.: Tip dan Panduan | BERWASPADA INFLUENZA A (H1N1) :.

 

10 Langkah Untuk memastikan Diri Daripada Dijangkiti :

1. Sentiasa mencuci tangan.

2. Elakkan mendampingi mereka yang sakit.

3. Berehat di rumah, jika kurang sihat.

4. Tutup hidung dan mulut semasa batuk atau bersin.

5. Elakkan daripada menyentuh mata, hidung dan mulut, kerana virus Influenza boleh merebak melalui permukaan yang tercemar.

6. Jauhkan diri daripada orang lain, jika sakit.

7. Amalkan cara hidup yang sihat.

  • Jangan merokok

  • Dapatkan tidur yang mencukupi

  • Bersenam secara tetap/ sentiasa aktif

  • Atasi stress

  • Banyakan minum air

  • Amalkan pemakanan seimbang dan berkhasiat

8. Tangguh perjalanan ke luar negeri, jika awda sakit.

9. Berjumpa doktor jika awda jatuh sakit.

10. Ikuti perkembangan maklumat Kementerian Kesihatan dari semasa ke semasa.
 

Jika awda menghidapi sebarang tanda-tanda seperti yang tersebut di bawah dan telah mengunjungi tempat-tempat yang terjejas dalam jangka masa 7 - 10 hari yang lalu, segera berjumpa di pusat-pusat kesihatan atau hospital yang berdekatan untuk mendapatkan pemeriksaan doktor dan rawatan seterusnya.
Tanda-tanda Influenza A (H1N1):

  • Deman panas (38 C)

  • Sakit Tekak

  • Batuk-selsema

  • Sakit otot dan sendi

  • Rasa letih

  • Sesak pernafasan

  • Muntah dan cirit-birit

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :
Healthline : 2384234
atau layari laman web www.moh.gov.bn

[ KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN ]  [ JABATAN PUSAT SEJARAH ]  [ JABATAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA ]
[ JABATAN MUZIUM-MUZIUM ]  [ JABATAN BELIA DAN SUKAN ] [ PUSAT PEMBANGUNAN BELIA ]