Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MAJLIS PELANCARAN SMS BRUNEI PRIHATIN UNTUK TABUNG ANAK-ANAK YATIM 1443H/2022M DAN PENYERAHAN SURAT TAJAAN BAGI PROGRAM BIASISWA ANAK YATIM 2022

WhatsApp Image 2022-03-31 at 4.03.15 PM.jpeg

Kementerian Kebudayaan, Belia dan sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) telah mengadakan majlis pelancaran SMS Brunei Prihatin untuk Tabung Anak-Anak Yatim 1443 Hijrah bersamaan dengan 2020 Masihi petang tadi yang berlangsung di VIP Lounge, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

Majlis perlancaran tersebut disempurnakan oleh Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

WhatsApp Image 2022-03-31 at 4.14.25 PM.jpeg

Turut hadir ialah Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari, Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan dan Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pengiran Siti Rahmah binti Pengiran Haji Salleh, Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat, JAPEM, Muhammad Mahdi bin Haji Sulaiman, Pemangku Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), Hajah Nurul Haniah binti Haji Jaafar, Ketua Pegawai Eksekutif Progresif Sendirian Berhad, Suzannawati binti Haji Suharju, Ketua Pegawai Eksekutif Imagine Sendirian Berhad dan Amir bin Pehin Dato Haji Hussin, Ketua Pengurusan Bahagian Operasi, Datastream Digital Sendirian Berhad.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan dan Kebudayaan), KKBS kemudian diteruskan dengan penyerahan mock cheque daripada DST, Progresif Sdn Bhd dan Imagine Sdn Bhd. Penyerahan tersebut merupakan hasil kutipan kempen derma SMS Brunei Prihatin untuk Tabung Anak-Anak Yatim 1442H/2021M yang diserahkan kepada tetamu kehormat majlis. Seterusnya diikuti dengan perlancaran SMS Brunei Prihatin bagi tahun 1443H/2022M.

WhatsApp Image 2022-03-31 at 4.05.55 PM.jpeg

Kutipan derma melalui SMS yang dilancarkan pada hari ini akan berlangsung selama 3 bulan bermula hari Jumaat, 1 April 2022 dan berakhir pada 1 Julai 2022. Orang ramai bolehlah menderma melalui perkhidmatan SMS yang disediakan dengan menaip YATIM (tanpa jarak) diikuti dengan jumlah yang hendak didermakan iaitu, 1, 5, 10, 15, 20, 50 atau 100. Sebagai contoh YATIM20 (bagi derma berjumlah $20) dan hantar kepada 38111 bagi pelanggan DST dan 39999 bagi pelanggan Imagine.

SMS Brunei Prihatin merupakan projek tahunan yang diungkayahkan bersama oleh JAPEM, Jabatan Radio Televisyen Brunei, DST, Progresif Sdn Bhd dan Imagine Sdn Bhd. Projek ini bermula sejak tahun 2005 dan sehingga kini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada orang ramai dengan semua kutipan yang diterima disumbangkan kepada Tabung Anak-Anak Yatim dibawah kendalian JAPEM.

WhatsApp Image 2022-03-31 at 4.03.54 PM.jpeg

Selepas majlis pelancaran, acara juga diteruskan dengan penyerahan Surat Tajaan Program Biasiswa Anak Yatim Bagi Tahun 2022 kepada dua orang anak yatim yang terpilih untuk mengikut Program BIBD ALAF dengan dibiayai melalui dana Tabung Anak-Anak Yatim di bawah JAPEM.

Penyerah tersebut disampaikan oleh tetamu kehormat kepada penerima-penerima biasiswa iaitu Dayang Norhayati binti Abdullah Ahmad, pelajar tahun 7 di Sekolah Menengah Pengiran Isteri Hajjah Mariam, Serasa, dan Awang Mohammad Noorshahadriyaan bin Shahrin, Pelajar Tahun 7 di Sekolah Menengah Masin.

Program Biasiswa Anak Yatim merupakan salah satu inisiatif pihak kerajaan yang dihasratkan untuk meningkatkan impak serta objektif Tabung Anak-Anak Yatim dibawah kendalian JAPEM, dimana sumbangan derma dari orang ramai akan juga disalurkan bagi membiayai pembelajaran melalui Program BIBD ALAF, untuk membantu golongan anak-anak yatim berjaya dalam pelajaraan dan seterusnya menjadi insan yang dapat membantu dan meningkatkan lagi taraf kehidupan keluarga mereka.

Attachments
Created at 9/1/2022 3:00 PM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 9/1/2022 3:00 PM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim