Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KEWANGAN KERAJAAN KEPADA MANGSA KEJADIAN BENCANA KEBAKARAN RUMAH BAGI DAERAH BRUNEI DAN MUARA

IMG_4148.jpg

Majlis Penyerahan bantuan kewangan kerajaan kepada bencana kebakaran rumah yang berlaku di Kampung Lumapas Daerah Brunei dan Muara pada 6 Julai 2020 telah menerima bantuan kewangan kerajaan daripada Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada pagi ini. Majlis berlangsung di Bilik Kunjungan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Sejumlah $1,000 telah disumbangkan oleh Kerajaan Kebawan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui peruntukan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan kepada Dayang Hining binti Mahali, ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran tersebut.

IMG_4140.jpg 

Hadir bagi menyampaikan bantuan tersebut ialah Yang Berhormat Mejar (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Turut hadir ke majlis ini ialah pegawai-pegawai kanan di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan Pembangunan Masyarakat.

Pemberian bantuan kewangan ini sedikit sebanyak membantu meringankan kesusahan yang dialami oleh mangsa bagi meneruskan kehidupan seharian. Usaha ini menunjukkan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang mengalami musibah.

IMG_4151.jpg

IMG_4129.jpg


Attachments
Created at 7/21/2020 9:50 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 7/21/2020 9:50 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim