|
|
.:
Tip dan
Panduan |
Petua
Untuk Menghindari Diri Dari Terus Menjadi Mangsa Keganasan Rumahtangga
:.

Keganasan
rumahtangga sememangnya amat sukar untuk dihapuskan walaupun pelbagai kaedah
dan undang-undang telah diperkenalkan untuk mengatasi sindrom tersebut.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa cara yang mudah untuk dipratikkan
sekiranya awda mahu menghindari diri dari terus menerus menjadi mangsa
penderaan.
-
Sebagai umat islam
yang beriman, kita sepatutnya tabah menghadapi cubaan dari Allah
Subhanahu Wa Taala ini. Tidak sesiapa pun mahu dirinya didera apatah
lagi dari seorang suami yang dicintainya. Sebagai umat Islam, senjata
yang paling mujarab ialah berdoa ketika waktu sholat supaya si pendera
atau suami yang panas baran diberi hidayat supaya tidak mendera anda
serta tidak akan mengulangi perbuatannya secara berterusan.
-
Sekiranya terjadi
pertelingkahan dengan suami yang panas baran, jangan cuba-cuba
mengherdiknya kembali. Cubalah bawa bersabar dan berdiam diri seketika.
Berikan ruang untuk si suami menghuraikan apa yang menyebabkan
kemarahannya. Cuba perbaiki diri sendiri seperti yang dikehendaki oleh
suami anda.
-
Mengetahui
undang-undang yang diperuntukan menangani isu penderaan wanita seperti
Akta Keganasan Rumahtangga 2006, Undang-Undang Keluarga Islam 1998 dan
Undang-Undang Keluarga Islam 1999.
-
Banyakkan pembacaan
mengenai isu keganasan rumahtangga sama ada yang ditulis oleh penyelidik
terkemuka luar dan dalam negara, majalah, journal, rencana dan
sebagainya lagi.
-
Mengetahui di mana
harus dituju untuk mendapatkan khidmat nasihat dan pertolongan seperti
khidmat nasihat di Bahagian keluarga Jabatan Pembangunan Masyarakat,
Unit Penderaan Wanita dan Kanak-Kanak di bawah Jabatan Polis Diraja
Brunei yang terletak di Jalan Ong Sum Ping, Unit Khidmat Nasihat di
Jabatan Mahkamah Syariah Rendah dan Unit Kebajikan di Rumah Sakit Raja
Isteri Pengiran Anak Saleha.
-
Selalu ingatkan
kesejahteraan anak-anak dan jangan fikirkan diri sendiri. Sebaiknya
jangan bertengkar dan memburukkan pasangan masing-masing di hadapan
anak-anak. Berbincang secara terbuka bersama suami dan cari Jalan
penyelesaian yang terbaik demi kesejahteraan hidup anak-anak di bawah
tanggungan suami dan isteri.
-
Sekiranya penderaan
terjadi kerana kehadiran orang ketiga seperti suami mempunyai teman
wanita, jangan terus melenting atau marah secara terburu-buru dan
mengambil tindakan yang membabi buta. Cuba Berbincang dengan suami
kenapa orang ketiga mesti hadir dalam keluarga mereka. Jika Perkara ini
menyebabkan kemarahan suami, cari orang tengah yang terdiri daripada
ahli keluarga sendiri yang difikirkan dapat meleraikan kemelut keluarga
tersebut seperti ibu mertua, bapa mertua, ipar-duai atau ahli keluarga
yang lain.
|
|
[
KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN
] [ JABATAN PUSAT SEJARAH ]
[ JABATAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
]
[ JABATAN MUZIUM-MUZIUM ] [
JABATAN BELIA DAN SUKAN ] [
PUSAT PEMBANGUNAN BELIA ] |