Bahasa Melayu | English         Size Teks : A  A  A       Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan        Jabatan Dibawah KKBS       Kementerian        Peta Laman

.

     Utama | Mengenai Kami | Perkhidmatan | Institusi Kebajikan | Tips & Panduan | TPOR | Sebutharga | Hubungi Kami

.

 

.: Perkhidmatan | Pekerjaan Dan Keusahawanan :.

Dalam usaha untuk menggeluarkan penerima bantuan daripada kepompong kemiskinan, Jabatan Pembangunan Masyarakat telah pun meningkatkan keberkesanan program-program bantuan kebajikan termasuk mengadakan program-program baru yang bertujuan untuk membantu mereka menanamkan sifat berdikari, bertanggungjawab dan turut sama menyumbang kepada pembangunan negara. Antara program-program yang diungkayahkan adalah seperti berikut:-

  1. Program Pelan Pekerjaan (PP)

  2. Program Berniaga Dari Rumah (BDR)

  3. Program Inovasi Belia Berwawasan (PIBB)

  4. Program Perkasa Komuniti (PPK)

PROGRAM PELAN PEKERJAAN (PP)

Program ini dikhususkan untuk membantu individu atau keluarga yang menerima bantuan kebajikan untuk mendapatkan perkerjaan serta memudahkan permohonan mereka dipertimbangkan oleh pihak yang berkenaan.

Peranan utama:

  • Mencarikan pekerjaan yang bersesuaian dengan peserta.

  • Bekerjasama dengan syarikat-syarikat dan gedung-gedung perniagaan untuk memberikan peluang pekerjaan kepada peserta-peserta dibawah program ini.

  • Membantu membuatkan Curriculum Vitae bagi individu yang tidak mempunyai computer atau kemahiran untuk membuatnya.

  • Membuat sokongan perkerjaan kepada pihak berkenaan.

  • Membantu meningkatkan keupayaan peserta melalui bengkel-bengkel/kursus-kursus seperti kursus Digital literacy, penyediaan curriculum vitae dan cara-cara menjawab temuduga. Bengkel-bengkel/kursus-kursus ini dijalankan dengan kerjasama dengan beberapa agensi dan persatuan.

PROGRAM BERNIAGA DARI RUMAH (BDR)

Program ini memberikan peluang kepada individu yang menerima bantuan kebajikan yang tidak berkeupayaan untuk bekerja seperti masalah menjaga anak atau kenderaan tetapi mempunyai keinginan untuk memulakan perniagaan atau mempunyai kemahiran yang dapat digunakan untuk membuat perusahaan secara kecil-kecilan. Pihak JAPEM akan membantu peserta dibawah program ini seperti:-

  • Memasarkan produk-produk mereka

  • Memberikan latihan kemahiran

  • Mendapatkan modal perniagaan.

PROGRAM INOVASI BELIA BERWAWASAN (PIBB)

Program ini diadakan bertujuan untuk memberikan kemahiran dan memperkasa belia bagi mengeluarkan belia dari kepompong kemiskinan serta memperlengkapkan mereka dengan kemahiran-kemahiran asas alaf ke 21 dan mempersediakan mereka memasuki alam pekerjaan.

Program ini mensasarkan anak-anak penerima bantuan yang berumur di antara 16-21 tahun yang tidak mempunyai pekerjaan dan tidak lagi bersekolah.

Format program:

Program ini mengambil masa 6 bulan dan mengandungi 3 fasa yang akan melibatkan beberapa institusi, jabatan kerajaan dan pihak swasta.

  • Fasa 1: Penghijrahan Diri Dan Minda

Dikendalikan sepenuhnya oleh pihak penggelola Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) dan akan berjalan selama 3 bulan untuk membimbing peserta menjadi belia yang bertanggungjawab, berdisiplin, dan berkeyakinan diri.

  • Fasa 2: Latihan Kemahiran Asas Alaf Ke-21

Dikendalikan oleh Politeknik Brunei dan akan berjalan selama 3 bulan. Para peserta akan mengikuti satu sukatan pelajaran kemahiran asas alaf ke-21 yang merangkumi; kemahiran asas pengunaan komputer, asas keusahawanan (seperti buku kira-kira), asas berkomunikasi dalam Bahasa inggeris.

  • Fasa 3: Penempatan Pekerjaan

Penempatan kerja selama 3 bulan di beberapa syarikat swasta yang telah dikenalpasti oleh pihak JAPEM.

PROGRAM PERKASA KOMUNITI (PPK)

Program ini menawarkan latihan kemahiran, latihan keusahawanan, kemahiran perniagaan dan pembangunan diri kepada orang-orang susah yang menerima bantuan kebajikan bulanan JAPEM. Program akan dijalankan selama 3 bulan sahaja bertempat di Pusat Pembangunan Belia (PPB).

Matlamat utama:

  • Mengubah pradigma, sikap dan pemikiran klien dari golongan penerima bantuan daripada bergantung sepenuhnya kepada bantuan kebajikan.

  • Memperkasa penerima bantuan dengan memberikan latihan kemahiran mengikut keupayaan dan keperluan setiap individu sebagai langkah intervensi yang bersesuaian.

  • Dikhususkan bagi pemohon-pemohon yang mempunyai kebolehan asas untuk menjana pendapatan tetapi tidak mempunyai kelulusan ataupun kemahiran yang berpatutan untuk memanfaatkan peluang pekerjaan ataupun perniagaan yang ada di pasaran.

  • Menggalakkan sikap sara diri (self-sustainable) ingin berdaya-mahu dan berdaya-tahan di kalangan kumpulan sasaran.

  • Disamping itu juga, membantu mengurangkan kadar kemiskinan di Negara Brunei Darussalam.