| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts |

Pencarian Dalam Laman Ini << Klik di sini >>

Home : Info Jabatan : Perkhidmatan : Institusi Kebajikan : Borang On-line : TeleJAPEM : Maklum Balas : E-mail Kami :
Tips dan Panduan : Statistik :
 
 

CATATAN KEGIATAN AKTIVITI BAGI TAHUN 2003

 
26 April 2003
Satu ceramah motivasi yang bertajuk 'Menghadapi Cabaran Ibu Tunggal' telah diadakan di Dewan Citrabudaya Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan. Ceramah telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Dayang Hajah Mordiah bte Haji Jackia.
26 April 2003
Forum Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak 'Convention On Right Of Children' telah berlansung di Dewan Bandaran Daerah Belait. Forum tersebut telah dipengerusikan oleh Yang Mulia Timbalan Pengarah, Jabatan Pembangunan Masyarakat Dayang Hajah Mordiah bte Haji Jackia. Hadir selaku tetamu kehormat pada pagi itu, Pegawai Daerah Belait.
16 April 2003
Penerbangan Diraja Brunei (RBA) telah menyumbangkan 3200 beg 'Skyrider' ke Tabung Bantuan Kanak-Kanak Sekolah. Majlis berlangsung di Bilik Mesyuarat JAPEM Tingkat 2 Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan. Pengarah Perkhidmatan Pelanggan RBA, Pg Hj Kamarulzaman bin Pg Mohd Salleh menyerahkan sumbangan tersebut kepada Pengarah JAPEM, Dayang Hajah Zaliha bte Hj Mohiddin.
15 April 2003
Satu majlis penyerahan Derma yang berupa cek sebanyak $ 10,000.00 dan barang permainan kanak-kanak dari Jerudong Park and Country Club (JPCC) ke Tabung Bantuan Tajaan Kanak-Kanak Sekolah telah diadakan di Bilik Mesyuarat JAPEM Tingkat 2 Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pengarah Urusan JPCC, Awang Hj Md Denis bin Hj Rosli kepada Pengarah JAPEM, Dayang Hajah Zaliha bte Hj Mohiddin.
14 April 2003
Majlis Pelancaran Tabung Bantuan Kemanusiaan Rakyat Iraq telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan. Jabatan Pembangunan Masyarakat adalah dilantik sebagai Urus Setia Tabung berkenaan.
10 April 2003
Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Kursus Kesedaran Peribadi telah diadakan di Outward Bound Brunei Darussalam Kampong Batang Duri Temburong. Seramai 26 orang pegawai dan kakitangan Jabatan Pembangunan Masyarakat bahagian 3 hingga 5 telah berjaya menamatkan kursus  selama 6 hari. Sijil-sijil telah disampaikan oleh tetamu kehormat pada pagi itu, Yang Mulia Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat Dayang Hajah Zaliha bte Haji Mohiddin.
Best Viewed in 800x600 resolution with Internet Explorer

Arkib

Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan Bandar Seri Begawan BC 4415 Negara Brunei Darussalam
Telefon: 673 2 380664 / 2380667 / 2380678 E-mail:info@japem.gov.bn