Bahasa Melayu | English         Size Teks : A  A  A       Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan        Jabatan Dibawah KKBS       Kementerian        Peta Laman

.

     Utama | About Us | Perkhidmatan | Institusi Kebajikan | Tips & Panduan | TPOR | Sebutharga | Hubungi Kami

.

 
 

.: Catatan Kegiatan Aktiviti Bagi Tahun 2019 |  Bagi Bulan : :.       


16 Oktober 2019
MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KEWANGAN KERAJAAN KEPADA KEJADIAN BENCANA KEBAKARAN RUMAH BAGI DAERAH BRUNEI MUARA.

  Hadir bagi menyerahkan derma tersebut ialah Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.


Satu majlis penyerahan bantuan kewangan kerajaan kepada mangsa-mangsa yang terlibat dalam kejadian kebakaran di Daerah Brunei dan Muara telah berlangsung pagi ini di Bilik Kunjungan, Tingkat 8, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Majlis penyerahan tersebut telah disampaikan oleh Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan kepada mangsa yang terjejas pada 30 September 2019 iaitu Awang Haji Manan bin Haji Yusof serta keluarga yang menetap di Kampong Pelambayan, Kota Batu.

Turut hadir menyaksikan majlis penyerahan tersebut ialah Yang Mulia Dayang Hajah Noridah binti Abdul Hamid, Pemangku Pengarah Bahagian Perkhidmatan Sosial; Yang Mulia Awang Haji Khairul Ariffin bin Haji Abd. Aji, Penolong Pengarah Bahagian Perhubungan Awam Sumber dan Sukarelawan dan pegawai-pegawai dari Unit Bencana Alam dan Perumahan, Bahagian Bantuan Kebajikan Am, Jabatan Pembangunan Masyarakat.

Selain memberikan bantuan kewangan kerajaan, mangsa bencana juga diberikan penempatan sementara serta bantuan catuan makanan dan barang keperluan semasa kejadian berlaku. Pemberian bantuan-bantuan berkenaan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan kesusahan yang dialami oleh mangsa bagi meneruskan kehidupan seharian.


14 Oktober 2019
MAJLIS PENYAMPAIAN KACA MATA KEPADA GOLONGAN ORANG KELAINAN UPAYA SEMPENA HARI PENGLIHATAN SEDUNIA 2019.

  Yang Mulia Dayang Saidah binti Haji Wahid, Timbalan Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan ketika menyampaikan sumbangan derma kaca mata kepada wakil Persatuan Oeang Kelainan Upaya.


Bersempena dengan Hari Penglihatan Sedunia, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) buat julung kalinya dengan kerjasama Syarikat Perfect Vision telah mengadakan Majlis Penyampaian Derma Kaca Mata kepada Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) sebagai tanggungjawab sosial korport syarikat berkenaan kepada masyarakat pada petang ini di Dewan Imtiyaz, Pusat Bahagia Brunei Muara.

Majlis dimulakan dengan alu-aluan dari Muhamma Faithul Islam bin Abu Bakar, Penolong Pengurus dan Akaun, selaku wakil Pengerusi Bersama Majlis. Penyerahan sumbangan kaca mata dari Syarikat Perfect Vision telah disempurnakan oleh Dr. Farris bin Abdul Rahman, Pengarah Urusan kepada tetamukehormat majlis iaitu Dayang Saidah binti Haji Wahid, Timbalan Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), Kementerian KEbudayaan, Belia dan Sukan. Turut hadir bagi menyaksikan penyerahan sumbangan tersebut ialah Yang Mulia Dayang Rostinah binti Pehin Orang Kaya Seri Sura Pahlawan Dato Paduka Haji Awang Mohd Tahir, Pemangku Pengarah pembangunan Masyarakat; dan wakil-wakil dari beberapa persatuan OKU.

Sumbangan kaca mata tersebut kemudian diserahkan kepada 78 individu OKU melalui wakil-wakil dari beberapa persatuan OKU termasuk Persatuan Persatuan Orang-Orang Berkerusi Roda dan Orang-Orang Cacat Anggota (PAPDA), Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Negara Brunei Darussalam (BDNAB), Persatuan Sindrom Down Brunei (ABLE), Persatuan Orang Kurang Pendengaran (OKP) dan Majlis Paralimpik Brunei Darussalam. Individu-individu yang terpilih adalah mereka yang memerlukan kaca mata hasil daripada pemeriksaan mata secara percuma yang diadakan secara terbuka di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah pada 05 Oktober 2019 yang lalu.

Satu pameran juga telah diadakan oleh BDNAB yang memaparkan barangan pejabat dan kegunaan OKU Penglihatan seperti mesin dan pencetak khas Braille, serta tongkat putih. Acara juga turut diserikan dengan persembahan gulingtangan dari para penuntut OKU Pusat Bahagia Brunei Muara.

Sambutan Hari Penglihatan Sedunia diraikan untuk meningkatan kesedaran masyarakat terhadap isu sejagat mengenai isu penglihatan yang boleh dielakkan. Sumbangan seperti ini amat dihargai kerana ia bukan sahaja membentuk sikap positif dan membuktikan pemedulian masyarakat terhadap masalah kesihatan OKU, bahkan juga membantu OKU yang mempunyai masalah penglihatan mendapatkan kaca mata yang sesuai dan dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik serta menjadi lebih produktif.


11 Oktober 2019
THE 18TH MEETING OF THE ASEAN COMMITTEE ON WOMEN (18TH ACW MEETING).

  Yang Mulia Dayang Saidah binti Haji Wahid, Timbalan Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan bergambar ramai bersama ketua-ketua delegasi ASEAN.


Mesyuarat ke-18 ASEAN Komiti bagi Wanita (The 18th Meeting of The ASEAN Committee On Women [ACW]) telah diadakan pada pagi ini di Rizqun International Hotel, Gadong.

Mesyuarat ke-18 ACW ini dipengerusikan oleh Puan Dayang Saidah binti Haji Wahid, Timbalan Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Pegawai-Pegawai Kanan dan delegasi ASEAN bagi ASEAN Komiti bagi Wanita dan pihak Sekretariat ASEAN.

Selaku tuan rumah bagi mesyuarat ini, Brunei Darussalam telah memilih tema mesyuarat "Enriching Resilience of Young Women as Agents of Change". Dalam ucapannya, Pengerusi mesyuarat mengongsikan tema ini adalah bertujuan untuk memfokuskan ke arah memperkasakan kedayatahanan belia wanita sebagai agen perubahan dalam membantu ke arah pembangunan Komuniti ASEAN.

Antara agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat ini meliputi perlaksanaan Pelan Kerja ACW tahun 2016-2020, perkembangan Pelan Kerja 2021-2025, dan kerjasama ACW dengan rakan-rakan strategik seperti ASEAN-USAID PROSPECT, ASEAN Women Entrepreneurs Network, ASEAN Confederation of Women's Organisations, UN Women dan OXFAM International.

Mesyuarat 18th ACW ini akan dilanjutkan dengan Mesyuarat ACW + 3, melibati rakan dialog terdiri daripada Republik Rakyat China, Jepun dan Republik Korea pada 12 Oktober 2019. Kesemua mesyuarat berkenaan diadakan di Rizqun International Hotel, Gadong.


10 Oktober 2019
MAJLIS MAKAM MALAM 18th ACW AND RELATED MEETING, RIZQUN INTERNATIONAL HOTEL, GADONG, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.

  Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan bergambar ramai dengan para delegasi-delegasi ASEAN pada Majlis Makan Malam.


Delegasi 18th ACW dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan diraikan dalam Majlis Makan Malam berlangsung di Songket Ballroom, Rizqun International Hotel.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Majlis perasmian turut dihadiri oleh Pesuruhjaya-Pesuruhjaya ASEAN bagi Promosi dan Perlindungan Hak-Hak Wanita dan Kanak-Kanak (ASEAN Commission on the Promotion and Protection of the Rights of Women and Children [ACWC]), Pemangku-pemangku Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Pegawai-Pegawai Kanan ASEAN bagi Komiti ASEAN mengenai Wanita (ASEAN Committee on Women), Pegawai-Pegawai Kanan ASEAN ke Mesyuarat bagi Kebajikan dan Pembangunan Sosial (Senior Officials Meeting on Social Welfare and Development [SOMSWD]), Sekretariat ASEAN dan delegasi ahli-ahli negara ASEAN.

Majlis tersebut telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa selamat oleh Yang Mulia Ustaz Haji Abdul Halim bin Haji Fuad, Tenaga Pengajar Al-Quran Belia, Jabatan Belia dan Sukan. Ucapan alu-aluan pada majlis tersebut disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Saidah binti Haji Wahid, Timbalan Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan) selaku Pengerusi Mesyuarat ke-18 ACW dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan 2019. Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata kepada ketua-ketua delegasi negara-negara ASEAN oleh tetamu kehormat.

Majis tersebut diakhiri dengan sesi bergambar ramai bersama Ketua-Ketua Delegasi dan Delegasi ASEAN.


10 Oktober 2019
MAJLIS PERASMIAN, THE 19TH ASEAN COMMISSION ON THE PROMOTION AND PROTECTION OF THE RIGHTS OF WOMEN AND CHILDREN (ACWC): REGIONAL FORUM ON SOCIAL PROTECTION POLICY FOCUSING ON ELDERLY WOMEN AND AGEING.

  Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan ketika memberikan kata alu-aluan.


Majlis Perasmian bagi Regional Forum on Social Protection Policy Focusing on Elderly Women and Ageing telah diadakan di Rizqun International Hotel, Gadong, Brunei Darussalam pagi ini.

Hadir selaku tetamu kehormat bagi merasmikan forum tersebut ialah Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Majlis perasmian turut dihadiri oleh Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Pesuruhjaya-Pesuruhjaya ASEAN bagi Promosi dan Perlindungan Hak-Hak Wanita dan Kanak-Kanak (ASEAN Commission on the Promotion and Protection of the Rights of Women and Children [ACWC]), Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Pegawai-Pegawai Kanan ASEAN bagi Komiti ASEAN mengenai Wanita (ASEAN Committee on Women), Pegawai-Pegawai Kanan ASEAN ke Mesyuarat bagi Kebajikan dan Pembangunan Sosial (Senior Officials Meeting on Social Welfare and Development [SOMSWD]), Sekretariat ASEAN, delegasi ahli-ahli negara ASEAN, para peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan, Centre for Advance Research (CARe) Universiti Brunei Darussalam, persatuan-persatuan di bawah naungan Majlis Wanita dan Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) di semua daerah.

Melalui perasmian berkenaan, Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan menyatakan bahawa forum ini sangat sesuai diadakan kerana isu penuaan penduduk menjadi salah satu agen perubahan sosial yang penting pada abad ini. Perkara ini memberikan kesan kepada hampir semua aspek dalam masyarakat khususnya pada negara-negara di rantau ASEAN. Peratus penduduk yang berumur 65 tahun ke atas dijangka meningkat menjelang tahun 2050. Kajian daripada World Institute for Asian Studies menunjukkan majoriti penduduk di rantau Asia Pasifik yang berumur 60 tahun ke atas adalah golongan wanita disebabkan oleh jangka hayat yang lebih lama.

Secara keseluruhan, Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan memfokuskan betapa pentingnya bagi negara-negara ASEAN untuk bersatu dan saling berganding bahu untuk mencapai kesepakatan dalam menangani perubahan-perubahan tersebut. Perkara ini perlu ditekankan melalui visi yang sama, iaitu untuk membangun masyarakat yang pemedulian terutamanya terhadap perlindungan dan hak-hak warga emas. Melalui misi dan peluang tersebut, Yang Berhormat berharap perkara ini akan dapat meningkatkan kualiti kehidupan warga emas ke arah gaya kehidupan yang aktif, sihat dan mampu memberi sumbangan. Dari itu, bagi menangani isu penuaan, dasar-dasar sosial perlu merangkumi semua aspek dan meliputi kesihatan, kebajikan dan jaminan insuran diri yang kukuh khusus untuk memeduli warga emas.

Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia mengutamakan pendekatan whole of nation dalam menangani isu penuaan seperti yang digariskan dalam Wawasan 2035 termasuk strategi jaminan sosial untuk memastikan semua rakyat adalah dijaga dengan baik. Pelan Tindakan Warga Emas bertujuan untuk membangun masyarakat yang aktif dan mandiri melalui kepentingan peranan institusi keluarga. Perkara ini perlu ditekankan dan dipelihara sebagai salah satu dasar perlindungan sosial dan dalam masa yang sama menyediakan platform yang efektif bagi penyelesaian isu-isu penuaan.

