Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KEWANGAN KERAJAAN KEPADA MANGSA KEJADIAN BENCANA KEBAKARAN BAGI DAERAH BRUNEI MUARA

100820 Penyerahan Bantuan Kewangan Kerajaan (1).jpeg

Bandar Seri Begawan, Isnin, 10 Ogos 2020 - Majlis penyerahan bantuan kewangan kerajaan kepada mangsa bencana kebakaran yang berlaku di Kampung Subok, Daerah Brunei Muara pada 7 Ogos 2020 yang lalu telah menerima bantuan kewangan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui peruntukan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada pagi ini yang berlangsung di Bilik Kunjungan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Hadir bagi menyampaikan bantuan tersebut ialah Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayan, Belia dan Sukan kepada Dayang Tiah binti Haji Yussof, ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran tersebut. Majlis juga turut dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Pembangunan Masyarakat.

100820 Penyerahan Bantuan Kewangan Kerajaan (2).jpeg

Pemberian bantuan kewangan ini sedikit sebanyak membantu meringankan kesusahan yang dialami oleh mangsa bagi meneruskan kehidupan seharian. Usaha ini menunjukkan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang mengalami musibah.

100820 Penyerahan Bantuan Kewangan Kerajaan (3).jpeg 

Attachments
Created at 8/10/2020 3:36 PM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 8/10/2020 3:36 PM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim