Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KEWANGAN KERAJAAN KEPADA MANGSA KEJADIAN BENCANA

IMG_7964.jpg

Sebuah rumah di Jalan Menglait 2, Gadong yang terlibat dalam kejadian kebakaran pada 31 Ogos 2022 telah menerima bantuan kewangan kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui peruntukan Jabatan Pembangunan Masyarakat hari ini.

Majlis berlangsung di Bilik Kunjungan, bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari, Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan kepada Pengiran Hajah Aisah binti Pengiran Haji Menudin.

Kejadian tersebut berlaku sekitar pukul 5.00 petang dan telah merosakkan sebahagian tingkat bawah rumah. Tiada sebarang kecederaan berlaku semasa kejadian.

Pemberian bantuan kewangan ini adalah untuk membantu meringankan kesusahan yang dialami untuk meneruskan kehidupan seharian. Usaha ini menunjukkan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang mengalami musibah.

Attachments
Created at 12/27/2022 9:58 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 12/27/2022 11:47 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim