Bahasa Melayu | English         Size Teks : A  A  A       Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan        Jabatan Dibawah KKBS       Kementerian        Peta Laman

.

     Utama | About Us | Perkhidmatan | Institusi Kebajikan | Tips & Panduan | TPOR | Sebutharga | Hubungi Kami

.

 
 

.: Catatan Kegiatan Aktiviti Bagi Tahun 2019 |  Bagi Bulan : :.       



19 September 2019
SESI DIALOG JABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT, KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN BERSAMA PENGHULU, KETUA KAMPONG, DAN MAJLIS PERUNDINGAN KAMPONG & MUKIM DAERAH TUTONG

  Ucapan alu-aluan daripada Dayang Rostinah binti Pehin Orang Kaya Seri Sura Pahlawan Dato Paduka Awang Haji Mohd Tahir, Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat.


Sebagai langkah proaktif pendekatan kepada masyarakat di negara ini, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) telah mengadakan sesi dialog bagi memperkasa pengetahuan penghulu dan ketua kampong di Daerah Tutong. Sesi dialog tersebut dihasratkan untuk menyampaikan serta memberigakan perkhidmatan-perkhidmatan yang terdapat di JAPEM kepada anak-anak buah kampong di bawah jagaan mereka khususnya membantu golongan sasaran yang memerlukan. Sesi dialog tersebut telah diadakan di Pusat Kegiatan Warga Emas Tutong

Sesi tersebut telah dimulakan dengan bacaan surah Al Fatihah dan Sayyidul Istighfar oleh Imam (B) Hammafi bin Mohd Yassin, Pengerusi Kegiatan Warga Emas Tutong dan seterusnya ucapan alu-aluan daripada Dayang Rostinah binti Pehin Orang Kaya Seri Sura Pahlawan Dato Paduka Awang Haji Mohd Tahir, Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat.

Penolong Pengarah Bahagian Perhubungan Awam, Sumber dan Sukarelawan, Awg. Hj. Khairul Ariffin bin Hj. Abd. Aji, telah menerangkan mengenai perkhidmatan-perkhidmatan yang terdapat di JAPEM di lima bahagian iaitu Bahagian Bantuan Kebajikan Am; Bahagian Warga Emas dan Pencen-Pencen; Bahagian Keluarga Wanita, Kanak-Kanak dan Kaunseling; Bahagian Kompleks Pemulihan, Perlindungan dan Probesyen; dan Bahagian Orang Kelainan Upaya. Kemudian sesi diteruskan dengan sesi soal jawab diantara ahli-ahli panel dan penghulu dan ketua kampong di Daerah Tutong.

Sesi dialog pada pagi ini telah dihadiri oleh kira-kira 34 orang yang terdiri daripada penghulu mukim dan ketua-ketua kampong di Daerah Tutong dan 28 orang daripada Majlis Perundingan Kampong dan Mukim. Turut hadir ke majlis tersebut ialah Yang Berhormat, Awang Haji Abd Wahab bin Apong, Pmk Penghulu Pekan Tutong selaku Penghulu Mukim Tanjong Maya; Yang Mulia Awg. Samsul Bahrin bin Haji Mohd Hussain, Pegawai Daerah Tutong.



18 September 2019
MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KEWANGAN KERAJAAN KEPADA MANGSA-MANGSA BENCANA DAERAH BRUNEI DAN MUARA

  Majlis penyerahan tersebut telah disampaikan oleh Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan kepada Awang Haji Mohd Irni bin Haji Mohd Daud serta keluarga


Sebuah keluarga yang mengalami bencana rumah roboh baru-baru ini telah menerima bantuan kewangan kerajaan pagi tadi di Bilik Kunjungan, bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Majlis penyerahan tersebut telah disampaikan oleh Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan kepada Awang Haji Mohd Irni bin Haji Mohd Daud serta keluarga, iaitu mangsa bencana rumah roboh di Kampong Saba Darat yang terjadi pada 7 September 2019 yang lalu.

