Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KEWANGAN KERAJAAN KEPADA MANGSA KEJADIAN BENCANA

Hjh Sidup Binti Hj Bakar.jpg

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) telah mengadakan majlis penyerahan bantuan kewangan kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui peruntukan JAPEM kepada seorang ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran rumah dan tiga (3) ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian angin kencang/atap terbang.​

Majlis berlangsung di Bilik Mesyuarat An-Nur, bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Mirany Floridzah binti Abd Rahman, Pemangku Timbalan Pengarah, Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan kepada ketua-ketua keluarga berkenaan.

Mahuadin Bin Haji Abd Latip.jpg

Sebuah rumah di Kampung Telisai telah mengalami kebakaran pada 27 Julai 2022 sekitar pukul 7.30 pagi. Kebakaran tersebut telah meranapkan keseluruhan rumah dan kesemua harta benda termasuk sebuah kereta juga tidak dapat diselamatkan. Namun tiada sebarang kecederaan berlaku semasa kejadian.

Suhef Bin Hj Bujang.jpg

Selain itu, sebanyak tiga (3) buah rumah di Kampung Masin, Kampung Junjongan dan Kampung Saba Darat 'A' telah dilanda bencana atap terbang akibat hujan lebat berserta angin kencang yang berlaku pada 10 Julai 2022 dan 17 Julai 2022. Tiada sebarang kecederaan berlaku semasa kejadian.

Razali Bin Haji Tahir.jpg

Kesemua mangsa telah menerima bantuan kewangan hari ini bagi membantu meringankan kesusahan yang dialami untuk meneruskan hidup seharian. Usaha ini menunjukkan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang mengalami musibah. 


Attachments
Created at 12/22/2022 10:09 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 12/22/2022 10:51 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim