Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

PERADUAN MEMBACA AL-QURAN DAN AYAT-AYAT LAZIM PELATIH ORANG KELAINAN UPAYA (OKU) PUSAT-PUSAT BAHAGIA SELURUH NEGARA

IMG_9428.jpg

Pusat Bahagia Cawangan Daerah Tutong, Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) telah mengadakan Peraduan Membaca Al Quran dan ayat-ayat lazim pelatih Orang Kelainan Upaya (OKU) Pusat-Pusat Bahagia seluruh negara.

Peraduan ini dianjurkan bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 1444 Hijrah yang mana melibatkan pelatih-pelatih dari Pusat-Pusat Bahagia di keempat-empat daerah.

IMG_9339.jpg

Hadir bagi menyempurnakan majlis ialah Yang Mulia Awang Mohamad Khairul Shahrul bin Haji Duahim, Pegawai Pentadbir Tingkat Khas, Jabatan Pembangunan Masyarakat dan diselajurkan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Sebanyak tiga kategori OKU dipertandingkan iaitu bagi kategori OKU Intelek, Anggota dan penglihatan. Peraduan ini juga dibukakan bagi penyertaan pelatih lelaki dan perempuan, dan seramai 17 peserta mengambil bahagian di dalam peraduan ini.

IMG_9371.jpg

Antara tujuan peraduan ini diadakan adalah bagi menampilkan pelatih-pelatih OKU yang berbakat dalam pelbagai bidang di samping dapat mencungkil bakat mereka di dalam pembacaan Al Quran. Ianya juga merupakan salah satu aktiviti keugamaan Pusat Bahagia bagi melahirkan pelatih-pelatih OKU yang boleh membaca Al-Quran dengan lancar dan sempurna. Dengan adanya penganjuran yang berkebajikan ini, ianya diharapkan dapat meningkatkan hubungan silaturrahim di antara pelatih-pelatih OKU di Pusat-Pusat Bahagia JAPEM seluruh negara.

Majlis juga diserikan dengan persembahan nasyid daripada pelatih-pelatih OKU dari Pusat Bahagia Brunei-Muara.

IMG_9479.jpg

Attachments
Created at 12/27/2022 2:53 PM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 12/27/2022 3:10 PM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim