Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

PROGRAM KEMBARA AMAL RAMADAN DI KEEMPAT-EMPAT DAERAH TAHUN 1442H/2021M

[Sumber: Siaran Media Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan]

Foto: Pg. Syi'aruddin Pg. Dauddin (Penerangan), Hj Mohd Syazwan bin Hj Abd Jalil (JBS), Sufyan Aiman bin Sufri (JAPEM), Pg Suhaimi bin Pg Othman (KKBS), Hajah Ajijah Ali (KKBS)


Khamis, 29 April 2021  -  Dalam usaha menyemarakkan bulan Ramadan yang mulia,  Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan [KKBS] dengan kerjasama pelbagai pihak yang berkepentingan khususnya jaringan-jaringan kebeliaan dan kemasyarakatan, telah menganjurkan Program Kembara Amal Ramadan secara serentak di empat daerah iaitu Daerah Brunei Muara; Daerah Temburong; Daerah Belait dan Daerah Tutong bagi tahun 1442H/2021M. Program ini menumpukan kepada aktiviti Tadarus Al-Quran di masjidmasjid terpilih dan ziarah ke kediaman-kediaman golongan yang memerlukan perhatian.

1.   DAERAH BRUNEI DAN MUARA

Bagi Daerah Brunei dan Muara, selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan bertempat di Masjid Pelambayan.

29.04 (4).jpg

29.04.21-KembaraRamadhanBSB.Infofoto.jpg

Turut Hadir Yang Mulia Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari, Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan dan Kebudayaan), Yang Mulia Dayang Saidah binti Haji Wahid, Timbalan Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan); Yang Mulia Dr. Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, Timbalan Setiausah Tetap (Kebudayaan) Yang Mulia Pengiran Siti Rahmah binti Pengiran Haji Salleh, Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat dan Yang Mulia Hajah Noridah binti Haji Abd Hamid, Pemangku Pengarah Bahagian Perkhidmatan Sosial, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.

Majlis turut dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampong Pelambayan; persatuan dan pergerakan belia; Majlis Perundingan Kampong; Alumni Peserta Program Pertukaran Belia Antarabangsa; belia-belia masjid; penuntut-penuntut sekolah; serta penduduk sekitar Kampong Pelambayan.

Setelah selesainya Majlis Bertadarus , Kembara Amal Ramadhan diteruskan dengan rombongan Pertama yang diketuai oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan telah berkunjung ke 5 buah rumah dimulai dengan kediaman milik Yang Mulia Awang Nawfal Jafran bin Mohammed Noorjafree Sophian @Jafrine, seorang kelainan upaya (OKU) di Kampung Bolkiah B, lawatan diteruskan ke Kampong Lambak Kanan dengan penyerahan rumah yang telah dibaikpulih oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat  dengan peruntukkan sebanyak $17, 765.00. 

Majlis penyerahan diteruskan dengan lawatan kepada 3 orang warga emas iaitu kepada Yang Mulia Awang Haji Ismail bin Ibrahim, Yang Mulia Awang Damit @ Hamid bin Ibrahim dan Yang Mulia Dayang Hajah masni @ Hajah Siti Salina binti Ibrahim di Kampong Lambak. Turut menyertai rombongan Yang Mulia Dayang Saidah binti Haji Wahid, Timbalan Setiausaha Tetap Kemasyarakatan; Yang Mulia Pengiran Siti Rahmah binti Pengiran Haji Salleh, Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat dan Yang Mulia Hajah Noridah binti Haji Abd Hamid, Pemangku Pengarah Bahagian Perkhidmatan Sosial, KKBS.

Rombongan Kedua diketuai oleh Yang Mulia Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari, Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan dan Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah mengunjungi 2 buah rumah bermula di rumah kediaman Yang Mulia Dayang Hajah Murah binti Baha (Penerima PUT) di Kampong Lumapas 'A' kemudian kediaman yang Mulia Dayang Meyam binti Awang Manan (Penerima BKB) di Kampong Putat.  Turut menyertai rombongan Yang Mulia Mariam binti Ulat, Pemangku Pengarah Jabatan Belia dan Sukan dan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Rombongan Ketiga diketuai oleh Yang Mulia Dr. Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan) yang telah memberikan sumbangan kepada 2 buah rumah iaitu kepada Yang Mulia, Dayang Sara binti Haji Dunglah (Penerima BKB) dan seterusnya bergerak ke kediaman Yang Mulia, Dayang Noraini binti Murah (OKU) di Kampong Kulapis.  Turut menyetai rombongan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

2.      DAERAH TEMBURONG

Sementara bagi Daerah Temburong, hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis, Yang Mulia Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Majlis Bertadarus telah diadakan di Masjid Kampung Belais, Temburong. 

Majlis Turut dihadiri oleh ialah Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu, Ahli Majlis Mesyuarat Negara; Yang Mulia Pengiran Muhammad Ameer Mubarak bin Pengiran Haji Hashim, Pemangku Pegawai Daerah Temburong, pegawai-pegawai kerajaan Daerah Temburong; persatuan dan pergerakan belia; beliabelia dan muslimah masjid, penuntut-penuntut Sekolah Arab Temburong dan Sekolah Menengah Sultan Hassan.; serta Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

29.04.21-KembaraTEMBURONG-SUT PA (4).jpg

29.04 (7).jpg

Setelah selesainya Majlis Bertadarus, kembara amal ramadhan diteruskan ke enam buah rumah yang telah dikunjungi bagi menyampaikan sumbangan yang bermula dari Kampung Temada; Kampung Semabat; Kampung Sibulu; Jalan Kastam Lama Kampung Menengah; Kampung Parit Belayang, Jalan Kampung Menengah dan Kampung Selapon.  

3.      DAERAH BELAIT

Sementara bagi Daerah Belait, hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis, Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap (Pengurusan Strategi dan Dasar) Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan yang mana Majlis Bertadarus telah diadakan di Masjid Kampong Sungai Liang.

Turut hadir ialah Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Mumin, Ahli Majlis Mesyuarat Negara; Yang Mulia Awang Mohammad Yassin bin Haji Ahmed, Pemangku Pegawai Daerah Belait,  Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampong Sungai Liang; pegawai-pegawai kerajaan; persatuan dan pergerakan belia; beliabelia masjid; penduduk sekitar Kampong Sungai Liang serta Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

29.04.21-Kembara Ramadan Daerah Belait (1).jpg

29.04.21-Kembara Ramadan Daerah Belait (6).jpg

Setelah selesai Majlis Bertadarus, kembara amal ramadhan diteruskan ke enam buah rumah telah dikunjungi bagi menyampaikan sumbangan derma yang bermula dari Masjid Kampung Sungai Liang ke Kampung Singap Bukit Sawat, Kampung Merangking Hilir dan diteruskan lagi ke Kampung Sungai Bakong, Lumut; Kampung Mumong Selatan; dan STKRJ Kampung Mumong.

4.      DAERAH TUTONG

Sementara bagi Daerah Tutong pula, selaku Tetamu Kehormat Majlis, Yang Mulia Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebeliaan dan Kesukanan) yang mana Majlis Bertadarus diadakan di Masjid Kampong Tanjong Maya.

Majlis turut hadir ialah Yang Mulia Awang Ajmin bin Haji Meludin, Pemangku Pegawai Daerah Tutong Ahli, Jawatankuasa Takmir Masjid Kampong Tanjong Maya; pegawai-pegawai kerajaan Daerah Tutong; persatuan dan pergerakan belia; belia-belia masjid, penuntut-penuntut Mahad Islam Brunei serta Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Setelah selesainya Majlis Bertadarus, rombongan kembara amal Ramadhan diteruskan ke enam buah rumah yang telah dikunjungi bagi penyerahan sumbangan yang bermula Kampung Benutan; Kampung Kuala Ungar; Kampung Long Mayan, Jalan Merangking dan diteruskan lagi ke Kampung Penapar, Kampung Bukit Udal dan Kampung Keriam.

Manakala bagi program ziarah ke kediaman golongan yang kurang berkemampuan, pelbagai sumbangan keperluan asasi dan keperluan disampaikan kepada ketua-ketua keluarga. Selain itu, aktiviti membersihkan rumah dan persekitaran juga diungkayahkan di rumah-rumah tertentu oleh rombongan belia dan Alumni PKBN sebagai sumbangan kerja amal dan khidmat bakti mereka. 

29.04.21-KembaraRamadhanTUTONG.Penerangan.jpg

29.04 (2).jpg

Program ini merupakan program tahunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sebagai inisiatif mendekati golongan belia dan masyarakat dengan aktiviti keagamaan dan kerja amal serta kesukarelawanan di bulan yang penuh berkat ini. Ianya juga bertujuan sebagai pemerkasaan sahsiah dan tarbiah golongan belia dengan pembacaan Al-Quran dan sumbangan tenaga serta bantuan meringankan beban orang-orang susah selain untuk memberikan kegembiraan kepada mereka dalam sama-sama menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang dengan penuh keriangan dan kesyukuran.


Attachments
Created at 5/12/2021 10:42 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 5/12/2021 10:42 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim