| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts |

Pencarian Dalam Laman Ini << Klik di sini >>

Home : Info Jabatan : Perkhidmatan : Institusi Kebajikan : Borang On-line : TeleJAPEM : Maklum Balas : E-mail Kami :
Tips dan Panduan : Statistik :
 
 

CATATAN KEGIATAN AKTIVITI BAGI TAHUN 2003

 
28 Disember 2003
Majlis mengalu-alukan kontingen Negara Brunei Darussalam di The 2nd Asean Para Games Hanoi Vietnam 17 hingga 28 Disember 2003 berlangsung di Lapang Terbang Antarabangsa Berakas Brunei.

Hadir mengalu-alukan kontingen negara pada malam tadi ialah Yang Berhormat Menteri Kesihatan selaku Pmk. Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Seri Setia Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Awang Haji Jemat bin Haji Ampal dan Pengarah JAPEM, Datin Hajah Zaliha bte Haji Mohiddin.

Kontingen Negara Brunei Darussalam telah berjaya memperolehi 19 pingat (4 emas, 8 perak dan 7 gangsa). Seorang peserta negara, Awg Rosli bin Hj Hastan telah berjaya memperbarui rekod lama dalam acara rejam lembing.

Dalam sukan kali ini negara telah menghantar seramai 16 orang atlet dan 8 orang pegawai.
27 Disember 2003
Perjumpaan Pengarah Japem bersama penghulu-penghulu dan ketua-ketua kampong daerah tutong di adakan di bilik maufakat, Jabatan Daerah Tutong.

Hadir dimajlis tersebut Pegawai Daerah Tutong Awang Haji Hepnie Abang Haji Abu Hanifah.

Juga hadir pegawai-pegawai kanan Jabatan Pembangunan Masyarakat dan Jabatan Daerah Tutong.
23 Disember 2003
Majlis Sambutan Hari Warga Tua telah diadakan di Banquet Hall, Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas dengan tema sambutan “Kasih Tanpa Sempadan”.

Hadir selaku Tetamu Kehormat pada pagi itu Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato Seri Paduka (Dr.) Haji Awang Hussein bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Diraja Dato Laila Utam Haji Awang Mohd Yusof, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan.

Persembahan sketsa “Titian Kasih” dan persembahan tarian wasini  daripada warga JAPEM adalah persembahan yang menarik minat para jemputan. Majlis juga diserikan dengan persembahan Sayembara syair, Persembahan lagu berpasang warga 60 tahun keatas, persembahan koir dan berdondang daripada Penduduk Kampong Tamoi.

Tetamu kehormat juga berkesudian menyampaikan hadiah kepada para pemenang dalam peraduan membaca syair.

Pameran hasil kerajinan dan kraftangan warga tua juga dipemarkan.
17 Disember 2003

Majlis penyampaian bendera Negara Brunei Darussalam kepada kontengen The 2nd Asean Para Games Hanoi Vietnam 17 hingga 28 Disember 2003 berlangsung di Lapang Terbang Antarabangsa Berakas Brunei.

Bendera Negara Brunei Darussalam telah disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan selaku Pmk. Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Seri Setia Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong kepada Chef-de-Mission Dayang Hajah Mordiah bte Haji Jackia.

Negara Brunei Darussalam akan menyertai sebanyak 3 acara iaitu renang, belapan dan padang dan angkat berat. Seramai 16 orang atlet dan 10 orang pegawai mewakili negara di temasya dwi tahunan kali ini.

Pada 1st Asean Para Games Kuala Lumpur negara telah memperolehi 8 pingat ( 4 Pingat Emas, 2 Pingat Perak dan 4 Pingat Gangsa). 

10 Disember 2003

Majlis Sambutan Hari Raya dan Penyampaian Derma Warga Istimewa Daerah Belait bagi tahun 2003 telah diadakan di Pusat Bahagia Eric Goh, Jabatan Pembangunan Masyarakat.

Majlis anjuran bersama Pusat Bahagia Eric Goh, Jabatan Pembangunan Masyarakat dan Jabatan Daerah Belait bertemakan "Kasih Tanpa Sempadan".

Sebanyak 3 set komputer dan 1 unit machine foto copy sumbangan derma daripada Tabung orang-orang cacat Daerah Belait kepada Pusat Bahagia Eric Goh, Jabatan Pembangunan Masyarakat telah disampaikan oleh Pegawai Daerah Belait Awang Adnan bin Haji Hanafiah.

04 Disember 2003

Majlis Sambutan Hari Raya Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan-jabatan di bawahnya anjuran Jabatan Pembangunan Masyarakat telah diadakan di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas dengan tema sambutan "Kasih Tanpa Sempadan".

Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis pada pagi itu, Menteri Kesihatan selaku Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Seri Setia Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.

Pada Majlis tersebut Tetamu Kehormat majlis telah menyampaikan sijil-sijil penghargaan kepada penderma-penderma alat-alat perkakas bagi Rumah-Rumah Kebajikan Kg Pulaie.

Majlis diserikan lagi dengan persembahan dan lawak jenaka.

Best Viewed in 800x600 resolution with Internet Explorer

Arkib

Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan Bandar Seri Begawan BC 4415 Negara Brunei Darussalam
Telefon: 673 2 380664 / 2380667 / 2380678 E-mail:info@japem.gov.bn