Petikan Titah

'Beralih pula kepada isu-isu sosial. Dalam sebuah negara yang sedang pesat membangun seperti negara kita, tidak dapat dielakkan bahawa disamping unsur-unsur positif yang dibawa oleh arus pembangunan, akan tersisip pula unsur-unsur negatif yang mana jika tidak ditangani dengan bijaksana, lambat laun akan merosakkan sendi-sendi keharmornian masyarakat. Unsur-unsur negatif tersebut dapat dikesan daripada isu-isu sosial yang sedang melanda para belia dan remaja kita, dimana setengahnya itu sedang terperangkap oleh budaya global yang bercanggah dengan tata susila yang sempurna."

'Maka untuk ini, sebuah Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan Bagi Menangani Isu-Isu Sosial telahpun ditubuhkan di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan yang keanggotaannya termasuklah agensi-agensi Kerajaan dan Bukan Kerajaan. Jawatankuasa berkenaan mempunyai tugas antara lain untuk menyediakan Plan Bertindak ke atas isu-isu sosial agar ianya dapat diatasi, ataupun setidak-tidaknya dikurangkan ke tahap yang minima. Jawatankuasa ini juga menyediakan program-program pendidikan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai dan juga untuk mengujudkan masyarakat prihatin terhadap isu sosial itu.'

Titah sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
pada 15 Julai 2001

Mengenai ISUSOSIAL

Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan Menangani Isu Sosial telah ditubuhkan pada awal tahun 2000. Sebelum tertubuhnya jawatankuasa ini, pada bulan Februari 1998 Jabatan Perdana Menteri telah menubuhkan 3 Badan Bertindak bagi menangani kes-kes pelacuran seperti berikut:-

BADAN BERTINDAK I:

Dipengerusikan oleh Jabatan Perdana Menteri berfungsi untuk mendapatkan tempat yang sesuai bagi tujuan pemulihan dan memberikan keperluan lain seperti kakitangan secara berperingkat.

BADAN BERTINDAK II:

Dipengerusikan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan melibatkan Persatuan-Persatuan Bukan Kerajaan (NGOs) khususnya persatuan-persatuan wanita bagi sama-sama menangani isu sosial yang ada masa ini ditangani oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

BADAN BERTINDAK III:

Dipengerusikan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei yang akan memastikan undang-undang yang berkenaan dikemaskini dan dikuatkuasakan bagi membolehkan yang terbabit didakwa di Mahkamah.

Badan Bertindak II menyedari bahawa selain daripada isu pelacuran terdapat juga isu-isu sosial lain yang perlu ditangani. Oleh kerana bidang tugas Badan Bertindak II hanyalah terhad kepada isu pelacuran dan mempunyai "time frame", maka badan bertindak ini telah mencadangkan supaya sebuah Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan Menangani Isu Sosial ditubuhkan. Cadangan ini telahpun dihadapkan kepada Jabatan Perdana Menteri dan mendapat titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui surat Jabatan Perdana Menteri Bil.JPM/S/B/12 bertarikh 12 Januari 2000.

Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan Menangani Isu Sosial

Pengerusi

- Setiausaha Tetap
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

Setiausaha 

- Pengarah Pembangunan Masyarakat

Ahli

- Setiausaha Tetap, Jabatan Perdana Menteri atau Wakil
Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri atau Wakil
Setiausaha Tetap, Kementerian Pendidikan atau Wakil
Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama atau Wakil
Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei atau Wakil
Pengarah Belia dan Sukan
Pegawai Daerah Brunei Muara
Pegawai Daerah Belait
Pegawai Daerah Tutong
Pegawai Daerah Temburong
Wakil Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Yang Dipertua Majlis Belia Brunei
Yang Dipertua Majlis Wanita Negara Brunei Brunei Darussalam
Yang Dipertua Majlis Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei

Urus Setia

- Jabatan Pembangunan Masyarakat
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

 

Bidang Tugas

  1. Mengenalpasti isu-isu sosial yang berlaku di Negara Brunei Darussalam

  2. Menangani isu-isu sosial mengikut keutamaan

  3. Menyediakan Pelan Bertindak mengenai isu-isu sosial yang telah dikenalpasti

  4. Mengambil tindakan terhadap isu-isu sosial yang berlaku di negara ini supaya dapat dikurangkan ke tahap minima.

  5. Menyediakan maklumat bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap isu-isu sosial semasa melalui media cetak dan elektronik.

