Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MAJLIS PERASMIAN BENGKEL ASAS BAHASA ISYARAT SEMPENA HARI ANTARABANGSA WARGA EMAS DAERAH TUTONG

03112020_Majlis Perasmian BABY Daerah Tutong (1).jpg

TUTONG, Selasa, 03 November 2020 - Bersempena dengan Hari Antarabangsa Warga Emas, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dengan kerjasama Persatuan Orang Kurang Pendengaran (OKP) sekali lagi mengadakan Bengkel Asas Bahasa Isyarat khusus untuk ahli-ahli Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) Tutong dan Majlis Perundingan Kampung (MPK) Daerah Tutong selama tiga hari, bermula 03 November hingga 05 November 2020 di Dewan Seri Kenangan Tutong.

Hadir Selaku tetamu kehormat majlis bagi merasmikan bengkel tersebut ialah Yang Berhormat Awang Haji Abd Wahab bin Apong, Penghulu Mukim Tanjong Maya dan Pemangku Penghulu Pekan Tutong.

03112020_Majlis Perasmian BABY Daerah Tutong (4).jpg

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Pengerusi PKWE Tutong, Awang Haji Metamit bin Haji Matzin dan diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada Dayang Irnawati binti Haji Mahir, Pemangku Ketua Bahagian Orang Kelainan Upaya, JAPEM. Majlis turut diserikan dengan sketsa bertajuk "Pengetahuan Bahasa Isyarat Part 1" yang dipersembahkan oleh peserta-peserta bengkel.

 03112020_Majlis Perasmian BABY Daerah Tutong (2).jpg

03112020_Majlis Perasmian BABY Daerah Tutong (3).jpg

03112020_Majlis Perasmian BABY Daerah Tutong (5).jpg

Para peserta akan diberikan beberapa modul iaitu mempelajari penggunaan bentuk tangan (hand shapes) untuk mengeja huruf abjad dan nombor, cara berkomunikasi secara asas seperti memberikan ucapan salam dan pertanyaan dalam bahasa isyarat, dan aktiviti 'role play' menjadi seorang OKU Pendengaran.

03112020_Majlis Perasmian BABY Daerah Tutong (6).jpg

Seramai 54 orang ahli-ahli PKWE dan MPK Tutong telah menghadiri bengkel ini yang mana bengkel ini juga akan dilanjutkan ke Daerah Brunei dan Muara pada Bulan Disember nanti.

Orang ramai yang berhasrat untuk menyertai bengkel Bahasa Isyarat boleh menghubungi Bahagian Orang Kelainan Upaya di talian +673 2330315 atau e-mel kepada 'pusatbahagia@gmail.com'.


Attachments
Created at 1/23/2021 4:12 PM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 1/23/2021 4:15 PM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim