Bahasa Melayu | English         Size Teks : A  A  A       Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan        Jabatan Dibawah KKBS       Kementerian        Peta Laman

.

     Utama | Mengenai Kami| Perkhidmatan | Institusi Kebajikan | Tips & Panduan | TPOR | Sebutharga | Hubungi Kami

.

 

.: Perkhidmatan | Bantuan Sekaligus :.

 

Bantuan ini dihulurkan bagi membantu mangsa-mangsa bencana alam dan mereka-mereka yang memerlukan:-

  • Banjir

  • Kebakaran

  • Angin Kencang

  • Tanah Runtuh

  • Bantuan membaiki Rumah / Membuat Rumah bagi orang-orang susah

  • Bantuan Peralatan Sekolah (melalui tajaan / tabung-tabung kebajikan)

  • Bantuan Makanan Asas

BANTUAN BENCANA ALAM

Bantuan ini diberikan serta merta dan perkhidmatan yang diperlukan oleh mangsa-mangsa yamg mengalami musibah dari bencana alam, dengan meyediakan keperluan seperti tempat tinggal sementara, barang makanan untuk seminggu, pakaian termasuk pakaian seragam sekolah dan sebagainya. Begitu juga bantuan derma sekaligus akan dihulurkan melalui pihak-pihak tertentu dan juga dari tabung-tabung kebajikan yang lain. Sokongan lain ialah untuk mendapatkan peruntukan rumah kerajaan (jika berhak) dan juga sokongan untuk mendapatkan Skim Perumahan Kerajaan.

BANTUAN PERUMAHAN

Berperanan sebagai membantu mereka yang kurang bernasib baik dan tidak mampu untuk membina atau membaiki rumah, seperti orang susah, balu janda dan orang kurang upaya.

Perkhidmatan Yang Ditawarkan

  • Mengendalikan permohonan membaiki atau membina rumah di atas Tanah Lesen Tumpang Sementara (TOL) dan Kawasan kawalan Jabatan Tanah / Jabatan Daerah.

  • Membantu pemohon untuk mendapatkan bekalan air dan api eletrik.

  • Menghubungi Penghulu / Ketua Kampong dan agensi-agensi kerajaan yang lain, pihak swasta dan sukarelawan untuk mendapatkan tenaga sukarela.

  • Membuat pembelian barang-barang binaan.

  • Memberikan khidmat nasihat.

Proses Permohonan

  • Pemohonan hendaklah disalurkan melalui Penghulu / Ketua kampong.

  • Pekerja Pembangunan Masyarakat membuat lawatan ke rumah untuk temubual.

  • Jawatankuasa Khas akan meneliti dan menilai setiap laporan yang dihadapkan.

  • Pemohon akan dimaklumkan berhubung permohonan tersebut melalui surat rasmi.