Perasmian forum ini kemudiannya diteruskan dengan sesi perkongsian para delegasi daripada Ahli Negara-Negara ASEAN. Antara perkara yang dikongsikan dalam forum tersebut adalah amalan-amalan terbaik, cabaran-cabaran dan penambahbaikkan yang dihadapi oleh negara-negara ASEAN mengikut sesi yang telah diaturkan iaitu Sesi Program Memperkasa, Sesi Penjagaan dan Sistem Sokongan, Sesi Dasar-Dasar dan Perundangan.

Sesi Pertama: Program-Program Memperkasa yang meliputi tentang keusahawanan dan peluang pekerjaan telah dipengerusikan oleh Dr. Hajah Yusnani binti Mohd Yusof Kozlowski dan Dr. Khadizah binti Haji Abdul Mumin daripada Centre for Advanced Research (CARe), Universiti Brunei Darussalam. Sesi ini melibatkan ahli-ahli panel daripada Indonesia, Filipina dan Laos.

Sesi Kedua mengenai Sistem-Sistem Penjagaan dan Sokongan telah dipengerusikan oleh Puan Susana Concordo Harding daripada Tsao Foundation dan melibatkan ahli-ahli panel daripada Malaysia, Singapura dan Vietnam. Perkongsian berkenaan khusus tentang penjaga dan penjagaan warga emas di dalam rumah.

Sesi Ketiga memfokuskan kepada dasar-dasar dan perundangan mengenai kebajikan dan perlindungan warga emas yang dipengerusikan oleh Puan Dr. Sita Sumrit daripada pihak Sekretariat ASEAN dan melibatkan ahli-ahli panel daripada Brunei Darussalam, Kemboja, Myanmar dan Thailand.

Dua mesyuarat telah diadakan sebelum Majlis Perasmian pada hari ini berlangsung, iaitu Mesyuarat ke-19 Suruhanjaya ASEAN bagi Promosi dan Perlindungan Hak-Hak Wanita dan Kanak-Kanak pada 07 - 08 Oktober 2019 dan Mesyuarat Konsultasi Ke-6 Suruhanjaya ASEAN bagi Promosi dan Perlindungan Hak-Hak Wanita dan Kanak-Kanak pada 09 Oktober 2019.

Seterusnya, Mesyuarat ke-18 Komiti Bagi Wanita (ASEAN Committee on Women (ACW)) akan diadakan pada 11 Oktober 2019. Manakala Mesyuarat ke-11 bagi mesyuarat yang sama dengan 3 buah negara (ACW + 3) akan diadakan pada 12 Oktober 2019. Kesemua mesyuarat berkenaan diadakan di Rizqun International Hotel, Gadong.


08 Oktober 2019
THE 19th ASEAN COMMISSION ON THE PROMOTION AND PROTECTION OF THE RIGHTS OF WOMEN AND CHILDREN (ACWC) MEETING; 07-08 OKTOBER 2019, RIZQUN INTERNATIONAL HOTEL, GADONG, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.

  Sesi bergambar ramai para delegasi-delegasi ASEAN


Negara Brunei Darussalam menjadi tuan rumah kepada beberapa mesyuarat ASEAN di peringkat pegawai-pegawai kanan dan juga sebuah forum serantau berkaitan hal ehwal wanita bermula 7hb hingga 12hb Oktober 2019. Mesyuarat-mesyuarat dan forum serantau ini dihoskan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku focal point kebangsaan bagi ASEAN Committee on Women. Sesi permesyuaratan ini telah dimulakan dengan Mesyuarat ke 19 Suruhanjaya ASEAN bagi Promosi dan Perlindungan Hak-hak Wanita dan Kanak-Kanak (19th ASEAN Commission on the Promotion and Protection of the Rights of Women and Children [ACWC]) pada 7-8 Oktober 2019 di Rizqun International Hotel, Gadong.

Mesyuarat 19th ACWC ini dipengerusikan oleh Tuan Wanchai Roujanavong, selaku Pengerusi ACWC dan dihadiri oleh seramai 39 orang delegasi yang terdiri daripada semua Pesuruhjaya-Pesuruhjaya ACWC, Urus Setia ASEAN dan juga pegawai-pegawai fokal kebangsaan ACWC dari semua negara ahli ASEAN. Negara Brunei Darussalam telah diwakili oleh Yang Mulia Dato Paduka Dr. Junaidi bin Haji Abdul Rahman selaku Pesuruhjaya ACWC Bagi Hal Ehwal Kanak-Kanak dan Yang Mulia Dayang Hajah Normah Suria Hayati binti Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Haji Awang Muhammad Jamil Al-Sufri selaku Pesuruhjaya ACWC Bagi Hal Ehwal Wanita.