  6. Membuat kajiselidik mengenai isu-isu sosial semasa.

  7. Menyediakan program pendidikan pencegahan seperti forum, bengkel, ceramah dan seminar untuk disebarluaskan kepada orang ramai dan kumpulan-kumpulan tertentu mengenai isu-isu sosial yang berlaku di negara ini.

  8. Menyediakan program-program yang menjurus kepada keluarga harmoni, bahagia, sikap pemedulian dan masyarakat prihatin (caring society).

  9. Memastikan kerjasama yang erat antara agensi Kerajaan dan bukan Kerajaan yang terdiri dari sektor swasta, persatuan-persatuan sukarela, kebajikan dan wanita, badan korporat dan perniagaan, individu dan lain-lain dalam menangani isu sosial semasa.

  10. Mendapatkan maklumat dan kerjasama daripada agensi-agensi luar negeri dan badan-badan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan serantau seperti United Nations, Commonwealth, ASEAN dan lain-lain dalam hal ehwal yang berkaitan dengan isu-isu sosial.

  11. Menubuhkan beberapa jawatankuasa kerja atau kecil jika perlu dan bersesuaian.

Masalah Sosial

Jenis-Jenis Masalah Jenayah

Maklumat yang diperolehi daripada Pasukan Polis Diraja Brunei, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Taraf Kebangsaan, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan mencatatkan berbagai masalah dan isu sosial yang telah berlaku di negara ini. Masalah ini dapat dibahagikan kepada 2 kategori: masalah sosial yang melibatkan orang lain sebagai mangsa (victim group) dan masalah sosial yang melibatkan pelaku itu sendiri sebagai mangsa (non-victim group).

  1. Masalah Yang Melibatkan Orang Lain Sebagai Mangsa (Victim)

  • Memugut

  • Mengaibkan kehormatan wanita

  • Membuang anak

  • Berkelahi

  • Menjatuhkan maruah

  • Sumbang Mahram

  • Rogol

  • Menyamar sebagai Pegawai Kerajaan

  • Mencuri

  • Pecah rumah

  • Peras Ugut

  • Merompak

 

  1. Masalah Yang Tidak Melibatkan Orang Lain Sebagai Mangsa (Non-victim)

  • Melepak

  • Lari dari tahanan polis

  • Berjudi

  • Persetubuhan haram (illicit intercourse)

  • Meminum minuman keras

  • Terlibat dalam kumpulan samseng

  • Seks bebas

  • Lari dari sekolah

  • Memandu tanpa lesen

  • Cuba bunuh diri

  • Kurang ajar/tidak hormat orang tua

  • Merokok

  • Penyalahgunaan dadah

  • Pelacuran

Punca Masalah

Punca Utama

  1. Masalah Kerohanian

Kanak-kanak/remaja adalah aset negara yang memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar yang baik, terutamanya penerapan nilai-nilai kerohanian. Penerapan nilai-nilai murni bermula daripada keluarga itu sendiri. Ibu bapa yang mampat rohaninya dengan ajaran-ajaran keagamaan akan dapat membimbing dan mempengaruhi anaknya menjadi anak yang baik. Kanak-kanak/remaja yang terjerumus dalam kegiatan anti sosial adalah disebabkan kurangnya didikan dan pengetahuan serta penghayatan agama.

