Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MAJLIS BACAAN DOA KESYUKURAN DAN SURAH YAASIIN SEMPENA SAMBUTAN HARI KELUARGA KEBANGSAAN 2022

WhatsApp Image 2022-05-01 at 10.10.01 AM (1) (1).jpegKementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) telah mengadakan Majlis Bacaan Doa Kesyukuran dan Surah Yaasiin Sempena Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan bagi tahun 2022 secara maya melalui aplikasi Zoom yang disertai lebih 100 orang bersama ahli keluarga.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan isteri Datin Nurhayana Janis binti Abdullah. Turut hadir Setiausaha-Setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap, pegawai dan kakitangan kerajaan, agensi swasta dan Persatuan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGOs).

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan diikuti dengan bacaan Surah Yaasiin dan Doa Yaasiin yang diketuai oleh Awangku Muhammad Khairul Hakimin bin Pengiran Abdul Manan, Tenaga Pengajar Al-Minhaaj Centre.

Acara diteruskan dengan bacaan Doa Kesyukuran sempena Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan 2022, Doa Selamat Terhindar dari Wabak COVID-19 dan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam yang dibacakan oleh Awang Mohd Saifullah bin Rosli, Pegawai Hal Ehwal Masjid.

Majlis turut diserikan dengan tazkirah bertajuk 'Keluargaku Syurgaku' yang disampaikan oleh Ustaz Awang Muhammad Yussof bin Haji Abdul Majid, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan seterusnya diakhiri dengan bacaan Selawat Tafrijiyyah dan Surah Al-Asr yang di ketuai oleh Awang Muhammad Firdaus bin Mohammed Salleh, penuntut Sekolah Arab Hassanal Bolkiah.

Hari Keluarga Kebangsaan disambut pada setiap Ahad di minggu pertama bulan Mei setiap tahun. Selain mengadakan Majlis Bacaan Doa Kesyukuran dan Surah Yaasiin, pelbagai aktiviti dan program sempena Hari Keluarga Kebangsaan telah pun disusun sepanjang tahun bersesuaian dengan tema "Keluargaku Harapanku".

Attachments
Created at 9/1/2022 3:09 PM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 9/1/2022 3:09 PM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim