Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

MAJLIS PERASMIAN BENGKEL ASAS BAHASA ISYARAT SEMPENA HARI ANTARABANGSA WARGA EMAS DAERAH BELAIT

20102020_bengkel bahasa isyarat sempena hari antarabangsa warga emas daerah belait (7).jpg

Foto: Hajah Ajijah Ali - KKBS

KUALA BELAIT, Selasa, 20 Oktober 2020 - Penyertaan dalam Bengkel Asas Bahasa Isyarat dilihat sebagai titik permulaan untuk golongan warga emas bersatu hati dan bekerjasama dengan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) sebagai salah satu pendekatan secara Whole Of Nation demi menjaga kebajikan dan kesejahteraan mereka dalam sama-sama menghadapi dunia yang semakin mencabar.

Untuk menjamin kesejahteraan warga emas, masyarakat berperanan dalam memberikan galakan dan sokongan dalam memperkasa golongan ini untuk lebih bergiat aktif dan menonjolkan diri dengan menjalani kehidupan sihat secara fizikal dan mental.

20102020_bengkel bahasa isyarat sempena hari antarabangsa warga emas daerah belait-edited.jpg

Sehubungan itu, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dengan kerjasama Persatuan Orang Kurang Pendengaran (OKP) mengadakan Bengkel Asas Bahasa Isyarat yang dihadiri oleh 17 orang peserta daripada ahli-ahli Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) Belait dan Majlis Perundingan Kampung (MPK) Daerah Belait.

Bengkel selama tiga hari bermula 20 Oktober hingga 22 Oktober 2020 tersebut dirasmikan oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan), KKBS, Dr. Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah bertempat di Dewan Persidangan, Kuala Belait.

20102020_bengkel bahasa isyarat sempena hari antarabangsa warga emas daerah belait (3).jpg

20102020_bengkel bahasa isyarat sempena hari antarabangsa warga emas daerah belait (4).jpg

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh peserta Program Pembangunan Eksekutif Bagi Pegawai-Pegawai Pertengahan (EDPMMO), Haji Mohammad Samari bin Haji Mohammad Noh dan diteruskan dengan ucapan kata alu-aluan daripada Ketua Bahagian Warga Emas dan Pencen-Pencen, JAPEM, Dayang Atiqah binti Ibrahim.

Dalam ucapannya antara lain menyentuh tentang komitmen 'kitani' dalam memastikan golongan warga emas terus di perkasa dengan ilmu berbentuk kemahiran sepanjang hayat (lifelong skill) iaitu bahasa isyarat, di mana dengan penglibatan ini membuktikan bahawa umur bukan penghalang untuk terus bergiat aktif, terutama dalam meningkatkan pengetahuan dan kapasiti diri mereka.

Majlis turut diserikan dengan sktesa bertajuk ' Pentingnya Pengetahuan Bahasa Isyarat' yang dipersembahkan oleh perserta-peserta bengkel.

Para peserta akan diberikan beberapa modul iaitu mempelajari penggunaan bentuk tangan (hand shape) untuk mengeja huruf abjad dan nombor, cara berkomunikasi secara asas seperti memberikan ucapan salam dan pertanyaan dalam bahasa isyarat dan aktiviti 'role play' menjadi seorang OKU Pendengaran.

20102020_bengkel bahasa isyarat sempena hari antarabangsa warga emas daerah belait (1).jpg

20102020_bengkel bahasa isyarat sempena hari antarabangsa warga emas daerah belait (5).jpg

Orang ramai yang berhasrat untuk menyertai bengkel Bahasa Isyarat boleh meghubungi terus Bahagian Orang Kelainan Upaya di talian +673 2330315 atau e-mel kepada 'pusatbahagia@gmail.com'.

20102020_bengkel bahasa isyarat sempena hari antarabangsa warga emas daerah belait (2).jpg

Attachments
Created at 1/23/2021 10:04 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 1/23/2021 10:04 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim