| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts |

Pencarian Dalam Laman Ini << Klik di sini >>

Home : Info Jabatan : Perkhidmatan : Institusi Kebajikan : Borang On-line : TeleJAPEM : Maklum Balas : E-mail Kami :
Tips dan Panduan : Statistik :
 
 

CATATAN KEGIATAN AKTIVITI BAGI TAHUN 2003

 
29 Mac 2003
Majlis Perasmian Mesyuarat Agong Kali Pertama Tabung Bantuan Tajaan Kanak-Kanak Sekolah (TBTKKS) telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya DiGadong Seri Lela Dato Seri Paduka (Dr.) Hj Awang Hussain Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan. Majlis berlangsung di Dewan DiGadong Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.
27 Mac 2003
Majlis Penyerahan dan Perasmian Pusat Bahagia Eric Goh kepada Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan telah berlangsung di Jalan Pandan Lima Kuala Belait. Yang Berhormat Pehin Orang Kaya DiGadong Seri Lela Dato Seri Paduka (Dr.) Hj Awang Hussain bin Pehin Orang Kaya DiGadong Seri Diraja Dato Laila Utama Hj Awang Mohd Yusof, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan hadir selaku tetamu kehormat dan berkesudian untuk membuka rasmi Pusat tersebut yang berharga $ 350,000.00. 

Terdahulu sebelum itu, penyerahan kunci Bangunan Pusat Bahagia Eric Goh Trust Fund telah disempurnakan oleh Jake Goh Kiat Hing kepada yang Mulia Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat, Dayang Hajah Zaliha bte Haji Mohiddin.
15 Mac 2003
Pmk Penolong Pengarah 11, Awang Ramlan bin Hj Ahmad dan Pengetua, Awang Abd Rahman bin Apong telah menghadiri mesyuarat "Meeting Of Leader Of Sports For The Disables APSF and Meeting Of Sports and Rule Commitee Of The 2nd Asean Para Games" di Hanoi, Vietnam pada 14-15 Mac 2003.
8 Mac 2003
Majlis Khatam Al-Quran dan Sambutan Awal Tahun Baru Hijrah 1424 bagi Taman Noor Hidayah telah diadakan di Dewan Serbaguna Jabatan Pembangunan Masyarakat Kg Pulaie. Hadir selaku tetamu kehormat pada petang tersebut ialah Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat siapa yang mendahului menabur Bunga Rampai kepada para peserta khatam dan diikuti oleh para jemputan, ibubapa dan penjaga penghuni-penghuni.
3 Mac 2003
Pmk. Penolong Pengarah 1, Awang Mohd Hussaini bin Abdullah dan Pekerja Kanan Pembangunan Masyarakat, Awang Haji Saidin bin Abas telah menghadiri mesyuarat "The 2nd Regional Seminar For Asean Project On Early Child Care And Development Phase 11" di Bangkok Thailand pada 3-6 Mac 2003.
Best Viewed in 800x600 resolution with Internet Explorer

Arkib

Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan Bandar Seri Begawan BC 4415 Negara Brunei Darussalam
Telefon: 673 2 380664 / 2380667 / 2380678 E-mail:info@japem.gov.bn