Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KEWANGAN KERAJAAN KEPADA MANGSA KEJADIAN KEBAKARAN RUMAH BAGI DAERAH BRUNEI DAN MUARA

MEI_01.jpg

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejer Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin ketika menyerahkan bantuan kewangan kerajaan kepada mangsa yang terlibat.   

 

Majlis penyerahan bantuan kewangan kerajaan kepada mangsa bencana kebakaran rumah yang berlaku di Kampung Perpindahan Lambak Kanan, Daerah Brunei dan Muara pada 27 April 2020 telah menerima bantuan kewangan kerajaan daripada Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada pagi ini. Majlis berlangsung di Bilik Kunjungan, Kementerian Kementerian, Belia dan Sukan.

Sejumlah $2,500.00 telah disumbangkan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui peruntukan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan kepada ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran tersebut.

Hadir bagi menyampaikan bantuan tersebut ialah Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Turut hadir ke majlis ini ialah pegawai-pegawai kanan di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Jabatan Pembangunan Masyarakat dan Jabatan Daerah Brunei Muara.

Pemberian bantuan kewangan ini sedikit sebanyak membantu meringankan kesusahan yang dialami oleh mangsa bagi meneruskan kehidupan seharian. Usaha ini menunjukkan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang mengalami musibah
 

Attachments
Created at 6/16/2020 3:24 PM by Muhd. Hafizul 'Ilmi Bin Hj Zaini @ Zatul Hilmi
Last modified at 6/16/2020 3:24 PM by Muhd. Hafizul 'Ilmi Bin Hj Zaini @ Zatul Hilmi