|
|
.:
Tip dan
Panduan |
Panduan
Keibubapaan
:.

Mewujudkan
kecemerlangan seseorang anak bukanlah mudah. Ia menuntut peranan mengasuh
dan mendidik secara pintar oleh ibu bapa. Ibu bapa yang mengetahui kemahiran
keibubapaan akan melaksanakan penjagaan anak secara sistematik bagi
melahirkan seorang insan soleh dan berguna serta berjaya dalam masyarakat.
Ibu
bapa Sebagai 'Role Model'
Dalam proses
pembesaran anak-anak, ibu bapa berperanan sebagai 'role model'. Oleh itu,
di antara sikap ibu bapa yang boleh mempengaruhi tingkah laku anak-anak
ialah:-
-
Sikap terhadap
diri sendiri
-
Sikap terhadap
anak-anak
-
Sikap terhadap
jiran dan masyarakat
-
Sikap terhadap
sekolah dan mata pelajaran anak
-
Sikap terhadap
pembentukan budaya ilmu dalam keluarga
Panduan Mengasuh dan Mendidik Anak-Anak
Kedua ibu bapa
berperanan mengasuh dan mendidik anak secara bersama. Di antara perkara
penting yang perlu diberi perhatian oleh para ibu bapa ketika mendidik
dan mengasuh anak-anak ialah:-
-
Mewujudkan
interaksi sosial secara dua hala dan harmoni dengan anak.
-
Mewujudkan
keadaan dan suasana rumah serta persekitaran yang harmoni, aman dan
damai.
-
Kehidupan
keluarga hendaklah berpandukan peraturan agama dan nilai-nilai
akhlak yang murni.
-
Mengekalkan
kestabilan perkahwinan dengan saling menghormati, menyayangi dan
bekerjasama tanpa dipaksa.
-
Beri perhatian
terhadap perkembangan anak.
-
Jelaskan
peraturan dan disiplin hidup dalam rumah dan keluarga.
-
Wujudkan
suasana dan kepimpinan keluarga yang demokratik, adil dan penyayang.
-
Elakkan
daripada memaksa anak bertindak di luar kemampuan.
-
Sediakan
keperluan asas fizikal seperti makan-minum, pakaian, kediaman selesa,
perlindungan dan pelbagai lagi.
-
Wujudkan
keperluan sosial dan emosi anak seperti kasih sayang, rasa dimiliki,
status dan pelbagai lagi.
Menjadi Ibu Bapa Bukan Mudah
Tekanan hidup dan
keadaan semasa kadang-kadang datang dengan cara mendadak. Jika biskita
rasa marah, geram dan benci, jangan lepaskan geram kepada anak awda.
Cuba langkah-langkah berikut:-
-
Ingat Tuhan!!!...duduk
dan bertenang
-
Tarik nafas
perlahan-lahan dan kira hingga 10 atau lebih jika perlu
-
Tenangkan
fikiran, fikirkan sesuatu yang indah dan nyaman
-
Hubungi dan
berbual dengan rakan atau keluarga mengenai masalah awda
-
Ambil bahan
bacaan ringan seperti majalah dan surat khabar
-
Lihat album
lama sambil ingat peristiwa manis
-
Bersenam dan
mendengar muzik ringan
-
Baring atas
lantai dan berehat...
-
Bawa anak
bersiar-siar
-
...Buatlah
sesuatu yang awda sukai
|