|
|
.:
Tip dan
Panduan |
10 Tip
Keselamatan Di Bilik Tidur Kanak-Kanak
:.

-
Pasang kunci keselamatan, jerji atau kaca keselamatan pada tingkap yang
tinggi sedikit dari aras lantai untuk mengelak mereka membukanya.
- Jangan letak kerusi
atau sebarang perabot berhampiran jendela bagi mengelakkan mereka
memasukkan kepala di celah jeriji
- Jangan pasang langsir
labuh hingga mencecah lantai bagi mengelakkan kanak-kanak menariknya
atau mereka boleh terjatuh akibat terpijak langsir
- Jangan sesekali
memasang lampu lantai di bilik kanak-kanak
- Elakkan daripada
meletakkan perabot berbucu tajam.
- Jika kanak-kanak
tidur di atas katil setinggi lebih 30 meter dari lantai, pasangkan rel
keselamatan
- Jangan letakkan
patung besar berdekatan anak damit biskita
- Jangan guna perhiasan
kecil atau kaca serta perhiasan tembikar yang mudah pecah kerana
dikhuatiri akan dimasukkan ke dalam mulut anak damit atau kanak-kanak
- Jika ingin
menggantung gambar atau lukisan, pastikan ia tidak menakutkan
kanak-kanak sehingga terbawa-bawa dalam tidur
- Tutup palam elektrik
yang tidak digunakan dan sentiasa pastikan peralatan elektrik dalam
bilik kanak-kanak berada dalam keadaan baik.
|
|
[
KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN
] [ JABATAN PUSAT SEJARAH ]
[ JABATAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
]
[ JABATAN MUZIUM-MUZIUM ] [
JABATAN BELIA DAN SUKAN ] [
PUSAT PEMBANGUNAN BELIA ] |