Foto: Hajah Ajijah Ali - KKBS
Bandar Seri Begawan, Selasa, 4 Ogos 2020 - Majlis penyerahan bantuan kewangan kerajaan kepada mangsa bencana angin kencang dan atap terbang yang berlaku di Rumah Panjang Apak-Apak, Kampung taung, Mukim Sukang, Daerah Belait pada 30 Julai 2020 yang lalu telah menerima bantuan kewangan Kerajaan Kebawah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui peruntukan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada pagi ini yang berlangsung di Bilik Kunjungan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Hadir bagi menyampaikan bantuan tersebut ialah Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan kepada Sulaiman Anak Ngadi; Ismail Anak Ngadi; Taip Anak Ikih; dan Jala Anak Ikih, ketua-ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian bencana tersebut. Majlis juga turut dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Pembangunan Masyarakat.
Pemberian bantuan kewangan ini sedikit sebanyak membantu meringankan kesusahan yang dialami oleh mangsa bagi meneruskan kehidupan seharian. Usaha ini menunjukkan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang mengalami musibah.