Bahasa Melayu | English         Size Teks : A  A  A       Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan        Jabatan Dibawah KKBS       Kementerian        Peta Laman

.

     Utama | About Us | Perkhidmatan | Institusi Kebajikan | Tips & Panduan | TPOR | Sebutharga | Hubungi Kami

.

 
 

.: Catatan Kegiatan Aktiviti Bagi Tahun 2020 |  Bagi Bulan : :.       


12 Februari 2020
MAJLIS PELANCARAN KEMPEN KESEDARAN IBU DAN ANAK

  Yang Berhormat Mejer Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan hadir selaku tetamu kehormat majlis.


Kempen Kesedaran Ibu dan Anak 2020 adalah kempen kesedaran sepadu bagi melindungi sekaligus membimbing ibu dan anak bersempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-36 tahun yang akan diraikan tidak lama lagi.

Kempen slogan 'Anak-Anak Pembentuk Masa Depan 2035' adalah bersesuaian dengan erti melindungi tunas bangsa kerana mereka adalah aset pewaris bangsa dan penerus generasi 2035.

Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyaksikan perlancarannya di The Mall, Gadong ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejer Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Kempen dijayakan bersama dengan Jabatan-jabatan dan Kementerian-kementerian terdiri dari Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; Kementerian Kesihatan; Pusat Dakwah Islamiah; Biro Kawalan Narkotik; Pasukan Polis Diraja Brunei dan Radio Televisyen Brunei serta persatuan bukan kerajaan iaitu Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam dan SMARTER.

Misi kempen adalah bagi memupuk kepekan minda masyarakat dalam menangani isu dan gejala sosial secara sepadu selain memberi bimbingan rohani dan sokongan daripada segi fizikal dan mental ke arah peningkatan kualiti hidup.

Galeri pameran bagi kempen tersebut akan diadakan selama lima hari bermula hari ini hingga 16 Februari 2020 bertempat di Ruang Legar, The Mall, Gadong bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Antara aktiviti yang diadakan adalah ceramah yang akan disampaikan oleh wakil daripada Pusat Dakwah Islamiah tentang ibu, anak dan tanggungjawab.

Beberapa pertandingan seperti mewarna, kuiz dan hafalan surah-surah pendek bagi kanak-kanak yang berumur 10 tahun ke bawah juga akan diadakan sepanjang kempen berlangsung.

Selain itu, pameran dari jabatan-jabatan dan kementerian-kementerian yang terlibat juga turut dipamerkan.

[Sumber: Pelita Brunei]

Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad - Penerangan


06 Februari 2020
MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KEWANGAN KERAJAAN KEPADA MANGSA KEJADIAN BENCANA BAGI DAERAH BRUNEI DAN MUARA

  Yang Berhormat Mejer Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan ketika menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima.


Majlis penyerahan bantuan kewangan kerajaan kepada mangsa bencana yang berlaku di beberapa buah kampung di Daerah Brunei dan Muara pada bulan Disember 2019 dan Januari 2020 telah menerima bantuan kewangan kerajaan daripada Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada pagi ini. Majlis berlangsung di Dewan Imtiyaz, Pusat Bahagia Brunei Muara, JAPEM.

Sejumlah $10,750.00 telah disumbangkan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui peruntukan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan kepada 14 orang ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian banjir di Kampung Kapok; Kampung Serasa; Kampung kilanas; Kampung Batong; dan kepada 4 orang ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran di Kampong Pengiran Bendahara Lama.

Hadir bagi menyampaikan bantuan tersebut ialah Yang Berhormat Mejer Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Turut hadir ke majlis ialah pegawai-pegawai kanan di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Jabatan Pembangunan Masyarakat dan Jabatan Daerah Brunei Muara.

Pemberian bantuan kewangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan kesusahan yang dialami oleh mangsa bagi meneruskan kehidupan seharian. Usaha ini menunjukkan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang mengalami musibah