| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts |

Pencarian Dalam Laman Ini << Klik di sini >>

Home : Info Jabatan : Perkhidmatan : Institusi Kebajikan : Borang On-line : TeleJAPEM : Maklum Balas : E-mail Kami :
Tips dan Panduan : Statistik :
 
 

CATATAN KEGIATAN AKTIVITI BAGI TAHUN 2003

 
31 Ogos 2003
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah berkenan berangkat merasmikan Majlis Perasmian Perhimpunan Kanak-kanak Peringkat Kebangsaan di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah. Juga turut berangkat Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolqiah.
26 Ogos 2003
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan berangkat membuat lawatan ke Kompleks Rumah-rumah Kebajikan, Pulaie.
23 Ogos 2003
Satu sesi forum motivasi mengenai dengan visi dan misi JAPEM telah diadakan di Dewan Citra Budaya, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan. Penceramah pada petang itu ialah Yang Mulia Datin Hajah Zaliha bte Haj Mohiddin, Pengarah JAPEM. Ceramah tersebut adalah bertujuan untuk memberigakan visi dan misi Jabatan dikalangan para pegawai dan kakitangan JAPEM.
5 Ogos 2003
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, berkenan berangkat melawat Rumah Kebajikan, Pusat Bahagia dan Pusat Latihan Pekerjaan Orang-orang Kurang Upaya, Jabatan Pembangunan Masyarakat, di kampong Pulaie.
3 Ogos 2003
Seramai 7 orang pegawai dan kakitangan JAPEM telah melakukan lawatan kerja ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia mulai hari ini hingga 9 Ogos 2003. Lawatan tersebut telah diketuai oleh Pegawai Tugas-Tugas Khas JAPEM, Dayang Hajah Sarinah bte Haji Umar.
Best Viewed in 800x600 resolution with Internet Explorer

Arkib

Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan Bandar Seri Begawan BC 4415 Negara Brunei Darussalam
Telefon: 673 2 380664 / 2380667 / 2380678 E-mail:info@japem.gov.bn