Antara agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat ini ialah status pelaksanaan Pelan Kerja ACWC 2016-2020 serta projek-projek kolaborasi diantara ACWC dengan badan-badan antarabangsa yang berkaitan.


07 Oktober 2019
Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) Terima Peralatan Sukan

  Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin bergambar ramai bersama Awg. Wu Chun dan ahli-ahli PKWE.


Foto : Hjh Ajijah Ali - KKBS

Dalam memperingati Hari Antarabangsa Warga Emas dan Bulan Demensia Sedunia, Fitness Zone dengan kerjasama Demensia Brunei telah menyerahkan peralatan kesihatan TechnoGym yang terkini yang telah berlangsung di Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) Daerah Brunei Muara di Jalan 77, Kg. Perpindahan Lambak Kanan.

Hadir bagi menyampaikan peralatan tersebut ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Datu Seri Paduka Haji Abidin. Hadir bagi pihak Fitness Zone ialah Pengasas dan Pengarah Urusan Fitness Zone, Awg. Wu Chun; Datin Jacqueline Wong, Penasihat Kehormat Demensia Brunei; Dyg. Rostinah binti POKSSP Dato Paduka Haji Mohd. Tahir, Pemangku Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat; dan ahli-ahli PKWE Daerah Brunei Muara.

Awg. Wu Chun merupakan seorang usahawan dan selebriti antarabangsa dan serta duta bagi Demensia Brunei yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat Brunei supaya peka akan pengurangan risiko-risiko penyakit ini dan pada masa yang sama menjalani kehidupan yang sihat. Beliau menjelaskan yang beliau inginkan setiap warga di Brunei untuk hidup sihat dan menjalani proses penuaan sebaiknya. Selaku duta Demensia Brunei, Awg. Wu Chun juga mengongsikan yang tiada pencegah dan ubat bagi penyakit ini buat masa sekarang. Walaubagaimanapun setiap orang, tegas beliau lagi, bertanggungjawab terhadapa kesihatan sendiri dan untuk memilih kehidupan yang lebih baik termasuk pemilihan permakanan.

Demensia Brunei adalah satu pertubuhan bukan untung yang dibentuk pada 2018 dengan objektif untuk memberi sokongan kepada warga emas, para individu yang menghidapi demensia beserta para penjaga mereka di negara ini. Pertubuhan itu juga memfokuskan penyebaran kesedaran mengenai demensia beserta kerja-kerja advokasi khusus kepada warga emas.

Penyerahan peralatan kesihatan tersebut adalah salah satu mekanisma kesedaran akan kepentingan sumbangan warga emas kepada masyarakat umum dan memberi kesedaran mengenai peluang dan cabaran penuaan yang dihadapi sekarang. Dengan penuaan, demensia adalah penyakit awam nombor satu dan akan menjadi penyakit serius dalam abad 21 ini.


03 Oktober 2019
Majlis Penyerahan Bantuan Kewangan Kerajaan kepada Mangsa-Mangsa Bencana Daerah Brunei Muara

  Hadir bagi menyerahkan derma tersebut ialah Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.


Dua buah keluarga yang mengalami bencana angin kencang yang menyebabkan atap rumah terbang baru-baru ini telah menerima bantuan kewangan kerajaan pagi tadi di Bilik Kunjungan, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan di Jalan Kebangsaan.

Majlis penyerahan tersebut telah disampaikan oleh Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan kepada dua mangsa yang terjejas pada kejadian 13 September 2019 lalu iaitu Awang Jafar @ Awang Japar bin Metusin serta keluarga yang menetap di Kampong Burong Lepas, Kilanas dan mangsa kedua ialah Dayang Hajah Bibah binti Nasir serta keluarga menetap di Kampong Batang Perhentian, Pengkalan Batu.

Turut hadir menyaksikan majlis penyerahan tersebut ialah Dayangku Siti Saihalina binti Pengiran Haji Md Daud, Penolong Pengarah Pembangunan Masyarakat serta pegawai dan kakitangan daripada Jabatan Pembangunan Masyarakat.

