Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KEWANGAN KERAJAAN KEPADA MANGSA KEJADIAN BENCANA KEBAKARAN

05112020_Majlis Penyerahan Bantuan Kewangan Kerajaan (1).jpg

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 05 November 2020 - Majlis Penyerahan bantuan kewangan kerajaan kepada Awang Haji Suzaini bin Abdullah mangsa bencana kebakaran yang berlaku di Lot 1059, No. 34, Jalan Kecil Kenapol, Kampung Labi pada 27 Oktober 2020 yang lalu telah menerima bantuan kewangan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui peruntukan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada pagi ini yang berlangsung di Bilik Rawatan Kebakaran, Kospital RIPAS.

Bantuan kewangan tersebut telahpun diserahkan oleh Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan kepada Awang Haji Suzaini bin Abdullah, ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran tersebut.

Majlis juga turut dihadiri oleh Yang Mulia Dayang Saidah binti Haji Wahid, Timbalan Setiausaha Tetap Kemasyarakatanserta pegawai-pegawai dari JAPEM.

Kebakaran yang berlaku pada jam 9:05 pagi pada 27 Oktober 2020 itu telah menyebabkan mangsa dan anaknya mengalami kecederaan melecur di bahagian muka dan belakang badan. Mangsa dan anaknya telah dikejarkan ke Hospital RIPAS dan kini masih menerima rawatan.

Pemberian bantuan kewangan ini diharapkan dapat membantu meringankan kesusahan yang dialami oleh mangsa bagi meneruskan kehidupan seharian. Usaha ini menunjukkan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang mengalami musibah.

Attachments
Created at 1/25/2021 9:50 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 1/25/2021 9:50 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim