|
|
.:
Tip dan
Panduan |
Tip Bagi
Menghadapi Kes Peminta-Minta Yang Tidak Bertanggungjawab
:.

Sejak kebelakangan ini,
Jabatan Pembangunan Masyarakat sering menerima aduan daripada orang ramai
mengenai dengan kehadiran 'peminta-minta' ke rumah-rumah atau di
tempat-tempat awam seperti kompleks membeli belah atau seumpamanya untuk
menagih simpati daripada tuan rumah atau orang ramai dengan harapan tuan
rumah atau orang ramai akan menghulurkan kewangan kepada 'peminta-minta' ini.
-
Aktiviti 'meminta-minta' ini menimbulkan implikasi negatif seperti
berikut:-
-
Menimbulkan
imej yang kurang baik kepada negara terutama sekali jika aktiviti
tersebut dibuat secara terbuka di tempat-tempat awam dan dilakukan
oleh mereka yang masih sihat dan boleh berusaha bagi menyara
kehidupan mereka seharian.
-
Menggalakkan
tabiat 'malas' bekerja dan tidak mahu berusaha.
-
Tidak
bertanggungjawab.
-
Menanamkan
sikap negatif kepada anak-anak (peminta-peminta ini sering membawa
kanak-kanak bagi mendapatkan simpati).
-
Menggalakkan
masyarakat untuk sentiasa bergantung kepada ehsan dan bantuan orang
ramai.
Oleh itu janganlah
mudah terpedaya atau puah hati apabila biskita dihampiri oleh
peminta-peminta yang tidak bertanggungjawab ini
-
Taktik yang digunakan oleh peminta-peminta:-
-
Mereka sering
membawa anak damit atau kanak-kanak kurang upaya bagi menagih
simpati.
-
Meminta wang
secara tunai.
-
Memberikan
alasan-alasan seperti membeli susu anak, anak atau salah seorang
ahli keluarga sakit, anak sedang memerlukan rawatan perubatan,
kereta rosak, ditimpa kemalangan dan sebagainya.
-
Mereka meminta
wang dengan meletakkan jumlah yang mereka kehendaki.
-
Dengan membawa
barang-barang yang tidak berfaedah, kononnya untuk dijual.
-
Kebiasaannya mangsa atau mereka yang didekati akan merasa:-
-
Apa yang patut biskita buat?
-
Beranikan diri untuk mendapatkan keterangan berikut dari si peminta:-
-
Kad pengenalan
atau seumpamanya.
-
Jika ia
mengadu memerlukan wang untuk membeli beras, susu, minyak kereta
atau seumpamanya, adalah bersesuaian biskita menghulurkan
barang-barang yang diperlukan sahaja.
-
Beri kata-kata
nasihat agar ia lebih bersikap positif.
-
Jika 'peminta'
berkenaan tergolong daripada mereka yang benar-benar susah,
nasihatkan supaya mengadu ke:-
Jabatan
Pembangunan Masyarakat
kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
Simpang 336, Jalan Kebangsaan BC4415
Negara Brunei Darussalam.
|
[
KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN
] [ JABATAN PUSAT SEJARAH ]
[ JABATAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
]
[ JABATAN MUZIUM-MUZIUM ] [
JABATAN BELIA DAN SUKAN ] [
PUSAT PEMBANGUNAN BELIA ] |