  • Kurang didikan, pengetahuan, penghayatan agama

  • Ibu bapa tidak mempunyai didikan asas agama

  • Ibu bapa mengabaikan tanggungjawab

  • Ibu bapa kurang/tidak mempunyai pengetahuan agama

 

  1. Masalah Keluarga

Ibu bapa adalah tunggak dalam sesebuah keluarga dan boleh mempengaruhi cara hidup anak-anak dalam keluarga berkenaan. Ada sebilangan ibu bapa yang tidak menghiraukan apa yang dilakukan oleh anak-anak mereka. Jika berlaku perceraian dalam keluarga tersebut sudah pasti akan meninggalkan kesan negatif kepada anak-anak. Anak-anak akan memberontak dan mengikut haluan sendiri, dan ditambah lagi dengan pengaruh kawan mungkin mereka akan terjerumus ke dalam kegiatan yang tidak sihat.

  • Ibu bapa berpisah/bercerai

  • Kurang perhatian

  • Ibu bapa tidak mengambil tahu masalah anak-anak

  • Konflik dalam rumahtangga

  • Pengabaian

  • Kurang Kawalan

 

  1. Masalah Persekitaran

Kawalan dalam (locus control) kanak-kanak/remaja yang tidak mantap akan menimbulkan masalah dalaman kepada keluarga itu sendiri. Mereka ini memerlukan kawan yang dapat membantunya dalam menangani masalahnya. Perasaan tidak yakin diri dapat mendorongnya untuk mencuba perkara-perkara baru yang pernah dirasainya setelah masuk dalam sesuatu kumpulan. Antara masalah persekitaran yang dapat mempengaruhi remaja terjerumus ke dalam kegiatan anti-sosial adalah:

  • Bosan/tekanan

  • Pengaruh negatif media massa

  • Ingin mencuba/pantang dicabar

  • Pengaruh kawan-kawan

  • Rendah harga diri (low self-esteem)

  • Kebiasaan (habitual)

  • Kecewa

  • Merasa tidak dipedulikan

 

  1. Masalah Ekonomi

Status sosio-ekonomi dalam keluarga boleh mempengaruhi didikan dalam keluarga. Mengikut beberapa buah kes yang ditangani, antara punca yang menyebabkan terjerumusnya remaja dalam aktiviti yang tidak sihat seperti mencuri adalah disebabkan oleh masalah kewangan. Ada yang ingin hidup mewah dengan cara yang lebih mudah dan cepat. Antara faktor yang menyumbang kepada masalah sosial adalah:

  • Kemiskinan

  • Mengamalkan cara hidup mewah

  • Menganggur atau tidak mempunyai pekerjaan

  • Kesempitan kewangan

  • Banyak hutang

  • Kos kehidupan yang tinggi (high cost of living)

  • Peluang pekerjaan yang tidak seimbang dengan kelulusan/kebolehan (mismatches job opportunities)

  • Tatacara dan syarat-syarat pinjaman yang dikenakan oleh bank-bank institusi-institusi kewangan yang sangat "rigid"

Pelan Tindakan

Program Semasa

  1. Menubuhkan Jawatankuasa-Jawatankuasa Kecil seperti:

  • Jawatankuasa Kecil Penempatan bagi mendapatkan pusat penempatan sementara untuk remaja-remaja lelaki yang bermasalah;

  • Jawatankuasa Kecil Publisiti;

  • Jawatankuasa Kecil Peringkat Daerah;

  • Jawatankuasa Kecil Peringkat Persatuan;

  • Jawatankuasa Kecil Bagi Menangani Isu Sosial Di Kalangan Penuntut Sekolah;

  • Jawatankuasa Kecil Tajaan;

  • Penyelaras Pengawasan.

  1. Mengumpul stastistik/data yang berkaitan dengan masalah sosial.

  2. Membuat kajian akademik mengenai isu-isu sosial yang telah dikenalpasti oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat.

