) diadakan selama 3 hari 2 malam bermula 10 Disember hingga 12 Disember 2019 anjuran Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan kerjasama Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan; Kementerian Hal Ehwal Ugama; EMPOWERIOR Counseling & Consultancy; Kumpulan Syababul Iman; Medley House Productions; dan Soul Industry, telah mengadakan acara kemuncaknya pada petang ini yang dihadiri oleh Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri kebudayaan, Belia dan Sukan di Dewan Utama, Perkampungan Sukan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.

Objektif program ini diadakan adalah untuk menjadikan para belia sebagai sistem sokongan kepada rakan belia lain yang mengalami masalah kesihatan mental di samping melengkapkan para belia dengan kemahiran dalam mengenalpasti masalah kesihatan mental, berempati dan menyelesaikan masalah melalui kaedah perbincangan dan ekspresi diri untuk lebih berdaya tahan.

Program ini disertai oleh 33 orang peserta dari kalangan belia yang berumur di antara 16 hingga 28 tahun.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Faatihah dan doa selamat oleh Yang Mulia Raden Mas Muhammed Mukhriz bin Radin Mas Emran, dan diteruskan dengan ucapan daripada Yang Mulia Muhammad Syazwan Aizuddin bin Roslan, salah seorang peserta Program P.E.E.R.

Acara juga diserikan dengan persembahan kaedah ekspresi diri yang telah dipelajari semasa perkemahan bersama Kumpulan Syababul Iman, Medly House Productions dan Soul Industry.

Melalui program ini para belia berkemampuan untuk mengekspresikan diri kepada sesuatu yang lebih positif dan seterusnya menjurus kepada kehidupan yang lebih sihat, serta memberikan pulangan balik kepada masyarakat melalui kerja kesukarelawanan dan kemasyarakatan.

12 Disember 2019
MAJLIS TAHLIL DI KUBAH MAKAM DIRAJA DAN MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA HARI ANTARABANGSA ORANG KELAINAN UPAYA

  Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan ketika bacaan tahlil.