Pemberian bantuan-bantuan berkenaan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan kesusahan yang dialami oleh mangsa bagi meneruskan kehidupan seharian.


01 Oktober 2019
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman di antara Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, dengan Telekom Brunei Berhad dan Perlancaran Talian ANAK 121

  Tetamu Kehormat majlis Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan menyaksikan penandatanganan Memorandum Persefahaman di antara Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dan Telekom Brunei Berhad (TelBru).


Di atas dasar keprihatinan dan semangat kerjasama di antara agensi swasta dan kerajaan untuk meningkatkan akses perkhidmatan sosial kepada golongan yang terdedah di negara ini, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dengan kerjasama Telekom Brunei Berhad (TelBru) telah merasmikan 'Talian ANAK 121' pada petang ini di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Hadir selaku Tetamu Kehormat ke majlis tersebut ialah Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. .

Turut hadir ialah Yang Berhormat ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara; Dato Seri Paduka Dr. Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin, Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi), Kementerian Kewangan dan Ekonomi, selaku Pengerusi Telbru; Setiausaha-setiausaha Tetap; Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap; Awang Ahmad Jefri bin Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif TelBru; Pemangku Pengarah JAPEM; Pengarah-pengarah dan wakil syarikat rakan strategik TelBru; ahli-ahli Jawatankuasa Khas Keluarga, Wanita dan Kanak-kanak serta pegawai-pegawai kerajaan.

Acara dimulai dengan ucapan alu-aluan daripada Ketua Pegawai Eksekutif TelBru dan diteruskan dengan majlis penandatanganan Memorandum Persefahaman di antara pihak JAPEM dan TelBru yang diwakili oleh Dayang Rostinah binti Pehin Orang Kaya Seri Sura Pahlawan Dato Paduka Haji Mohammad Tahir, Pemangku Pengarah JAPEM dengan Awang Ahmad Jefri bin Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif TelBru.

Acara selanjutnya ialah ucapan daripada Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan yang kemudiannya merasmikan Talian ANAK 121 dan diikuti dengan tayangan video mengenai talian tersebut.

Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan juga membuat lawatan ke Pusat Panggilan Talian ANAK 121 untuk mengujicuba bagaimana sistem berkenaan beroperasi.

Talian ANAK 121 (Anak Negara Aset Kitani) dengan slogan "Kami Mendangar" adalah talian bantuan kanak-kanak bebas tol yang beroperasi bagi kegunaan kanak-kanak di Negara Brunei Darussalam yang mana inisiatif ini adalah kerjasama di antara JAPEM dan TelBru.

Antara lain, objektif penubuhan talian ini ialah untuk meningkatkan sistem perlindungan bagi kanak-kanak daripada penderaan, pengabaian dan eksploitasi serta untuk menyediakan saluran komunikasi yang khusus bagi kegunaan kanak-kanak yang mungkin berada dalam kesusahan serta memerlukan penjagaan dan perlindungan daripada penderaan ibu, bapa atau penjaga, penyalahgunaan dadah, buli, rasa bunuh diri atau kesulitan dalam keluarga. Penubuhan talian ini juga berhasrat untuk mendokong usaha Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam menyediakan perkhidmatan penjagaan dan sokongan untuk golongan terdedah dan kurang bernasib baik, mereka yang memerlukan bantuan dan mereka yang terdedah kepada bahaya.

Talian ini akan beroperasi mulai 2 Oktober 2019, dan akan dikendalikan oleh ejen panggilan atau pekerja sosial yang telah menjalani latihan kursus asas kaunseling untuk berinteraksi dengan kanak-kanak melalui telefon dan mereka ini akan menjalani latihan berterusan berdasarkan risk assessment dari masa ke semasa untuk menangani isu-isu yang dihadapi oleh pemanggil.

Bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai talian ini, pihak JAPEM dengan kerjasama TelBru dan rakan-rakan strategik lain akan mengadakan kempen untuk memberigakan talian ini hingga ke peringkat akar umbi.

Adalah diharapkan dengan tertubuhnya Talian ANAK 121 ini, ianya akan dapat menggalakkan kanak-kanak untuk bersuara, meluahkan perasaan dan membuat aduan tanpa rasa takut agar isu-isu yang dihadapi dapat ditangani dengan segera oleh pihak-pihak tertentu.