  3. Mengedarkan risalah-risalah (leaflet) mengenai masalah sosial. Setakat ini sebanyak 2 buah risalah telah diedarkan iaitu "Anak Adalah Amanah Allah" dan "Berhati-hati dan Hindari Dari Menjadi Mangsa Eksploitasi Seks".

  4. Mengadakan jerayawara (roadshow) ke sekolah-sekolah.

  5. Melantik Pengarah Biro Kawalan Narkotik sebagai Ahli Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan Menangani Isu Sosial.

  6. Mengadakan Seminar Kebangsaan Menangani Isu Sosial.

  7. Mengadakan ceramah mengenai 'parenting skills'.

  8. Menyiarkan segmen/rancangan-rancangan kaunseling keluarga, korporat dan perundangan Islam dan juga promo 'hotline' isu sosial melalui Televisyen Brunei

Program Jangka Pendek

Beberapa usaha dan pelaksanaan bersepadu perlu dilaksanakan secara berterusan sama ada dalam program jangka pendek atau jangka panjang dalam menangani dan mengatasi isu sosial. Pencegahan adalah satu strategi utama kerana mencegah adalah lebih baik daripada memperbaiki, sama ada isu sosial itu serius atau sebaliknya. Pelan Tindakan bukan hanya bersifat mencegah dan bersepadu, malahan juga bertujuan bagi memastikan kadar peratus keterlibatan remaja dalam isu sosial berkurangan dari masa ke semasa.

PROGRAM JANGKA PENDEK

  • Memperkesankan kempen anti merokok

  • Mengukuhkan peranan Institusi Keluarga

  • Menyediakan Perkhidmatan Kaunseling

  • Meningkatkan Program Untuk Remaja

  • Memperluaskan Program Latihan Kemahiran

  • Melibatkan peranan agensi bukan Kerajaan/Persatuan-persatuan/Institusi dan Ketua Kampong

  • Menambah dan mempelbagaikan bahan-bahan bacaan di Perpustakaan Awam atau di Institusi-Institusi Pendidikan

  • Penyebaran maklumat bagi memberi kefahaman dan kesedaran

  • Mengadakan latihan/kursus pendek

  • Mengadakan Pusat Perlindungan Sementara bagi remaja lelaki yang bermasalah

Program Jangka Panjang

Beberapa usaha dan pelaksanaan bersepadu perlu dilaksanakan secara berterusan sama ada dalam program jangka pendek atau jangka panjang dalam menangani dan mengatasi isu sosial. Pencegahan adalah satu strategi utama kerana mencegah adalah lebih baik daripada memperbaiki, sama ada isu sosial itu serius atau sebaliknya. Pelan Tindakan bukan hanya bersifat mencegah dan bersepadu, malahan juga bertujuan bagi memastikan kadar peratus keterlibatan remaja dalam isu sosial berkurangan dari masa ke semasa.

PROGRAM JANGKA PANJANG

  • Membina bangunan kekal Pusat Pemulihan dan Perlindungan untuk remaja lelaki yang bermasalah

  • Menyediakan kemudahan rangkaian IT di tempat-tempat yang mudah diakses oleh remaja

  • Menyediakan Perkhidmatan Skim Pinjaman Mudah

  • Menubuhkan Pusat Maklumat Belia (One Stop Youth Information Centre)

  • Melaksanakan dan menguatkuasakan Undang-undang

  • Membuat kajian akademik mengenai remaja

  • Mengadakan perkhidmatan pemulihan dalam komuniti

  • Menyediakan pusat/tempat remaja membuat aktiviti/program

Bantuan Awda

Sila isikan borang dibawah:

Masalah atau
Kes Dilaporkan

Butir-Butir Pengadu
Nama
Alamat
Daerah
No KP
Warna
Jantina
No. Telefon
Email
Kaitan

Keterangan


Butir Kes Yang Dilaporkan/Diadukan
Nama
Alamat
Daerah
 
Saya mengaku bahawa semua keterangan di atas adalah benar