|
|
.:
Tip dan
Panduan |
Tatacara
Menyelesaikan Masalah Disiplin Anak-Anak
:.

Memang banyak
cara dan pendekatan yang boleh kitani lakukan untuk menyelasaikan disiplin
anak-anak:
-
Pertama-tama jangan marah
dulu.
-
Setiap kesalahan hendaklah
dipertimbangkan secara objektif.
-
Jangan membuat apa-apa
kesimpulan tanpa memahami keadaan, yakni tanpa membuat siasatan dulu.
-
Pastikan suasana adalah
tenang diantara ibubapa dan anak-anak sebelum membuat penyiasatan.
-
Kanak-kanak hendaklah
diberikan peluang untuk memberikan penjelasan tentang sesuatu tuduhan.
-
Setelah kitani memahami
keadaan sebenar, ibubapa hendaklah menyedarkan kanak-kanak ini tentang
kesalahan yang dibuatnya, jika didapati yang kanak-kanak ini bersalah.
-
Kitani sebagai ibubapa
harus memberikan peluang kepada kanak-kanak kitani untuk mengubah atau
Memperbaiki keadaan sebelum satu-satu hukuman dijatahkan.
-
Diwaktu yang sama ibubapa
bolehlah juga menyemak akan punca-punca kenapa menjadi begini-begitu
tanpa ada sifat wasangka, sifat dendam ke atas anak-anak atau mungkin
sifat mempersalahkan diri sendiri dan persekeliling.
-
Untuk mengantikan ini, ada
baiknya kitani menanamkan sifat ingin membantu atau Memperbaiki keadaan.
TO CORRECT THE SITUATION.
-
Dan jika masalah ini
melibatkan kes berat, misalkan bersabit dengan penyalahgunaan dadah atau
seumpamanya. Saya sangat-sangat menyarankan untuk kitani mendapatkan
bantuan khidmat professional seperti kaunselor, badan pemulihan dan
lain-lain yang di fikirkan relevance.
Disedia dan dikongsikan oleh;
Pengiran Mahdi Bin Pg Haji Mohd Salleh
Pegawai kaunseling, JAPEM, KKBS
|
[
KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN
] [ JABATAN PUSAT SEJARAH ]
[ JABATAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
]
[ JABATAN MUZIUM-MUZIUM ] [
JABATAN BELIA DAN SUKAN ] [
PUSAT PEMBANGUNAN BELIA ] |