Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

PROGRAM PREPANITA SESI KE-2

IMG_7627.jpg

SABTU, 20 OGOS 2022 - Forum Prepanita Sesi Kedua bertajuk "Communi-Kasih: Komunikasi Adalah Kunci Kebahagiaan" anjuran Jabatan Pembangunan Masyarakat dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan dan persatuan-persatuan bukan kerajaan dilanjutkan kepada penuntut-penuntut IBTE Kampus Sultan Saiful Rijal, Brunei Muara.

Seramai lebih daripada 330 orang penuntut IBTE Tahun 2 telah menyertai Forum berkenaan yang diadakan di Dewan IBTE Kampus Sultan Saiful Rijal, Brunei Muara.

Program ini diadakan untuk mempertingkatkan kesedaran tentang kepentingan hak-hak wanita dan mempersiapkan diri wanita dan lelaki untuk cekal menghadapi masalah atau musibah yang tidak dijangka di samping untuk memberikan pendedahan mengenai penerapan positif dalam kehidupan dan tatacara untuk berani tampil ke hadapan.

IMG_7640-2.jpg 

Agensi-agensi yang terlibat  ialah Unit Siasatan Jenayah Penderaan Wanita dan Kanak-Kanak, Jabatan Siasatan Jenayah, Pasukan Polis Diraja Brunei; Unit Kebajikan Perubatan, Jabatan Perkhidmatan Perubatan, Hospital RIPAS; Bahagian Khidmat Nasihat Keluarga, Jabatan Hal Ehwal Syariah; Project Women and Girls Development Enterprise dan Persatuan KESAN.

Forum dimulakan dengan sesi dialog yang dikendalikan oleh Dayang Sarah binti Haji Abdul Mutalif, Setiaudaha Agung, Persatuan KESAN selaku moderator. Ahli-ahli panel terdiri daripada Ustazah Dayang Salmah binti Haji Ahmad, Pegawai Nasihat Keluarga; ASP Hajah Anis @ Roszaffina binti Haji Ahmad/ Mohd Ariffin daripada Unit Siasatan JenayahPenderaan Wanita dan Kanak-Kanak; Dayang Nur Amalina Nadzila binti Abdullah, Pengasas dan Pengarah Eksekutif Project Women and Girls Development Enterprise.

Antara perkara-perkara yang dibincangkan ialah mengenai peranan lelaki dalam penjagaan dan melindungi wanita dari sudut islam dan cara-cara untuk mengenalpasti persekitaran yang sihat agar tidak terjerumus kepada kes jenayah. Forum ini juga membincangkan mengenai tindakan-tindakan yang perlu dilakukan oleh para pelajar jika berlaku keganasan atau ugutan dan perkongsian mengenai kisah kejayaan mangsa di bawah Project Women dan Girls Development Enterprise. Penuntut-penuntut memberikan respon yang baik mengenai maklumat yang disampaikan dan mengajukan pelbagai pertanyaan kepada para ahli panel melalui aplikasi Mentimeter.

Attachments
Created at 9/1/2022 3:33 PM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 9/1/2022 3:33 PM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim