|
|
.:
Tip dan
Panduan |
Tip
Membeli Belah
:.

-
Senaraikan
keperluan yang hendak dibeli agar tidak terbeli barang-barang selain
dari yang disenaraikan.
-
Jangan
membeli-belah semasa lapar. Keadaan lapar mendorong kita membeli lebih
daripada yang disenaraikan.
-
Jangan membawa
wang yang jauh berlebihan daripada anggaran harga keperluan yang
disenaraikan.
-
Lakukan pembelian
keperluan secara sekaligus, jangan berincit-incit bagi mengelakkan kita
ke kedai selalu.
-
Keperluan
hendaklah dibeli secukupnya. Pembeli berlebihan adalah membazir.
-
Pastikan
barang-barang yang hendak dibeli mempunyai harga yang berpatutan.
-
Elakkan membawa
ramai ahli keluarga bagi mengelakkan pembelian yang terkeluar dari
senarai.
-
Jangan terpedaya
dengan jualan promosi, jualan murah dan potongan harga.
-
Gunakan wang tunai.
Elakkan pengunaan kad kredit supaya perbelanjaan dapat dihadkan.
-
Amalkan pembelian
terancang. Utamakan keperluan daripada kemahuan.
|
|
[
KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN
] [ JABATAN PUSAT SEJARAH ]
[ JABATAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
]
[ JABATAN MUZIUM-MUZIUM ] [
JABATAN BELIA DAN SUKAN ] [
PUSAT PEMBANGUNAN BELIA ] |