Turut hadir menyaksikan majlis penyerahan tersebut ialah Yang Mulia Dr. Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, Pemangku Setiausaha Tetap (Pengurusan, Strategi dan Dasar); Yang Mulia Dayang Saidah binti Haji Wahid, Timbalan Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan) dan Yang Mulia Dayang Rostinah binti Pehin Orang Kaya Seri Sura Pahlawan Dato Paduka Haji Mohd Tahir, Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat.

Selain memberikan bantuan kewangan kerajaan, mangsa bencana juga diberikan bantuan catuan makanan dan keperluan-keperluan lain semasa kejadian berlaku. Pemberian bantuan-bantuan berkenaan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan kesusahan yang dialami oleh mangsa bagi meneruskan kehidupan seharian.



16 September 2019
SESI DIALOG JABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT, KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN BERSAMA PENGHULU DAN KETUA KAMPONG DAERAH BRUNEI MUARA

  Turut hadir ke majlis tersebut ialah ialah Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan; Yang Mulia Dayang Saidah binti Haji Wahid @ Burut, Timbalan Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan) di KKBS; dan Awang Misle bin Haji Abdul Karim, Pegawai Daerah Brunei & Muara.


Sebagai langkah proaktif pendekatan kepada masyarakat di negara ini, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) telah mengadakan sesi dialog bagi memperkasa pengetahuan penghulu dan ketua kampong di Daerah Brunei Muara untuk menyampaikan serta memberigakan perkhidmatan-perkhidmatan yang terdapat di JAPEM kepada anak-anak buah kampong di bawah jagaan mereka khususnya membantu golongan sasaran yang memerlukan. Sesi dialog tersebut telah diadakan di Dewan Di-Gadong, Tingkat 1, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah ialah Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan; Yang Mulia Dayang Saidah binti Haji Wahid @ Burut, Timbalan Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan) di KKBS; dan Awang Misle bin Haji Abdul Karim, Pegawai Daerah Brunei & Muara.

Bagi memberkati kelancaran sesi pagi ini dimulakan dengan bacaan surah Al Fatihah dan Sayyidul Istighfar yang disampaikan oleh Ustaz Haji Mayadi bin Hj Jais, Guru Ugama Pusat Bahagia Brunei Muara. Seterusnya sesi diserikan dengan ucapan alu-aluan daripada Dayang Rostinah binti Pehin Orang Kaya Seri Sura Pahlawan Dato Paduka Awang Haji Mohd Tahir, Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat. Sesi taklimat tersebut telah disampaikan oleh panel-panel yang terdiri daripada ketua-ketua bahagian di JAPEM.

Sesi dialog pada pagi itu telah dihadiri oleh kira-kira 94 orang yang terdiri daripada penghulu mukim dan ketua-ketua kampong di Daerah Brunei Muara. Sesi dimulakan dengan taklimat mengenai perkhidmatan yang terdapat di JAPEM melalui lima bahagian iaitu Bahagian Bantuan Kebajikan Am,Bahagian Warga Emas dan Pencen-Pencen, Bahagian Keluarga, Wanita, Kanak-Kanak dan Kaunseling, Bahagian Kompleks Pemulihan, Perlindungan dan Probesyen dan Bahagian Orang Kelainan Upaya. Kemudian sesi diteruskan dengan sesi soal jawab diantara ahli-ahli panel dan penghulu dan ketua kampong di Daerah Brunei Muara.



14 September 2019
MAJLIS PENUTUP PROGRAM INTERVENSI 360 KELOLAAN JABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT DAN JABATAN PENJARA

  Yang Mulia Awang Abdul Rahman bin Haji Apong, Pemangku Timbalan Pengarah di Jabatan Pembangunan Masyarakat; menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang Pegawai Penjara Maraburong


Program Intervensi 360 yang telah berlangsung selama 5 hari bermula 9 September hingga 14 September telah mengadakan majlis penyampaian penutup pada pagi tadi di Pusat Latihan Penjara, Maraburong.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ke majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Abdul Rahman bin Haji Apong, Pemangku Timbalan Pengarah di Jabatan Pembangunan Masyarakat; dan Yang Mulia Awang Haji Yussof bin Haji Mohamed, Penguasa Penjara Maraburong (Ketua Pusat Latihan).

Program ini merupakan kolaborasi tahunan di antara Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dan Jabatan Penjara yang diadakan sejak tahun 2017. Pada tahun ini seramai 12 orang klien di bawah Unit Probesyen JAPEM telah mengikuti program ini.

Antara objektif program ini ialah untuk memperkasa ketahanan mental dan fizikal bagi meningkatkan kesedaran agar tidak mengulangi kesalahan dengan mememupuk sikap tanggungjawab terhadap diri sendiri dan orang sekeliling serta membina pemikiran dan tingkah laku positif.

Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil kepada fasilitator-fasilitator dan para peserta dan penyampaian cenderahati daripada JAPEM kepada Pusat Latihan Penjara serta diikuti dengan bacaan doa selamat.



09 September 2019
Rombongan World Scout Bureau, Asia-Pacific Support Centre melalui Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam ke Pusat Bahagia, Brunei Muara

  Penyampaian sijil kepada Pengetua Pusat Bahagia diserahkan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap


Rombongan World Scout Bureau, Asia-Pacific Support Centre melalui Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam seramai 50 orang pengakap yang terdiri daripada 36 orang peserta dan 14 orang kakitangan yang di ketuai oleh Haji Awg Badar bin Haji Awg Ali, Ketua Pesuruhjaya Pengakap selaku pengerusi bengkel membuat lawatan ke Pusat Bahagia, Brunei Muara dalam “National Diversity and Inclusion Workshop”. .

Taklimat mengenai Pusat Bahagia disampaikan oleh Mohd Nasrullah El-Hakem bin Haji Mohammed; Pengetua Pusat Bahagia. Sejurus taklimat penyampaian sijil kepada Pengetua Pusat Bahagia diserahkan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap dan rombongan dibawa untuk melihat aktiviti yang ada di Pusat Bahagia seperti Face Painting, Handicraft, Cooking, and Drawing.



09 September 2019
Program Intervensi 360 kelolan Bahagian Perkhidmatan Kompleks Pemulihan, Pelindungan dan Probesyen, Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dengan kerjasama Jabatan Penjara

  Taklimat dan aktiviti-aktiviti yang akan dijalani peserta semasa didalam program tersebut disampaikan oleh Hamdani bin Mohd Salleh, Ketua Pegawai Penjara Maraburong.


Program Intervensi 360 kelolan Bahagian Perkhidmatan Kompleks Pemulihan, Pelindungan dan Probesyen, Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dengan kerjasama Jabatan Penjara telah dirasmikan pada 9 September 2019 di Pusat Latihan, Jabatan Penjara, Maraburong. Program ini akan berlangsung selama lima hari hingga 14 September yang disertai seramai 12 peserta dari bahagian tersebut. Taklimat dan aktiviti-aktiviti yang akan dijalani peserta semasa didalam program tersebut disampaikan oleh Hamdani bin Mohd Salleh, Ketua Pegawai Penjara Maraburong.

Program ini adalah projek tahunan bagi klien-klien JAPEM di bawah Unit Probesyen dan diperkenalkan sejak tahun 2017.

Antara objektif program ini adalah:

  • Memperkasa ketahanan mental dan fizikal
  • Meningkatkan kesedaran peserta untuk tidak mengulangi kesalahan.
  • Membantu membina pemikiran dan tingkah laku yang positif.
  • Memupuk sikap tanggungjawab terhadap diri sendiri dan orang sekeliling.
  • Membolehkan peserta berkongsi pandangan dan pengalaman untuk memperbaiki diri.

Melalui program ini diharapkan dapat memberikan pendedahan kepada peserta tentang nilai-nilai murni dalam membentuk jati diri yang baik untuk kekal positif dalam menghadapi apa jua cabaran dalam kehidupan.



08 September 2019
RIADAH BERBASIKAL KEPUTERAAN 2019

  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al- Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menyertai acara Riadah Berbasikal Keputeraan 2019 yang bermula dan berakhir di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien. Turut berangkat ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik; dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.


Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dalam penganjuran Riadah Berbasikal Keputeraan 2019 bekerjasama dengan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi serta penglibatan semua kementerian-kementerian yang lain serta Persekutuan Basikal Brunei Darussalam, memperlihatkan sukan diberi pengiktirafan, penghormatan dan penggalakkan yang sama penting dengan sektor sosial yang lain bagi mencapai matlamat pembangunan negara, perpaduan, dan kestabilan yang berterusan khususnya sukan berbasikal.

Pada tahun ini Riadah Berbasikal Keputeraan 2019 telah dianjurkan sempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-73 Tahun; dan Acara Riadah Berbasikal Keluarga Harmoni dan Belia Kebangsaan 2019 Sempena Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan Kali Ke-8 Tahun 2019 serta Sambutan Hari Belia Kebangsaan Kali Ke-14 Tahun 2019.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al- Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menyertai acara Riadah Berbasikal Keputeraan 2019 yang bermula dan berakhir di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien.

Turut berangkat ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik; dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

Keberangkatan baginda berserta Kerabat Diraja yang lain dijunjung oleh Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan; Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri; Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama; Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Md. Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan dan Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Acara tersebut turut disertai oleh menteri-menteri cabinet, timbalan-timbalan menteri, setiausaha-setiausaha tetap dan timbalan-timbalan setiausaha tetap, para jemputan dan orang ramai termasuk warga asing.

Acara riadah dimulakan dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung bagi menandatangani bingkai jersi khas sempena Riadah berbasikal Keputeraan 2019, diiringi dengan persembahan gulingtangan daripada gabungan Bahagian Kebudayaan dan Kesenian, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Kelab Komuniti Belia Transformasi (KKBT) dan nyanyian lagu Selamat Puja Usia oleh kumpulan koir seramai 20 orang terdiri daripada gabungan belia-belia Universiti Brunei Darussalam, Politeknik Brunei, Mukim Lumapas, Special Olympic Brunei Darussalam (SOBD) dan Kelab Komuniti Belia Transformasi (KKBT).

Upacara pelepasan riadah berbasikal bermula sejurus air horn dibunyikan

Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya mendahului riadah berbasikal mengelilingi Bandar Seri Begawan sejauh 11.50 kilometer dan melintasi jalan-jalan utama antaranya Jalan Sultan Omar ‘Ali Saifuddien, Jalan Kianggeh, Jalan Sekolah, Jalan Kumbang Pasang, Jalan Perdana Menteri, Jalan Haji Basir, Jalan Sultan dan berakhir di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.

Seterusnya, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima pesambah.

Selain riadah berbasikal, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berserta Kerabat Diraja turut menyaksikan secara lebih dekat lagi kemeriahan Bandarku Ceria di dalam Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien dengan pelbagai aktiviti.

Para peniaga-peniaga kecil dan sederhana yang sudah seperti biasanya berniaga di Bandarku Ceria setentunya tidak melepaskan peluang untuk berjaja pada hari tersebut.

Riadah Berbasikal Keputeraan 2019 ini dilaksanakan oleh para belia dengan tujuan bagi memberikan peluang dan kesedaran kepada para belia dalam aspek kekeluargaan dengan memfokuskan kepada pengukuhan institusi keluarga serta perubahan mindset yang lebih positif yang mana acara ini bertemakan ‘Belia Ceria Keluarga Bahagia’ dengan pengisian aktiviti dibahagikan kepada dua (2) zon dan dikendalikan oleh agensi kerajaan, swasta, persatuan-persatuan dan kelab-kelab belia, sukan dan yang berkaitan


04 September 2019
MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KEWANGAN KERAJAAN KEJADIAN BENCANA

  Hadir bagi penyerahan derma tersebut ialah Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.


Penyerahan derma kepada Mohd Nadzri bin Suasa telah disempurnakan pagi tadi bertempat Bilik Kunjungan, Tingkat 8, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Hadir bagi penyerahan derma tersebut ialah Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Turut hadir ke acara ini ialah Dayang Saidah binti Haji Wahid, Timbalan Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; Dayang Rostinah binti POKSSP Dato Paduka Haji Mohd. Tahir, Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat; dan pegawai-pegawai di Jabatan Pembangunan Masyarakat. Usaha ini menunjukkan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang mengalami musibah.